'Tajuk Johor' atau 'Tambak Johor'?
Entahlah.....tapi saya memang suka sangat lagu nih...mendayu-dayu...(anak2 Johor sila lah pastikan ya... Pak Latip kata sangat mustahak sebab nak cetak senikata ni kat belakang novel terbarunya...)
*Pak Latip, saya nak booking siap2 keluaran sulung novel nih ya... ;-)
Tanjung Puteri
Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Teberau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu
Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri
( korus ) Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja
Dari Tebrau orang berakit
Singgah Setulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri
Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Teberau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu
Atas bukit Tanjung Puteri
Taman hiburan indah berseri
Pemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri
( korus ) Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelama
Istana Hinggap di Kuala Danga
Pantai berkelah keluarga diRaja
Dari Tebrau orang berakit
Singgah Setulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukit
Di tepi pantai Tanjung Puteri
Nurazzah, terima kasih kerana membantu saya. Malam tadi saya tak lena tidur memikirkan senikata lagu Tanjung Puteri ini sebab novel sudah hendak dicetak takut senikata yang tertulis di kulit belakang novel itu salah.
ReplyDeletePagi ini saya juga terjumpa lagu ini pada alamat berikut:
http://www.heritage.gov.my/kekkwa/viewbudaya.php?id=1713
Laman web ini disediakan oleh Kementerian Kebudayan. Jadi sahlah senikata bermula "Tajuk" bukan "Tambak."
Alangkah eloknya kalau lagui ini dapat dimainkan dalam blog saya tapi saya belum tahu cara-cara memasukkannya.
Wahai Puan Nurazzah8. Saya sendiri terkeliru pertama kali membaca entri Kekanda latiptalib, tentang lagu Tanjug Puteri. Sebab ada ketikanya, saya juga menyanyikan lagu itu, dan sebutannya adalah "Tambak". Apapun lebih baik dapat mengesan kesilapan sedari awal, supaya tidak merugikan sesiapa.
ReplyDeletesalam Pak Latip,
ReplyDeletemaaf sekiranya pertanyaan saya membuatkan Pak Latip tak lena tidur... Alhamdulillah dah dapat selesaikan... nak masukkan lagu dalam blog, Pak Latip boleh pergi ke http://www.imeem.com, kat situ ada macam2 lagu, search saja lagu yang kita hendak, lepas tu boleh cut and paste HTML code yg diberi ke dalam blog kita...
Abang long,
ReplyDeleteye lah..selama ni duk nyanyi 'Tambak' bukannya 'Tajuk'... tapi sekarang dah jelas lah... Tak sabar nak baca novel Pak Latip...sebab sbg anak Johor, saya sendiri pun kurang pasti berkenaan sejarah si Bongkok ni... cuma tahu dari lagu ni sahaja... tak pernah buat survey pun.. so, nak lah tahu apa yg ditulis dlm novel Pak Latip tu
huhu ..terigt tyme kt kampong atok suke nyanyi lagu nih tyme masak...ooo rindunye kt atok
ReplyDeletemmg atok suka sangat nyanyi lagu ni kan...asma'..
ReplyDeletetapi sekarang nih dah tak boleh mandi lagi kat Pantai Lido tu. Teringat masa ummi sekolah dulu pernah lah pergi main-main air mandi kat situ... skrg ni dah poluted... akibat byk sangat pembangunan kat situ...
MBJB dah bangunkan DANGA BAY... hurm...nama pun nama orang putih... kan TV3 selalu buat JOM HEBOH kat situ dulu... tapi saya tak pernah pergi pun...
Rasanya dari dulu pun lagu tu menyebut 'Tajuk' tapi kak lady tak lah paham apa makna Tajuk tu...cuma selalu nyanyi...Tajuk Johor...Tanjung Puteri...Selat Teberau...Airnya biru...memang sedap didengar...mendayu-dayu kan?
ReplyDeleteKan lebih sedap Danga Bay tu disebut Teluk Danga...? Dan bunyi matsalleh plak kalau sebut Danga Bay..
Azzah mmg mendayu betul lagu ni kan?
ReplyDeleteMust look out for the book ada jual in sg tak?
maklang pun suka lagu tu...memang sedap didengar!
ReplyDeletealmaklum dilahirkan dan dibesarkan di Johor!
Sejak lagu ini ada bila saya mengadap komputer saya buka blog ini dan biarkan lagu itu terus mendayu-dayu.
ReplyDeleteSaya memang suka lagu ini sejak dari dulu. Setelah saya menulis novel Si Bongkok Tanjung Puteri lagu ini lebih bermakna kepada saya.
Bila dah terbit nanti saya kirimkan kepada Nurazzah.
kak lady,
ReplyDeleteterimakasih kerana confirm kan lagi mengenai 'tajuk' ... saya yg silap dgr agaknya... itulah... teringat masa saya sekolah kat JB dulu, selalu bila outing pi makan mee bandung kat tepi Pantai Lido tu...
Teluk Danga pulak saya belum berkesempatan menjejakkan kaki lagi ke situ, sbb bila balik Johor terus ke kampung di Pontian, selalu tak cukup masa nak ke JB...
kak Elle,
ReplyDeletekalau nak ekslusif lagi boleh mintak authornya Abdul Latip Talib sign dan pos pd kak elle (sila lawat blog beliau..)..ewah..saya yg tolong promote bagi pihak Pak Latip...lepas tu masukkan duit dalam akaun beliau...InsyaAllah hujung bulan ni baru novel tu diterbitkan.
maklang,
ReplyDeletekampung Johor kat mana?
Pak Latip,
ReplyDeleteSUNGGUH TERHARU!!!
Terimakasih daun keladi
Jika sudi berkunjunglah lagi...
pernah dengar dua-dua versi zaman sekolah dulu. Biladengar nyanyian Othman Hamzah dulu, ingatkan dia sebut "Tanjuk" Johor.
ReplyDeleteApa-apapun, apa maksud "Tajuk"? Adakah Tajuk sama maksud dengan TAmbak? Pak Latip ada kisahkan asal usul perkataan tajuk dalam novelnya juga kah?
haiii, bertambah panjanglah list bacaan novel melayu saya ni.
Mama Sarah,
ReplyDeleteMengikut kamus dewan, perhiasan pada kepala seperti mahkota, serban, tudung kepala, bunga atau sebagainya juga dinamakan tajuk. Malah perhiasan pada perahu atau kereta juga dinamakan tajuk.
Ada ayat yang berbunyi, tajuk perahu, tajuk kepala dan tajuk bunga cempaka.
Kerana itu ayat TAJUK JOHOR TANJUNG PUTERI membawa maksud Johor itu asalnya bernama Tanjung Puteri. Atau Johor juga dikenali dengan nama Tanjung Puteri atau pelbagai makna lagi.
Begitu indahnya senikata Melayu lama.
Ni lah salah satu lagu lama yg Minah suka mendengar. Susah nak dptkan lagu2 yg seperti ini sekarang. Senikata yg tidak berbunga bunga tapi penuh bermakna.
ReplyDeletemama sarah,
ReplyDeletebaca jangan tak baca... ;-)
Pak Latip,
Terimakasih kerana memberi penerangan mengenai perkataan 'Tajuk'... hurm...lagi tak sabar nak tunggu dpt novel tuh... nak tahu kisah si Bongkok.. eh..saya ada baca kat satu website tu,,, tapi tak ingat, ada pementasan theater SiBongkok Tanjung Puteri sempena Minggu Festival KL (rasanya minggu lepas..)
Minah Celoteh,
lagu lama dan filem lama walaupun tidak menggunakan teknik atau kaedah yang canggih spt sekarang, tetap diminati ramai kerana keasliannya... evergreen gitu...;-))
Nurazzah,
ReplyDeleteMemang ada teater Si Bongkok Tanjung Puteri yang ditulis oleh Shaharom Husain. Teater itu mula dipentaskan pada tahun 60an. Hingga sekarang masih dipentaskan.
Novel Si Bongkok Tanjung Puteri mempunyai cerita yang tersendiri bukan adaptasi dari teater itu. Tunggu terbitan novel itu penghujung bulan ini.
Maklang kat JB lah...Kat taman yang jalan2 nya adalah nama senjata, rentaka, keris, lembing. etc!
ReplyDeleteooo...mak lang membesar di JB la ya... tapi orang Johor kan, tak panggil 'JB' betul tak? Org Johor panggil JB, Johor gak.. sampai sekarang pun kalau kami nak pergi JB, kami tak cakap nak pergi 'JB' tapi cakap nak pergi 'Johor'... sebab understandable yang 'Johor' tu ialah JB..tul tak mak lang..?
ReplyDeletesaya dulu sekolah kat sekolah yg terletak kat Larkin tu...sekarang kalau lalu kat highway tu nampaklah sekolah saya tu nun di atas bukit tepi highway tu..rindunya nak balik tgk sekolah tu... last year alumni we all ada buat 'back to school' projek, tapi saya tak dapat ikut sbb ada hal lain waktu tu...
best mendengar lagu2 klasik walaupun sy generasi baru. :)
ReplyDeleteSalam Kak Azah,
ReplyDeleteSaya stuck programming dah 3 hari... Apa lagi, menulis blog lah jawabnya. Nak hilangkan stress.. huk..huk.
hazimin,
ReplyDeletesusah nak tengok generasi muda/baru meminati lagu2 klasik... selalunya mereka lebih kpd irama rock...heavy metal...dan entah apa-apa lagi... auntie pun tak tahu nak sebut... hehehe..maklumlah mmg auntie tak minat muzik yg dam dum dam dum...macam nak pecah kepala auntie bila dengar lagu/muzik macam tu... huhu..
zlaa,
ReplyDeleteakak pun tak sempat nak tulis n3 baru..kerja bertimbun-timbun.... dalam hati byk nak tulis dan share dgn you all, tapi apakan daya...tugas hakiki lebih menuntut waktu ku!!!
setakat jenguk sekejap jawab komen boleh lah...hehehe...
eh, bukan "tambak" ke ?
ReplyDeleteapsal "tajuk" pulak ?
ish musykil ni. rase macam tak kene lah.
Tajuk Johor Tanjung Puteri, bermaksud, Ibu Negeri Johor (suatu waktu dahulu) ialah Tanjung Puteri
ReplyDeletesalam... sya hidzir,sy dri UMK dalam Fakulti teknologi kreatif dan warisan.. sy ingin tahu bila dan siapa yang mencipta lagu Tajuk Johor ini? dan apa falsafah di sebalik lagu tambak johor ini? harap ada sudi yg membantu..
ReplyDeleteDari zaman sekolah masa kelas musik cikgu tulis lirik dia TAJUK Johor,
ReplyDelete