Sunday, November 14, 2010

Kenduri Kahwin

Seperti semua sudah maklum, apabila bermula cuti sekolah akhir tahun, maka akan berduyun-duyunlah mendapat jemputan kenduri kahwin...
sebenarnya jemputan kenduri kahwin sudah bermula dari bulan lepas lagi...

Hari ini, jiran hadapan rumah membuat kenduri kahwin anak perempuannya. Besar-besaran nampaknya...bayangkan khemah makan telah dipasang sepanjang lorong sebanyak 11 buah khemah! Panjang sungguh...dan sudah semestinya ramai jemputan...maunya beribu-raban..
kenduri sudah bermula 2 malam lepas. Kenduri doa selamat. Malam semalam majlis akad nikah, kenduri lagi... tengahari ini majlis persandingan... tak tau malam ni ada lagi ke? 

Selamat Pengantin Baru kepada semua bakal-bakal pengantin...

5 comments:

  1. IM cadang nak buat kenduri anak IM simple je. tanpa pelamin. tanpa tukar-tukar baju...

    tak perlu tema..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Azzah

    semalam saya pergi kerumah kawan mengawinkan anak lelakinya

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Salam ROzali,

    semalam ada satu lagi kenduri di lorong ini, dapur rumahku tak berasap sepanjang weekend...

    ReplyDelete
  4. wah.. i kenduri 7 har 7 malam ke.. besau benor jiran wat tu
    ALL IN ONE

    untuk k azzah:
    http://nurhafiz2009.blogspot.com/2010/11/rezeki-alhamdulillah.html

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....