Monday, November 29, 2010

Jejak Kasih

Teringat pesan seorang ustaz, walaupun seseorang itu telah memeluk Islam, dan dibela oleh seseorang yang beragama Islam, namun pertalian darah antara seorang anak dan kedua ibu-bapanya masih terjalin, walaupun ibu-bapanya berlainan bangsa dan agama.

Sejak dari kecil saya tahu sepupu saya ni adalah anak angkat Cina, ini adalah kerana rupanya yang putih melepak dan bermata sepet, sebagaimana lazimnya anak berbangsa Cina. Apabila datuk saya mengambil dia sebagai anak angkat sejak kecil, emak saya yang membela dan menjaganya, walaupun ketika itu emak saya belum berkahwin lagi. 

Apabila sudah besar, bersekolah, bekerja, berkahwin dan beranak-pinak, emak saya berusaha mencari balik ibu kandung beliau, walaupun ketika itu datuk dan nenek saya sudah meninggal dunia. Emak saya dapat tahu bahawa bapa kandung sepupu saya ni sudah meninggal dunia. Tetapi ibu kandungnya gagal dikesan di mana. Ini disebabkan dia sudah berpindah dari rumah lamanya.  
 kalau ikut perkiraan umur, ibu kandung sepupu saya (duduk di sebelah sepupu bertudung coklat) ni sudah berumur lebih 90 tahun, tetapi kelihatan masih kuat boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat lagi. Perempuan Cina t-shirt merah adalah kakak sepupu saya.

 Bersama pengantin dan adik-beradik kandung sepupu saya.


1 comment:

  1. sala.

    saya doakan semoga sepupu awak dapat bertemu ibu kandungnya.

    memang benar ibu tetap ibu walaupun berlaian ugama. mana tahu dengan pertemuan itu, ibunya terbuka hati untuk memeluk Islam.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....