Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua umat Islam, terutamanya rakan bloggers di alam maya ini. 
Sejak kecil, saya melihat kita menyambut Hari Raya Aidil Adha sama meriah dengan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semasa kecil dan bersekolah, sepasang baju baru mesti disediakan untuk menyambut Hari Raya, tidak kira hari raya apa. Cumanya semasa Hari Raya Aidil Adha tiada kuih muih yang banyak seperti Hari Raya Aidil Fitri. 
 Hari Raya Aidil Adha lebih dikenali dengan nama Hari Raya Korban.
Kadang kala bertanya juga kepada ibu, ibu akan menjawab Hari Raya ini untuk orang-orang yang pergi haji. 
Tanggapanku sebelum menunaikan haji, Hari Raya ini akan disambut oleh jemaah haji sama meriah sepertimana yang disambut di Malaysia.
Tetapi setelah aku sendiri pergi menunaikan haji, barulah jelas apa pengertian Hari Raya Aidil Adha ini. Malah, ketika kami di Mina, tiada pun sambutan Raya, kerana semua jemaah tinggal di dalam khemah yang kelihatan sama sahaja, makan nasi bungkus yang disediakan oleh pihak maktab di Mina. Masa hanya dipenuhi dengan zikir, membaca Al-Quran, berdoa, dan solat. di antara waktu-waktu melontar.

3 comments:

  1. Selamat iduladha to you too..,,yes in performing Haj on the 10th of Zulhijjah .. the pilgrims would be melontar jumrah di mina.. if I still remeber it correctly.. yes they will be busy remembering Allah

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya korban Azzah.

    Ustaz yg mengajar di surau kami beritahu jgn sebut raya haji sbb raya ini utk semua org Islam. Bukan utk org yg mengerjakan haji sahaja.

    Raya korban bermakna semua org yg mampu dituntut berkorban pada hari raya ini dan hari2 tasyrik.

    ReplyDelete
  3. Salam Aidil Adha Azzah

    saya masak nasi impit dan rendang ajer

    aktiviti hari ni bantu acara qurban

    Wassalam

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....