Monday, November 22, 2010

Aktiviti Cuti Sekolah - Siri 2

Apa lagi ya nak buat dengan anak-anak ni?

Dah penat main mesti anak-anak ni sudah lapar kan? 
Jom main masak-masak...

Jika anak anda masih di peringkat sekolah rendah, bolehlah minta tolong mereka menolong di dapur. Tolong kupas bawang ke (ni mesti menangis ni..), tolong potong sayur... tolong ambil peralatan memasak, tolong tumbuk bawang / lada, 
mesti seronok dia orang ni nak tolong masak..sebab itu satu pengalaman baru...

saya dulu suka main masak-masak secara olok-olok...budak-budak dulu kata main pondok-pondok, ambil tin jadikan periuk, petik daun-daun di sekeliling rumah jadi sayur, ikan dan lain-lain..lepas tu ada yang jadi mak, ayah, dan anak-anak! Kami tenggelam dalam dunia kanak-kanak yang sungguh riang-ria tanpa masalah...

Yang dah besar sekolah menengah pula, bolehlah mencuba masak menggunakan resepi-resepi baru... sekarang ni senang sungguh..kalau tak ada duit nak beli buku-buku resepi yang ada di pasaran (selalunya hard cover tebal..) boleh tengok aja resepi online! banyak blog-blog masakan yang tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan sekarang..
Baguslah tuh, masing-masing tidak lokek berkongsi pengalaman dan ilmu masing-masing ....

contoh yang paling bagus adalah :
dan lain-lain (tgk lah bloglist kat sebelah kanan tu..banyak lagi blog masakan lain..)


2 comments:

  1. Salam Azzah,

    Anak-anak kakak masih main masak-masak. Sekarang dah ada peralatan mainan masak-masak siap dgn dapur dan makanan siap seperti burger, sosej, sayur-sayuran dan peralatan pinggan-mangkuk pun siap sekali. Yang makan pun ada... teddy bears banyak bersusun tunggu makanan.

    p/s: gelihati bila lihat mereka bercakap dgn teddy bear disuruh makan.

    ReplyDelete
  2. salam kak azzah...
    Terima kasih link tu yeaa..

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....