Tuesday, November 2, 2010

Tak berbaloi langsung!

Pekerja kantin jual mercun pada final Piala Malaysia dipenjara 7 tahun

  Seorang lelaki yang mengaku menjual mercun kepada peminat bola sepak pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil di sini Sabtu lalu, dijatuhi hukuman maksimum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Sh Ahmad Sh Othman, 50, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki 95 biji mercun pelbagai jenis semasa ditahan di Stesen LRT di stadium itu pada 11 malam Sabtu lalu.

 Sh Ahmad, pekerja kantin sekolah, diarah menjalani hukuman itu berkuatkuasa semalam.

Dia didakwa memiliki 40 biji mercun "bola", 40 biji mercun "ketupat" dan 15 biji mercun "bunga api gasing" semasa ditahan.

Sh Ahmad yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ketika ditanya oleh Majistret Abdullah Siddiq tujuan dia memiliki bahan itu, Sh Ahmad menjawab:" Saya menjual pelbagai barangan termasuk barang permainan dan saya menjual bahan ini untuk pengunjung yang datang ketika mana-mana perlawanan berlangsung".

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin. - BERNAMA 

Nota:  Hurm...disebabkan mercun, kena merengkuk dalam penjara 7 tahun! Memang tak berbaloi langsung... kepada sesiapa yang suka sangat bermain mercun di luar sana, samada semasa menyambut perayaan apa pun..fikir-fikirkan lah.. 

sumber: Berita Harian online

1 comment:

  1. Memang tak berbaloi..
    Perasuah yang merosakkan negara.. melesapkan jutaan ringgit.. kalau bersalah pun penjara nya kekadang tak sampai 5 tahun.. kes saperti Perwaja Steel misalnya.. entah apa lah hukuman nya..
    Yang bilis juga di jadikan tauladan.. begitulah keadilan di dunia fana ini..

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....