Sunday, November 28, 2010

Perjalanan jauh

Sabtu semalam hari yang sungguh bermakna. Perjalanan jauh dan pengalaman yang sungguh bermakna.
Awal pagi selepas subuh kami sudah bersiap-siap. Akan ke Johor Bahru menghadiri kenduri kahwin anak sepupuku. Pukul 8.30 pagi bertolak dari Shah Alam, sampai di Kempas jam 12.30 tghr. 
Sampai saja di rumah sepupu, terus masuk khemah kenduri...hurm..semua dah kelaparan...apalagi terus bersalam-salaman dengan sanak saudara yang hadir dan cari tempat duduk, ambil nasi dan lauk-pauk...
 
Alhamdulillah...kemudian duduk-duduk berborak dengan mak-mak saudara dan sepupu dan anak-anak saudara.
Namun yang paling kukenang ialah adegan jejak kasih, hurm..macam program Jejak Kasih TV3 pulak...
Memang betul lah... sebab sepupu saya ini dulu-dulu datukku ambil bela, dia anak orang Cina. Sebab tu muka dia putih melepak macam Cina. Selepas 50 tahun baru berjumpa kembali dengan emak dan adik-beradik dia..
Memang terharu sungguh, saya pula yang meleleh air-mata tengok...nanti kita cerita di lain entri ya..

Selepas menghadiri kenduri tu, kami terus bertolak balik ke Shah Alam. Dalam perjalanan ingat nak singgah rumah Cik Mat Gebu..tapi dia tak ada di rumah pula... CikMat ni rakan sehobi..kami sama-sama suka mengumpul pinggan mangkuk lama... kalau anda semua tengok hidangan masakan Cik Mat Gebu tu menggunakan pinggan mangkuk lama yang cantik-cantik kan...
 
Sampai di Shah ALam semula pukul 9 malam...penaatttttttttt 
12 jam marathon Shah Alam - JB - Shah Alam

4 comments:

  1. Alhamdulillah ..semua selamat dan baik belaka..untuk satu perjalanan yang begitu jauh.. some 600km... phew..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Azzah

    Ada kebaikan, Allah mewajibkan hadir apabila ada jemputan walimatiurus

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. salam kak azzah.
    alhamdulillah w/pun jauh perjalanannya, tapi semuanya selamat pergi dan balik.
    tentu syahdu sekali bila sepupu kak azzah dapat jumpa semula dengan adik-beradik kandungnya. terharu rasanya.
    huhu, kawan mat gebu rupanya. kakchik peminat dia aka masakan dia yang sentiasa menarik. pinggan-mangkuk dia pun mmg cantik.

    ReplyDelete
  4. waaahhh... penat tapi berbaloi kan... seronok jumpa sanak sedara..

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....