Monday, July 23, 2007

Ayat-Ayat Cinta

Ayat-Ayat Cinta ~ 7 Milestones of Love


Category: Books
Genre: Religion; Spirituality
Author: Habiburrahman El Shirazy
Novel ini sebenarnya sudah lama berada di pasaran, tetapi saya baharu sahaja membacanya
pada bulan Mac yanglepas.
Novel ini, mmg best! Sebelum saya berangkat ke Jordan pd bulan Mac lepas,
anak saya di sana berpesan, "Ummi tolong carikan novel "Ayat-Ayat Cinta". dalam hati berkata,
"Hish..apalah anakku ini nak baca novel jiwang nih.." tapi carilah juga... pergi MPH dah habis
semua MPH ~di Giant sek 13, di SACC Mall dan Subang Parade) , kedai buku di Kompleks PKNS
pun dah habis, last2 teringat kedai buku SMART di Shah Alam Mall.
Bila ke sana, rupa-rupanya ada banyak kat situ..(mungkin stok baru sampai). belilah satu..
jadi sebelum anakku baca, mak kena baca dulu..apa yang anakku kata best sangat tu...
ingat nak baca sikit2 saja.. tapi biasalah, bila novel dah kat tangan, terus lekat dan baca
sehingga ms yg terakhir...tak sedar airmata mengalir sehingga anak ku yg kecil tanya
"Knp ummi nangis baca buku tu?" mmg betul komen k endok seperti di bawah...
7 milestones of love.....5-star (*****) utk novel ini!
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mengikuti perjalanan seorang pemuda warak, berilmu dan beramal bernama Fahri menyebabkan aku hanyut-seolah-olah berada negeri Musa-Mesir. Dalam musafir ini aku temui 7 ayat ayat cinta (love milestones) yang perlu di telusuri, di hayati dan di alami sedalamnya.

Milestone atau ayat cinta pertama ialah menuntut ilmu-

Menuntut ilmu semata-mata kerana Allah-demi dakwah membela agama tercinta! Ternyata kesusahan Fahri dalam menuntut ilmu dengan ulama terkenal seperti mengajak kita untuk bergerak ke arah jalan yang sama.

Biarpun dipanggang panas mentari dan dibaham bahang pasir sahara atau hujan atau dingin salju-ilmu itu harus ditagih. Biarpun banyak ranjau dan duri yang mesti di harungi. Dalam menggeluti proposal thesis,penuh tekad dan berjaya diselia oleh professor yang menjadi idolanya. Dia sempat menerjemah karya karya klasik Islami Agung yang tersembunyi
berkurun lama di khanzanah Bahasa Arab untuk di 'nusantara'kan. Satu perjuangan seorang pelajar yang bukan mudah, amat sukar malah impossible!.

Milestone Cinta kedua- love is universally islamic

Begitu universal cinta itu rupanya. Penuh humanistic. Jika tidak, mana mungkin Fahri boleh cintakan keluarga Maria-yang berlainan agama.
Demikianlah, cinta itu harus disebarkan baik muslim atau non-muslim yang tidak memusuhi kita. Jelas di sini cinta itu sifatnya 'give and take'. Perlu ada yang memberi dan menerima.

Milestone Cinta ketiga adalah cinta kepada persahabatan.

Ternyata Fahri telah menjadi contoh teladan yang perlu diikuti. Satu uswah hasanah yang mulia dan pekerti yang dikaguni perlu ditiru. Kawan kawan serumah begitu mencintainya kerana akhlak dan pergaulan yang begitu tulus. Ini boleh dilihat semasa Fahri ditimpa musibah 'heat
stroke'.Teman-temannya berganti berjaga malam-sanggup berkorban masa dan tenaga.
Bilamana melihat Saiful tertidur di permaidani, kerana letih menjaganya,lantas Fahri berkata: Ana uhibbuka fillah ya akhi-Aku mencintaimu kerana Allah saudaraku!. Belum lagi penderma misteri (siapa malaikat itu) yang membayar semua ongkos perubatan Fahri di hospital!

Milestone cinta keempat adalah kemuncak segala-galanya yang menjadi idaman setiap remaja zaman ini. Cinta selepas nikah!
>
Masyallah, novel ini menjelaskan dengan begitu detail dan teliti. Gelagat Fahri dan Aisha di malam perkenalan yang begitu mempesonakan. Ada rasa sebak ketika membacanya. Meremang. Seram sejuk. Inilah jalan-jalan untuk remaja/pemuda pemudi kita perlu amati dalam mencari
pasangan. Perlu ada orang ketiga-yang pastinya kita kenal dan percayai!

Keromantikan cinta selepas kahwin ternyata tiada taranya. Full of Thrills, Nombor wahid-first class. Inilah asasnya untuk bercinta. Foundation yang kukuh. Bulan madu di Sungai Nil Fahri sambil membelailembut rambut wangi Aisha di apartment sambil melihat bulan begitu
romantis. Cinta Halal-Inilah cinta yang UTAMA!


Sifat suka berkorban adalah milestone cinta yang kelima.

Fahri telah menunjukkan pedoman bagaimana dia bersabar ketika bumbung rumah sewanya bocor, tirisan air menitis dari rumah Maria. Sabar dan berkorban. Tentu yang paling INDAH adalah pengorbanan Aisha-isteri solehah yang sanggup berpoligami. Untuk Maria. Untuk maruah suami dan keluarga. Untuk agama! Allahuakbar!


Milestone Cinta keenam yang kukira begitu penting adalah cintai kebenaran.

Maria telah menunjuk jalan. Kebenaran itu tertanam dalam kalimah syahadah! Lailahaillah Muhammadurrasulullah! (Tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah!). Ia kunci syurga. Itulah kunci yang dibawa Maria sebelum kematiannya. Saat yang tragis dan menyebabkan aku bergenang airmata!terutama apabila Maria tidak berhenti berqasidah
dan bertasbih menyebut nama ALlah antara kedua bibirnya yang semakin kering. Sungguh tragis watak Maria dimatikan! Mengapa perlu watak Maria dimatikan. aku tidak puas hati. Padaku Maria lah yang sebenarnya paling mulia di antara semua watak dalam novel ini mengalahkan Fahri kerana ia mati dalam keadaan husnul khatimah!Radhiyatan mardhiyah.Itulah impian
kita semua.


Akhirnya, last milestone -the last terminal of love ie CINTA UTAMA adalah segala perbuatan itu kerana Allah dan RasulNya.

Mentajarrudkan /membersiahkan niyat lillahi Taala. Ini mesej jelas dalam novel ini.


Bagiku, memang layak novel ini diberi taraf lima bintang! Ia menggugat perasaan, mencampurbaur rasa ketawa, geram, tangis, kecewa, gembira dan bahagia sekaligus mendekatkan ketaqwaan kepada Allah. Seribu macam perasaan! Ia membawa diri kita kembali kepada Allah-tatacara bercinta,mencintai juga dicintai.

ANA UHIBBUKA FILLAH YA IKHWAN AKHAWATI!!!

wassalam
k endok

13 comments:

  1. eh ummi ..????
    kaklong soh ummi bli buatmu kekasih aisya sofea la..apelak ayat-ayat cinta???haha tuh chepah yg penat2 blikan utk kaklong la....ummi yg g bce dlu..kui3

    ReplyDelete
  2. laaa....tertukar tajuk buku la pulak...tak pelah...hehehe hurm... itulah akibatnya banyak sangat pikir... macam2 dalam kepala nih...hehehe...

    ReplyDelete
  3. fuhh..pening kepala Jin..pepagi dah kena tarbiyah.

    ReplyDelete
  4. Salam!

    Rakan saya pernah mngsyorkan agar saya membaca buku ini. Semasa itu rata2 sold out! Sehingga hari ini masih belum membacanya....Insya Allah nak beli lepas ini!

    ReplyDelete
  5. Hampir-hampir terbeli buku ini. Mungkin belum masanya. Berbelas lagi buku dibeli semasa pesta buku PWTC tempohari belum tersentuh lagi. Maklumlah baca satu satu. :)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..
    pekaba? mcm menarik gak novel tu. hm nanti akan dicari :)

    ReplyDelete
  7. adiejin,
    bagus lah pagi2 kena tarbiyah, otak tgh fresh lagi, senang nak ingat...


    dad of four,
    jika jumpa beli lah.

    blackpurple,
    habiskan baca buku2 yg ada kat rumah tu dulu.... nanti baru beli...;-)

    banji,
    wa'alaikumsalam wrt wbt,
    Khabar baik, Alhamdulillah.
    Mmg menarik, belilah kalau terjumpa...

    Selamat menempuh hari-hari yang akan datang dengan bahagia.

    ReplyDelete
  8. ok sound good buku ni ... will keep my eyes open.

    ReplyDelete
  9. teruja untuk membacanya. Balik nanti akan cuba dapatkannya...

    ReplyDelete
  10. kak elle, apa khabar? ok..kalau jumpa belilah buku ni ya? eh..kak Elle kat Sg kat mana? saya ramai gak pakcik dan cousins duk singapore.

    ReplyDelete
  11. Yus,
    hubby dan viva? bila nak balik msia?

    ReplyDelete
  12. nurazzah,

    I dah habis baca.. menitis air mata..

    ReplyDelete
  13. ummi,
    kalau tak menitis air mata mmg sah sesiapa yg membacanya tak menghayati makna yang tersirat kan...
    so, apa komen ummi?
    ada apa-apa nak tambah selain dari 7 milestones di atas?

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....