Wednesday, October 27, 2010

GA Nurazzah8 mana pulak ni?

Salam semua. Sempena menyokong contest yang dianjurkan oleh Kak InaKL , saya telah menjadi salah seorang penaja utama dalam contest tersebut. Kami tidak pernah bersua muka, tapi sebenarnya saya terlebih dahulu mengenali Kak Ina dalam alam maya ini melalui blog pinggan mangkuk antik beliau (cepat-cepat..tarikh tutup semakin hampir...22hb Oktober 2010).

Kak Ina juga telah menulis satu entri di blog beliau, dengan tajuk, "Nurazzah mana lah pulak ni?" Mungkin ramai di kalangan rakan bloggers KakInaKL tidak mengenali saya, apalah ada pada blog saya ...blog orang biasa-biasa sahaja...cerita pun biasa-biasa sahaja.. oleh itu, sempena hendak memeriahkan lagi contest yang dianjurkan oleh KakInaKL, saya hendak membuat satu GiveAway (GA) buat rakan-rakan maya sekelian, dengan tujuan kita dapat berkenalan dan bertukar-tukar maklumat sesama kita...

GA ini saya namakan "GA Nurazzah8 mana pulak ni?"

Sebenarnya, saya telah berblogging sejak tahun 2007 lagi,tetapi disebabkan kesibukan tugas hakiki, saya tidak dapat menulis dengan lebih kerap. Di alam maya di kalangan teman bloggers, saya lebih dikenali sebagai, Nurazzah8. Ada yang bertanya, kenapa 8? tidak 7? tidak 9? atau nombor-nombor yang lain? 

Haaaa.... kenapa 8 ? Menjadi satu nombor yang istimewa buat saya? Sebenarnya, saya ada menulis kenapa nombor 8 menjadi pilihan saya di dalam entri-entri terdahulu...

Hendak tahu? jom sertai GA ini....
HADIAH ? Oh ...ok...ini hadiah-hadiah yang akan saya berikan kepada 8 orang pemenang bertuah ! Saya dan keluarga suka baca buku, sejak kecil saya memang suka baca buku. sehinggalah saya bekerja juga di dalam bidang yang memerlukan saya bergelumang dengan buku setiap masa, setiap hari...setiap bulan saya akan memperuntukkan sedikit duit dari gaji saya untuk membeli buku-buku...
Oleh itu, saya ingin berkongsi koleksi buku-buku yang saya ada dengan teman blogger sekelian... 

BUKU ADALAH GEDUNG ILMU

 8 orang pemenang berpeluang untuk memilih sebuah buku dari koleksi buku-buku ini. Buku-buku ini adalah antara koleksi kesayangan saya dan anak-anak saya dari perpustakaan di rumah kami.

 "Tenggelamnya kapal Van Der Wijck" karya Bung Hamka dan 
"Jangan Bersedih Jadilah Wanita yang Paling Bahagia"
"Kisah Cinta Yusuf & Zulaikha"
"Mihrab Cinta" oleh penulis terkenal "Ayat-ayat Cinta" Kang Habib
"Rindu Andalusia" 
 "As I was Passing" oleh Adibah Amin
"Suami Memimpin Isteri Mengurus" oleh Pak Utih
 "Pengintip Kota Syam" dan "Bahtera Nabi Nuh"
 Siri KuTakluki Angkasa  dan "Gitar dan Lolipop"
Siri Detik Tengah Malam

dan  saya tambah lagi pilihan buku dari koleksi penulis novel thriller terkenal tanahair...
siapa lagi jika bukan RAM! Tak kenal RAM???

oh ok...RAMLEE AWANG MURSHID...
novel-novel thriller beliau memang meletopss..!

Hijab Sang Pencinta , Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu.

ok..saya tambah lagi pilihan buku dari koleksi buku karya penulis novel sejarah Islam yang terkenal iaitu  Pak Latip Talib.

  oklah...syaratnya senang saja:


* sesiapa sahaja boleh masuk GA ni, tapi first jadilah follower blog ini.

* tulis entri di blog anda kenapa saya pilih angka 8

* tinggalkan komen di bawah entri ini beritahu nama anda dan permalink entri di blog anda (komen di shout box tidak di kira)

* tulis sekali di komen itu apakah buku pilihan anda sekiranya anda terpilih menjadi pemenang

* tarikh akhir ialah 8 nov 2010

~~~SELAMAT BERKENALAN DAN SEMOGA IKATAN SILATURRAHIM ANTARA KITA AKAN TERUS BERKEKALAN.~~~

52 comments:

  1. nak join~
    tp nk check n3 yg dlu2 nye dlu.

    ReplyDelete
  2. salam...
    syu dah join..

    http://syu90contest.blogspot.com/2010/10/ga-nurazzah8-mana-pulak-ni.html

    salam kenal~

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan Syu,
    terimakasih kerana sudi berkenalan dgn akak.. ok...Syu blogger yang pertama join GA ni, so ada lagi special price kerana jadi org yg pertama! Nantikan ya...

    terikasih sekali lagi
    Kak Azzah8

    ReplyDelete
  4. dah lama tak baca tenggelamnya kapal vandervick

    ReplyDelete
  5. Insan Marhaen, join lah contest ni, kalau menang boleh dapat buku tu...

    ReplyDelete
  6. 18 Oct 10, 15:58
    Asmara: salam kak Azzah. wah bestnya ada contest buku. hihi.. nanti nak try la. :)

    ReplyDelete
  7. Salam Asmara...huhu..sedapnya nama...silakan masuk n3 ini..boleh pilih buku mana nak jika menang..

    ReplyDelete
  8. salam azzah..nanti lepas habis contest akak selak N3 lama kamu yer..skrg ni nak settle contest akak dulu..

    serius ker nak kukis tu..ada 2 org area shah alam yang nak..bolehlah akak bagi kat pick up point

    ReplyDelete
  9. Slm Kak Ina...
    ok..Azzah nantikan entri dari akak...
    serius kak...nnt Azzah bg no hp kat emel ya...

    tqVM

    ReplyDelete
  10. Salam Nurazzah.

    Nasib baik awak suka no 8. Kalau suka no 99 banyaklah hadiah awak kena bagi hehehe

    ReplyDelete
  11. salam akak..
    same2..
    wah..nie yg bes..org 1st join..dpt special prize..
    thanks ye~
    hehe~

    ReplyDelete
  12. salam ziarah kembali...nk join..tp maaf la akak..mggu ni havoc sgt2...presentation + report + final year project. nxt week da final exam.. :)
    kalu join GA ni saya nk menang buku 'rindu andalusia'..tp xde idea nk mengarang n amek ati juri + kije yg bertimbun2...
    awal bln 12 ni buat la GA lg..saya join insyaAllah... so far x pernah lg join pape contest ni :).

    cik giRang

    ReplyDelete
  13. salam kunjung ziarah, dah lama tak dtg kemari, kabare? rindulah pulak nak jd ulat buku ehmmm :heart:

    ReplyDelete
  14. Salam ziarah, saya dah follow blog ni dan linkkan URL..nk join jugak contest..suka buku sangat ;)

    ReplyDelete
  15. Salam....saya berhajat nak join GA tp tgh sibuk..insyallah sya akan join before dateline hehehe

    ReplyDelete
  16. salam ziarah, terima kasih juga melawat blog saya

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Azzah

    selamat maju jaya
    mukin ada untungnya angka 8 tu
    tapi bukan percaya

    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Salam Azzah

    Salam Syuhada
    orang pertama dapat hadiah
    tahniah

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah kak...saya dah pun tulis entri utk GA ni di http://beraliharah.blogspot.com/2010/10/ga-nurazzah8-mana-pulak-ni.html

    Errr...kalau ada rezeki saya, buku yang saya rasa minat nak baca adalah buku "As I was passing" by Adibah Amin hehehe....

    terimakasih kak...

    ReplyDelete
  20. salam kak azzah. hehe.. saya layak join ke? aci ke tak nih?

    ReplyDelete
  21. umi@nor,

    salam kembali..kalau nak join sangat dialu-alukan...buatlah entri di blog umi@nor... lepas tu beritahu di sini ya..

    ReplyDelete
  22. Azzah...akak nak join...boleh tak...heheheh

    ReplyDelete
  23. Salam Kak Anie,
    dipersilakan join ... jangan lupa lepas dah buat ikut syarat2 tu, inform Azzah ya...

    ReplyDelete
  24. Azzah... dah siap... sila cek link akak ni...

    http://kaklady.blogspot.com/2010/10/ga-nurazzah8-mana-pulak-ni.html

    Kalau terpilih... akak nak buku novel Ramli Awang Musyid atau Abdul Latip Talip.. tak kesahlah mana2 buku pun...

    ReplyDelete
  25. Yay! join juga..=)

    http://kisahbicarakasih.blogspot.com/2010/11/ga-nurazzah8-mana-pulak-ni.html


    psstt..auntie nurazzah8, saya segan ni..hehe..

    ReplyDelete
  26. Kak Azzah...

    Salam kak, saya dah buat dah serta dah contest tu. Hu hu... sabar aje aku.

    http://eleemardiana.blogspot.com/2010/11/giveaway-nurazzah8-mana-pulak-ni.html

    Kalau menang nak buku apa? Erm... apa-apa pun saya tak kisah kak, asalkan bukan novel saya... ha ha ha.

    ReplyDelete
  27. http://blimuna.blogspot.com/2010/11/ga-nurazzah-mana-pulak-ni.htmlNovember 5, 2010 at 4:44 PM

    Salam Azzah,

    Akak nak join ni. Sila baca entri akak di http://blimuna.blogspot.com/2010/11/ga-nurazzah-mana-pulak-ni.html

    Saya nak buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk kalu menang...

    ReplyDelete
  28. salam azzah..nasib baik sempat buat N3. http://www.kakinakl.com/2010/11/nurazzah-yang-ku-kenal.html

    ReplyDelete
  29. salam kak Azah,

    deqlis tak ketinggalan nk join jugak yer.. pls coin me in.

    http://ellismelia.blogspot.com/2010/11/ga-nurazzah8-mana-pulak-ni.html

    klu menang deqlis berminat dengan buku "Mihrab Cinta" oleh penulis terkenal "Ayat-ayat Cinta" Kang Habib atau
    "Rindu Andalusia" :-)

    ReplyDelete
  30. salam perkenalan..

    saya join..entri autopublish jam 5 petang nanti..

    http://myapeapeaje.blogspot.com/2010/11/ga-nurazzah8-mana-pulak-ni.html

    thanks..

    ReplyDelete
  31. salam K.azzah..atie baru jer join...sempat lg ker?nanti jenguk blog atie yer..makasih

    http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2010/11/ga-nurazzah8-mana-pulak-nie.html

    Atie brkenan ngan buku Cinta sang ratu..!!

    ReplyDelete
  32. Salam K.Azzah..

    sy dah lama linkkn URL akak kat blog sy..mmg teringin nak join tp tgok2 suma buku boleh dikatakan sy dah ada..tp alang2 akak dh ajak sy join juga..

    insyaAllah jika ada rezeki sy teringin buku "Suami Memimpin Isteri Mengurus" ;)

    ReplyDelete
  33. salam kak..
    dah buat entri nya..
    ni link ya

    http://fawwaznuha.com/2010/11/ga-nurazzah8-mana-pulak-ni/

    id :azyatun@fawwaznuha

    ReplyDelete
  34. wansiti join,

    memang minat ng buku-buku nie, harap dapat barang sebuah pun jadilah,
    best! best!

    id follower: Wan Siti
    ini post yang saya buat,
    http://wansiti.blogspot.com/2010/11/ga-nurazzah8-mana-pulak-ni.html

    thanks.

    ReplyDelete
  35. Syat0za,

    jom join contest akak..cepat cepat tinggal beberapa jam saja....

    Kak Azzah8

    ReplyDelete
  36. Wan Siti,
    terimakasih sudi join GA akak..ok..akak ada tinggal komen kat blog Wan Siti...

    ReplyDelete
  37. Fawwaznuha,

    Salam kembali...akak dah tinggal komen di blog...dan dah link kan entri tu di sini

    ReplyDelete
  38. ♥♥azatiesayang ♥♥

    Salam ziarah dan salam perkenalan...

    terimakasih akak ucapkan pd Azatie kerana sudi join GA akak...
    ok..akak take note ya tentang buku tu...

    ReplyDelete
  39. Salam haszuraida,

    salam perkenalan..akak dah link nama haszuraidah dalam list tu..dan letak link.. dan dah follow blog awak juga...

    terimkasih kerana sudi join GA akak...

    InsyaAllah jika menang akak akan bagi buku yg awak suka

    ReplyDelete
  40. Salam Kak Azzah,

    wansiti sudah perbetulkan,
    moga-moga ada rezeki buku...
    ^_^


    terima kasih.

    ReplyDelete
  41. ouh, yea..

    tertinggal nak post link ni,
    http://wansiti.blogspot.com/2010/11/ga-nurazzah8-mana-pulak-ni.html

    ReplyDelete
  42. Salam Deqlis,

    terimakasih keranan sudi join GA akak... ok..akak dah link kan dalam senarai tu

    ReplyDelete
  43. Salam Kak Ina,
    terimakaish kak Ina suidi join GA Azzah..sempat juga akak buat n3 ya...

    ok... Azzah dah link kan dalam senarai tu...

    ;-)

    ReplyDelete
  44. salam kak nurazzah.. saya nak join juga contest ni.. tapi tak dapat tekan butang follow.. however saya dah link kan akak kat bloglist saya..

    kalau tak qualify takpela..

    http://nurhafiz2009.blogspot.com/2010/11/contest-ga-nurazzah8-mana-pulak-ni.html
    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  45. Salam perkenalan kak Nurazzah,
    saya join GA,
    harap masih d terima ya!

    http://nettskerepek.blogspot.com/2010/11/ga-nurazzah8-mana-pulak-ni.html

    thanks

    ReplyDelete
  46. Salam pekenalan Nurazzah,
    saya join GA ya,

    http://tungkukayu.blogspot.com/2010/11/ga-nurazzah8-mana-pulak-ni.html

    harap masih diterima penyertaan saya ni..

    thanks

    ReplyDelete
  47. Salam Nur, terimakasih akak ucapkan ya kerana sudi join GA akak..baru saja balik dari out-station...nnt uodate tentang pemenang...

    jumpa lagi...

    ReplyDelete
  48. Salam perkenalan juga dari akak utk nadiah...
    terimakasih kerana sudi join GA akak nih ya...

    ReplyDelete
  49. Salam perkenalan kpd imanmom...

    terimakasih kerana sudi join GA akak...nnt akak update ya...

    ReplyDelete
  50. (One) Siti, terimakasih kerana membetulkan entri tu...nnt akak update ttg keputusannya ya...

    ReplyDelete
  51. erk, tak sempat nak join.
    good luck contestant :)

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....