Wednesday, May 17, 2017

SELAMAT HARI GURU 16 MAY 2017

Selamat Hari Guru Tahun 2017

Ucapan ini datang sedikit lewat, tapi aku masih tetap hendak menulis satu entri mengenainya. Sememangnya disengajakan kerana pada hari tersebut bertubi-tubi mendapat message mengenai Hari Guru ini ... Terimakasih kepada semua rakan taulan, sahabat-handai dan anak-anak murid samada yang masih lagi menjadi anak murid ku atau pun yang sudah lama tamat belajar, bekerja tetapi mereka masih mengingati ku...terharu..tiada yang lebih bererti bagi seorang guru/pendidik/pensyarah apabila mendapat message daripada anak murid yang masih mengingati kami... tidak perlu hadiah mahal, cukup sekadar ucapan terimakasih...

Selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru dan pendidik di tanah air. Tema Hari Guru 2017 - Guru Pembina Negara Bangsa adalah amat bertepatan dengan cabaran dunia pendidikan masa kini dalam rangka melahirkan murid yang berakhlak dan bersahsiah mulia. Segala-galanya bermula daripada inspirasi murni seorang guru.
Guru adalah insan yang mendidik, mendorong dan membimbing kita sehingga kita dapat mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan. Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik pelajar amat besar nilainya. 
Maka, disebabkan itulah guru ibarat pengganti kepada ibu bapa ketika di sekolah. Justeru, segala nasihat dan tunjuk ajar guru hendaklah dipatuhi.


Image result for ucapan selamat hari guru 2017

Monday, May 15, 2017

Happy mothers day to my ummi Nur Azzah!!

This entry I copy paste from fb since I want to remember it for a long time... well one advantage blog has from fb is that we can search easily for a specific entry, besides in fb we have to scroll down and search  ...That one reason I still love blogging ...

On this special day, my eldest daughter wrote this ....

.
...
Ummi cakap Dr As nih pembawa rezeki ....anak sulung ummi abi
😍Lahir masa ummi nak final exam final year degree.. tapi ummi berjaya grad dengan cemerlang dan terus sambung master kat US ..
kalo umi balik malaysia time tuh tengah ekonomi gawat susah nak dapat kerja . Hehe😍
Ummi sangat workaholic dari dulu , lecturer yang sangat busy tapi berjaya membesarkan kami 8 orang anak .
Now alhamdulillah kami semua dah berjaya dalam pelbagai bidang 😊😊
Dr As doktor
Adik zaid engineer
Adik ammar akauntan - alhafiz
Adik anas software developer (ikut jejak ummi)
Adik wafa engineer
Adik muadz sains aktuari -alhafiz
Adik zubair - bakal Alhafiz
Adik hana - mrsm ulul albab
Dulu kecik kacik kalo tengok Tokoh Ibu Mithali , rasa macam Wow hebatnya !
Now wanita sehebat macam tuh adalah ibuku sendiri .. Dr As nak menobatkan Ummi sendiri sebagai tokoh ibu mithali hehe !!
I wonder camne ummi bersabar dulu ..
hebat sangat !!!
( Dr As baru ada anak sorang dah menitis air mata😂😂😂 ..)
Happy mothers day my queen of my heart !!
Love
Kaklong

 13 March 2016 - Kak Long's wedding
 2nd April 2016 - KLIA, Abi going to Japan
1987-Convocation in Tiffin, Ohio, USA
Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....