Wednesday, July 13, 2016

Kebersihan

Sepanjang berada di Jepun, salah satu perkara yang diperhatikan adalah kebersihan bandaraya besar seperti Tokyo. Sejak menjejakkan kaki di Lapangan terbang Antarabangsa Haneeda, Tokyo, berjalan ke landasan keretapi, menaiki subway bawah tanah, dan berjalan ke tempat penginapan, tiada satu sampah pun yang saya temui di sepanjang perjalanan tersebut! Amat mustahil kan? Apatah lagi di bandaraya sebesar Tokyo ini, masakan tidak ada sampah? Ya, itulah hakikatnya, rata-rata jika ditanya kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke Jepun, apakah perkara yang paling disukai sepanjang berada di sana? Sudah semestinya salah satu perkara yang akan dinyatakan adalah KEBERSIHAN bandar dan negaranya.
Bagaimanakah Jepun berjaya mendidik rakyatnya agar sangat prihatin tentang kebersihan? Jika kita baca dan menonton filem dokumentari mengenai negara Jepun, mereka telah menanam sikap dan perasaan kepada kebersihan sejak kecil lagi. Kanak-kanak di sekolah tadika lagi telah dididik bagaimana hendak membuang sampah dengan betul, recycle dan mengutamakan kebersihan. Sampah tidak boleh dibuang sesuka hati, perlu diasingkan mengikut kategori agar senang untuk di kitar semula. Malah pekerja yang mengutip sampah adalah digelar Jurutera Kebersihan dengan mempunyai gaji yang cukup tinggi setanding dengan jurutera yang lain!

Semasa saya berjalan2 di bandar, ketika memakan makanan, balutan makanan itu perlulah disimpan di dalam beg jika tiada menemukan tong sampah, dbawa pulang dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan di rumah!

Sebenarnya ini adalah ciri-ciri Islamik, tetapi mengapakah ianya sangat dipaktikkan di negara yang penduduknya majoriti bukan-Islam?  Sebaliknya pula jika kita lihat di negara-negara Islam termasuk Malaysia itu sendiri... tek perlu pergi jauh...cuba perhatikan di persekitaran rumah dan taman perumahan anda...

Bgmnkah sikap ini dapat diterapkan di dalam diri rakyat Malaysia terutamanya?


8 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. salam Azzah
    masyarakat kita memang sangat tidak menitik beratkan soal kebersihan. akak baru meluahkan rasa tidak puashati tetamu yg tidak menjaga kebersihan diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak..tak tau di mana silapnya ... kadang-kadang tetamu yang datang ke rumah kita pun tak pandai nak jaga kebersihan ...

      Delete
  3. orang jepun yang berjalan kaki, jika nak merokok akan berdiri di tepi tong sampah yang khas untuk perokok. lepas selesai merokok baru sambung perjalanan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul... kat sana kita tak rasa lemas dengan asap rokok ... depa ada bilik khas untuk merokok ...

      Delete
  4. sikap sebenarnya bermula dari adat dan peraturan... adat dan peraturan kita dah banyak yang dilanggar tanpa rasa bersalah.. kerana adat dan peraturan tu jarang yang berlandaskan agama Islam... sebab itu tak bertahan lama... dan sikap tak ambik kisah orang kita yang buatkan ia makin jadi teruk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Rozita, terimakasih kerana sudi singgah di blog akak ...

      Betul ..akak setuju dengan pendapat Rozita.

      Delete
  5. Nanti saya baca.
    Nak keluar minum dulu.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....