Monday, November 29, 2010

R&R

Sebagai pengguna lebuhraya yang agak kerap juga, selalu berulang-alik KL - Johor - KL ,  kawasan rehat di sepanjang lebuhraya sememangnya mnejadi isu utama. Ini adalah kerana waktu perjalanan yang panjang menuntut beberapa perkara yang mesti dilakukan dalam perjalanan.

Pertama - berhenti solat,

Kedua - qada hajat

ketiga - makan

keempat - rehat untuk melepaskan kepenatan memandu lama (termasuklah tidur sebentar)

dll -

Sejak saya pulang dari belajar di luar negara pada penghujung 1980an, banyak perubahan dan peningkatan telah berlaku disepanjang lebuhraya. 
Jika dahulu, sepanjang KL - Johor hanya ada 1 tempat perhentian rehat (kalau tidak silap lah...nanti marah pula orang PLUS), sekarang sudah ada banyak. Dipanggil R&R, Rehat & Rawat.
Kemudahan yang disediakan juga sudah banyak berubah, sudah tentunya semakin baik.

Terutamanya TANDAS! 
Alhamdulillah. Rata-rata tandas di R&R sekarang boleh dikatakan tip-top ... sentiasa ada orang membersihkannya...*thumbs up!*

tempat solat juga sudah semakin bersih dan cantik ... dengan kemudahan pili-pili mengambil wudhuk disediakan berdekatan tempat solat...

4 comments:

  1. suka sgt tengok toilet bersih..

    ReplyDelete
  2. RnR....memang sangat membantu ketika perjalanan jauh....

    ReplyDelete
  3. setuju! Bila tandas bersih barulah selesa nak masuk kan...tempat solat pun dah semakin selesa.

    ReplyDelete
  4. Azzah..akak suka pergi tempat solatnya... cantik...nyaman... sejuk aje kalau solat kat situ...rasa tenang... kan?

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....