Monday, November 1, 2010

Adik Ipar Tony Blair, Lauren Booth Masuk Islam

Alhamdulillah..semoga Allah kurniakan hidayah kepada beliau agar terus memelihara agama Islam dan mempertahankannya melalui tulisan-tulisan beliau. Beliau ada seorang journalist sebelum ini.
***********************************************************
Adik ipar mantan Perdana Menteri Britain Tony Blair, Lauren Booth telah masuk Islam setelah melalui 'pengalaman suci' di Iran.
Daily Mail Online 24 Oktober 2010 melaporkan, wartawan dan jurnalis Lauren Booth, 43 – adik ipar Blair - kini memakai tufung yang menutupi kepala setiap kali dia meninggalkan rumahnya, mendirikan solat lima waktu sehari dan mengunjungi masjid setempat 'jika ada kesempatan'.
Dia memutuskan untuk menjadi seorang Muslim enam minggu lepas setelah mengunjungi makam Fatima al-Masumeh di kota Qom.
"Ini adalah malam Selasa dan saya duduk dan merasa ia merupakan suntikan morfin spiritual, kebahagiaan mutlak dan sukacita," katanya seperti dilaporkan The Mail Ahad lepas.
Ketika dia kembali ke England, dia memutuskan untuk segera mengucapkan dua kalimat Syahadah dan menganut agama Islam.
"Sekarang saya tidak makan babi dan saya membaca Al-Quran setiap hari. Saya telah membaca Al-Quran sampai muka surat 60. Saya juga sudah 45 hari tidak minum alkohol, suatu jangka masa terpanjang dalam 25 tahun terakhir ini, "katanya.
'Sejak saya memutuskan untuk masuk Islam, saya tidak mempunyai keinginan untuk menyentuh alkohol. Padahal sebelum ini saya adalah seorang yang mendambakan segelas atau dua gelas wine setiap hujung hari. "
Dia mengatakan bahawa dia berharap masuknya dia ke agama Islam akan membantu mengubah pradigma Tony Blair tentang Islam.


8 comments:

  1. Alhamdulillahh .. tapi sayangnya Blair sudah tidak menjadi PM lagi.

    ReplyDelete
  2. Azzah... kadang bila orang2 yang dikenali ramai masuk islam... cuma kita tau melalui email aje kan?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Azzah

    Islam ibarat air sungai..
    apabila disekat ia akan mengalir mengikut alur lain

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. yang masuk islam, ramai... yang tenggelam pun ramai...

    ReplyDelete
  5. al-lavendari,
    ALhamdulillha..takpa walaupun Blair bukan lagi PM Britain, tapi sekurang-kurang ada kesan ...

    ReplyDelete
  6. Kak Anie,

    of course lah mereka2 yg dengki kpd agama Islam tak mahu hebah2 kan..sebab nnt sudahlah mereka itu idola ramai, bayangkan jika ramai orang tahu mereka masuk Islam, mesti ramai pengikutnya...

    ReplyDelete
  7. Salam Rozali,

    hidayah Allah itu ada di mana-mana... hanya orang yang terpilih dan dikehendaki Allah sahaja yang akan menerimanya..
    mudah-mudahan akan menjadi contoh kepada yanglain...jangan pulak mereka hanya memeluk Islam secara luaran sahaja..

    contohnya paling baik tgk penyanyi CAT STEVEN.. bila dah peluk Islam, dia gunakan bakat dia ke arah Islam pula...
    selalu nya mereka yg mendapat hidayah lewat ini lebih baik dari mereka yg lahirnya dalam Islam...

    di Malaysia, contohnya Ustaz Farid Ravi...

    ReplyDelete
  8. IM,
    harap2 yang masuk Islam lebih ramai dari yang tenggelamnya...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....