Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Sunday, December 2, 2007

Cuti Sekolah .... buku cerita

Cuti sekolah hujung tahun ini, sempena Mu'adz dan Zubair bersunat, dan sepanjang pemergian aku dan suami ke tanah suci, perancangan perlu dibuat agar anak-anak tidak terbiar tanpa apa-apa yang berfaedah perlu dilakukan.

Selain dari mengisi masa dengan membaca dan menghafal Al-Quran, bermain computer games, melayari internet, friendster dan chatting dgn kawan2, 2-3 bulan yang lalu aku telah mula membeli buku-buku cerita kanak-kanak dan remaja utk anak2 membaca.

Selain drpd itu, juga utk menyokong rakan2 bloggers, seperti OD. (Mesti OD tersengih lebar tengok gambar ni kan....!? )
Siri Ninja Kunaharo dan Ajak Kadir

Anak-anak saya sangat suka membaca siri Penyiasat Ekstrovert ini .... sentiasa menantikan siri yang terbaru....yang terdapat dalam koleksi: Serangan Amfish, Lolongan Misteri, Sesat di Bukit Fraser, Pedang Yamashita, Kucing Utusan, Misteri Vila Penn dan UFO
Siri Penyiasat Ekstrovert

Di bawah pula cerita misteri dan berkenaan bola: Zidane@Zizan .... Anything berkenaan bola sepak, bagi saja kpd 5 orang hero ku...mesti laku...

Ini pula, Siri pahlawan Islam oleh Pak Latip yang dikenali ramai....
Siri Pahlawan Islam oleh Pak Latip

Siri Pahlawan/Sejarah Tanah Melayu oleh Pak Latip Talib

Suatu hari menerima bungkusan ini, dari e-kedai.net Apa ya yang terdapat dalam bungkusan ini???
Ini lah dia isi bungkusan di atas.......
hampir 90% telah dibawa balik oleh Kak Long ke Jordan tempohari...
kebanyakan novel utk remaja.
5 tahun 5 bulan
ialah novel berkenaan pelajar medic di luar negara(sgt sesuai utk kak long baca), Pudarnya Pesona Cleopatra (baca ulasan di sini) nukilan Habiburahman El-Shirazy, iaitu pengarang novel Ayat-ayat Cinta,
Senafas Rindu
oleh Damya Hanna , Surat Ungu Untuk Nuha oleh Noor Suraya,
Curahan Cinta Niagara oleh Maya Iris. "Aku Dekat.....Kau Dekat".....Ini adalah mantera cinta Mira dengan PenciptaNya yang diulang berkali-kali di dalam novel Curahan Cinta Niagara yang sangat berkesan di hatiku. Mira adalah watak utama di dalam novel islami oleh penulis Maya Iris ini.

Membaca buku As I Was Passing oleh Adibah Amin membawa kita mengimbau kembali ke zamn 70an . Dengan gaya bahasa Inggeris yang bersahaja dan mudah difahami, Puan Adibah berjaya mencolek hati kita membaca sambil menghayati nilai-nilai yg sepatutnya ada dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.(Baca ulasan di sini)
Semasa berkunjung ke MPH di SACC Mall, anakku memilih utk membeli buku Dicakar Hantu. Tetapi selepas membacanya, masing-masing takut bersendirian di bilik...(hurm...lepas ni tak mahu kasi mereka membaca buku cerita hantu lagi)

Suami ku ada membeli buku Pengembaraan Ibn Battutah, tapi belum sempat habis membaca, baru baca 1 bab sahaja, namun apabila membaca ulasan oleh ulas-kupas, mmg saya teruja hendak membaca sehingga habis, cuma tiada masa sekarang. InsyaAllah selepas balik dari mengerjakan haji akan aku habiskan membaca...Pengembaraan Ibn Battutah

dan akhir sekali ini , buku resepi oleh Nina Suria dari bumi seberang, Brunei Darussalam, utk diriku dan bibik! ... kami dah cuba macam 2 resepi, yang bestnya Ayam Masak Limau...sehingga menjilat jari...!!! Silalah berkunjung ke blog Nina, yang sentiasa dipenuhi dengan pelbagai juadah yang beraneka rasa dan rupa... sentiasa jadi lapar bila berkunjung ke blog beliau...hehehe

Oppss... terlupa...sebelum Hari Raya Aidil Fitri yg lalu sempat lagi order 3 buku di bawah iaitu Al-Andalus Menangis, Wilayah Cinta dan Jalan Jauh ke Ramallah dari Khadijah, iaitu salah seorang ahli Grup Karyawan Luar Negara.

Al-Andalus Menangis dan Wilayah Cinta adalah Antologi Puisi manakala Jalan Jauh Ke Ramallah pula adalah sebuah Antologi Cerpen karya ahli-ahli GKLN.

GKLN mula diwujudkan pada awal tahun 2005 di Dublin, Ireland, oleh sekumpulan pelajar perubatan Malaysia yang menuntut di sana. Pada awalnya, GKLN dikenali sebagai Grup Karyawan Ireland (GKI) dan ketika itu ahlinya sekadar mencapai 20 orang sahaja. GKI menjalankan aktiviti-aktiviti seperti perkongsian karya, berita sastera, tips-tips penulisan dan kertas-kertas kerja penulis serta pengkaji sastera yang lain melalui komuniti siber di internet.

Lebih mengujakan lagi apabila terdapat banyak permohonan untuk menjadi ahli di kalangan pelajar-pelajar luar Ireland-United Kingdom seperti Australia, Rusia, Jepun, dan United States. Atas desakan tersebut maka GKI telah diubah namanya kepada Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) dan keahliannya dibuka kepada pelajar-pelajar Malaysia di seluruh dunia. Sehingga kini, GKLN mempunyai sekitar 230 orang ahli dari pelbagai negara seperti Jepun, Rusia, Ireland, United Kingdom, United States, Jordan, Mesir, Australia, Ukraine, Jerman, Perancis, Republik Czech, New Zealand, Morocco, dan lain-lain. Para ahli GKLN juga mengambil jurusan pendidikan yang pelbagai termasuklah perubatan, farmasi, bioteknologi, akauntan, teknologi maklumat, pengkomputeran, kejuruteraan, bahasa, kimia, syariah, dan sebagainya.
(dipetik dari blog GKLN)


Al-Andalus Menangis
La Alhambra, Granada
7 Jun 2005

Andalus, seribu musim kau merawat parah di ruang kendiri
saat laung istighfar Alhambra menjagakan marga langit
dengan seribu sengsara
dan pada waktu berdarah itu
kiblat yang dicabut dari ladang ibadat ini
adalah kerebahan yang tidak tertebuspun oleh
sebungkus doa kita yang renyuk.

Sudah lewat berzaman tidurmu ditertawakan
dentingan genta dari Giralda
saat angin Mediteranean berpeleseran dirasuk rindu buat Tariq
mencari jika masih tercicir
lagu muazzin yang rendah berbicara dengan langit
dimimbar Cordoba ini,
pun aku masih lagi berdiri di sini, di tebing zaman
membaca ranumnya puisi luka Guadalquivir
seakan mengutip pepasir sesal di dasar arus yang teresak-esak
dalam rajuk yang panjang.

Masih akrabkah cinta dalam mimpimu, Andalus,
pabila sejarah adalah cagaran buat syahadah
yang kita teduhkan di rimba nurani ini?
Atau telah mungkinkah tanah ini tersumpah
sesudah nafsu yang tumpah membanjiri sebuah riwayatmu
dalam amukan langit yang murka.

Dalam iktikaf usia ini sempat kau bertanyakan kami
milik siapakah dosa ini?

Al-Andalus , sesudah lelah
hadiah ziarahku kau jawab dengan salam curiga
dalam diammu
merahsiakan tajamnya sebuah tangisan.

(memenangi hadiah utama(Puisi) Hadiah Sastera Utusan Exxon-Mobil 2005)


~ SELAMAT MEMBACA DUHAI ANAK-ANAK KU ~

22 comments:

  1. Salam Kak Azah ingat dah terebang :) terimakasih beribu lemon promokan Buku Resipi arwah mak Nina disini.. semoga kita sama-sama dapat mengambil ilmu yang ditinggalkan arwah mak

    Salam Zulkaedah dam semoga mendapat Haji yang mambrur

    ReplyDelete
  2. Nina, cupping camp tu takde dibuat di Malaysia ke? kalau tak boleh akak hantar anak2 masa cuti sekolah ni belajar buat cup cakes dari Nina...

    ReplyDelete
  3. lah apsal bli lagi buku same..ish surat ungu untuk nuha tuh xbes sgt,,,bosan.....5thn 5bln bes!

    ayam masak limau?cmne tuh? nak resepi...

    ReplyDelete
  4. kak long asma', kalau sempat ummi taipkan resepinya, kalau tak kena tunggu ummi balik haji lah....

    ReplyDelete
  5. salam kak azzah...surat ungu utk nuha peberet saya...hihihi

    ReplyDelete
  6. epel,
    akak pun suka baca novel tu, tapi anak akak tu kata bosan lah pulak... ntahlah budak2...
    eh...epel eja nama akak kat blog epel tu salah lah...bukan "nurrazah" tapi "nurazzah" , huruf 'z' yg ada 2, bukannya huruf 'r' ... itulah trademark nama akak...selalu orang nama "nurazah" atau "norazah", danjgn lupa ada nombor 8 dihujungnya ... "nurazzah8" ....hehehhe...

    ReplyDelete
  7. kak azzah,byknye buku...geram mama tgk koleksi buku2 kak azzah...kalo mama dpt,alangkah bahagianye...

    ReplyDelete
  8. Nurazzah, terima kasih...hah..tak la pening-pening lagi saya ni sbb dok tercari-cari buku yang bagus,tup-tup hari ni you keluarkan "senarai rujukan". Sebenarnya saya beli dan baca buku2yang Nurazzah masukkan dalam blog sejak bbrp lama ni. Wah,you boleh claim komisyen dr penulis ni...:)
    Selamat menunaikan haji. Semuga Nurazzah sekeluarga di permudahkan segala urusan, sihat tubuh badan dan sempurna segala rukun dan sunat haji, Amin.

    ReplyDelete
  9. salam kenal...bagus budaya membaca..byk gak buku tu sempat sy baca..5thn5bln tu mmg lain dr yg lain...semoga budaya membaca menjadi budaya rakyat msia

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Azzah... mwah mwah...
    Terima kasih banyak-banyak. Harap Kak Azzah terhibur dengan NK1-3 dan Ajak.

    OD dan suami juga nak ucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah. Semoga diberkati Allah dan semoga selamat pergi dan kembali. Amin.

    ReplyDelete
  11. mama ranggie, ini sebahagian yg ada dirumah sahaja...books are everywhere in my house...

    ReplyDelete
  12. cikMilah,
    terimakasih...

    arsaili,
    mmg sepatutnya budaya membaca rakyat msia patut ditingkatkkan... ada statistik yg dikeluarkan baru2 ini mengenai budaya membaca di malaysia... mmg sggggggggttttttttt jjaaaaaaaaauuuuuuuuuhhhhhhhh berbanding mereka di negara lain

    ReplyDelete
  13. OD,
    dah sihat ke? bila buku baru nak keluar? Terimakasih atas ucapan, doakan akak dan suami +MIL + BIL selamat semua....

    ReplyDelete
  14. Tengok cerita penyiasat tu teringat kisah tiga penyiasat masa kecik2 :)

    ReplyDelete
  15. owh byknye novel..nanti nak pnjm dgn asma laa..huhu

    dlu masa kecik2 ingat agi de ati nak jadik spy sbb tpengaruh dgn "5 sekawan penyiasat" nye buku..

    ReplyDelete
  16. banji dan faez,

    dulu kecik2 mkcik suka baca buku penyiasatan Hardy Boys dan Nancy Drew.. ada dlm Bahasa Melayu jugak... Siri Hadi dan siri Salma...

    dan juga 5 sekawan dan 7 sekawan oleh Enid Blyton ...

    hurm..nostalgia sungguh...

    bila baca tu mmg berangan konon makcik lah yg jadi penyiasat tu..pastuh mula nak berangan jadi penyiasat...kalau ada masalah sikit,mula lah pikir...sape yg buat...cuba cari clue, main teka2 lah...hehehe... tapi selalunya tak betul..... kah kah kah....

    ReplyDelete
  17. wow banyak nya buku2 nak pinam 1 satu bolih?haha

    budak2 kat rumah tu masuk 'bookworm club' tak?

    selamat menunaikan haji Azza semoga selamat semua nya.

    ReplyDelete
  18. Hello Nurazzah8, I happened to take a wrong turning somewhere and ended here your place.
    Gosh! I love your blog design. Always loved the sea.
    Regret my Bahasa suda very rusty, so unable to comment on your posting.
    BUT! I was shocked when glancing at your members in your link and noticed my callsign,'U Lee'. Is that me?
    Holy Smoke, don't tell me you been sneaking into my blog and not leaving any footprints? No wonder I keep hearing footsteps late at nights, ha ha.
    We are 13 hours behind you too.
    Anyway, if that is me, I sure feel honoured, terimah kaseh.
    Drop in for coffee anytime.
    You keep well and have a nice day, Lee.

    ReplyDelete
  19. salam kak nurazzah,
    semoga mendapat haji yg mabrur!
    rindu akak!

    byknye buku akak borong.bestnyer alahai anak-anak akak membaca
    tgk buku pengembaraan ibn battutah,teringat pulak buku tu yg saya beli dulu.lum khatam-khatam lagi.hehe

    ReplyDelete
  20. kat rumah akak bookshelves mesti banyak gila kan? wahhhh... memn
    ang akak stok betul anak ank dengn buku sebelum ke tanah suci...mayaAllah...dan diaorang pun membaca..memang berbaloi la akak beli yek?

    bila akak siap snap dgn gambar...terupdate la saya kejap of the happening in the book world kat sana...am glad adibah amin is still writing...i have always loved her books...

    ReplyDelete
  21. salam rindu buat teman tersayang,

    Semoga dapat haji mabrur, InsyaAllah and welcome back.... takziah ataz pemergian insan tersayang (asma' ada sms baru ni )....

    Keep in touch..

    sarina jordan

    ReplyDelete
  22. Salam buat Nurrazah...selepas entry sebelum ni kak lady ingat nurrazah dah terbang...memula janji jugak ngan PB untuk ke rumah Nurazza sebelum terbang...tapi nampaknya takde rezeki...

    Semoga nurazza mendapat Haji yang mabrur...

    Suka tengok buku2 yang banyak tu...bagus sungguh budaya membaca yang ditanam dalam diri anak2 nurazzah tu...

    ReplyDelete

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP