Friday, November 12, 2010

Semakin padat dan sesak

Hari wukuf semakin hampir, tinggal beberapa hari saja lagi. Mengimbau kembali perjalanan daku bersama suami, Allahyarhamah MIL dan abang ipar mengerjakan rukun Islam kelima itu pada akhir tahun 2007...
Penerbangan kami di antara penerbangan terakhir ke Kota Suci Mekah... waktu itu hanya tinggal seminggu lagi hari Wukuf di Arafah... 
sampai sahaja di sana, kami lihat jutaan manusia sudah mula membanjiri ke Kota Mekah. Dalam hati dan mulut kami tidak lepas-lepas sentiasa bertalbiah dan bertakbir. Ya Allah Ya Tuhanku, syukur Alhamdulillah aku dapat menjadi tetamu Mu Ya Allah, di kala umurku belum senja lagi, ketika kudrat ku masih lagi berupaya untuk daku melakukan ibadat kepada Mu Ya Allah. Tanpa disedari airmataku meleleh tatkala dapat melihat Mesjidil Haram di depan mata buat kali pertama dalam hidup ku. 
Namun kuasa Allah SWT siapa boleh menghalang, diri ku di datangi "teman setia" wanita selepas beberapa hari berada di sana.. 
Ya Allah...aku redha Ya Allah jika ini ketentuan Mu.
Setiap kali kedengaran azan masuk waktu solat, aku akan duduk di tepi tingkap hotel melihat ke bawah ke arah jutaan manusia yang berpusu-pusu menuju ke Mesjidil Haram. Ya Allah..ramainya manusia... mereka sudah tidak dapat masuk ke mesjid kerana sudah penuh dan sesak, lalu solatlah mereka di atas jalan menghala ke arah mesjid...
menurut rakan sebilikku, terdapat juga mereka yang bersolat di lobi-lobi hotel.
 Umat Islam yang tidak dapat masuk ke Mesjid kerana sudah penuh. Ini waktu solat Subuh. Kelihatan di hujung jalan Mesjidil Haram, sangat dekat dgn hotel yang kami duduk.(sekarang hotel ini sudah dirobohkan utk pembesaran mesjid)
waktu solat Zuhur.
Lalu aku menanam azam apabila diriku sudah suci dan boleh menunaikan solat, aku mahu ke mesjid seawal mungkin agar mendapat tempat di dalam mesjid. Aku sentiasa berdo'a memohon kepada Allah agar dipermudahkan perjalanan ku dan juga agar sentiasa ada "tempat" ku di dalam mesjid menghadap kaabah. Teringat ceramah dari ustaz dan juga pembacaan dari buku-buku haji, bahawa solat di  mesjidil haram itu pahalanya 100,000 kali dari solat di tempat lain! Siapa yang tidak mahu merebut peluang itu? Bayangkan 5 waktu sehari darab jumlah hari kita berada di Mekah? Ya Allah, Engkau permudahkan lah , Engkau PermudahkanLah! 

14 comments:

  1. salam hjh Azah,

    ALHAMDULILLAH... azah sudah memiliki pengalaman yg bermakna dlm beribadah. Pastinya wukuf 2010 mnggamit rindu lagi...
    Semuga ALLAH menetapkan iman kita dan mengekalkan kita dlm iman dan islam.

    ReplyDelete
  2. Salam..thanks sudi singgah blog mama, free2 nti undi lah mama utk contest BA tu ye :)

    http://www.benashaari.com/2010/11/mari-mengundi-jangan-persiakan-undian.html

    ReplyDelete
  3. Salam ainhany,

    terimakasih berkunjung ke teratak buruk akak ni... Alhamdulillah Allah murahkan rezeki akak menjadi tetamu Nya .. memang menggamit rindu sangat hendak menjejakkan kaki ke sana lagi... semoga Allah memberi rezeki akak dpt ke sana lagi semasa badan masih kuat dan tidak sakit...

    ReplyDelete
  4. salam Mama Zara,

    ok..nanti akak visit lagi blog mama ya...

    ReplyDelete
  5. Salam..

    best dengar pengalaman akak ni.
    Nak daftar haji jugak.
    Tengah kumpul duit sambil belajar nie..

    ReplyDelete
  6. salam kak Azzah..

    naik bulu roma saya baca criter kak Azzah ni..

    pasal buku tu, saya tak kisah, mana2 yg akak nak bagi, saya terima aja, motivasi boleh, novel pon boleh..

    akak, jom tukar link nak..saya letak blog akak under frens' blogs..

    ReplyDelete
  7. pengalaman sebegini amat baik kalau boleh dibukukan

    ReplyDelete
  8. balik kampung bebaru ni mak IM nasihatkan IM supaya usaha untuk pi Mekah. IM diam jer...

    ReplyDelete
  9. IM,

    Rasa keinginan hendak menunaikan fardhu haji mesti ada dalam diri setiap muslim..kerana ia adalah rukun Islam kelima.
    Buat permulaan jika IM masih tiada kaun Tabung Haji, pergilah buka akaun terlebih dahulu... kemudian, sedikit-dikit tambah ..kalau boleh setiap bulan asingkan duit gaji walaupun RM10 utk dimasukkan dalam TH. InsyaAllah jika kita berkehendak, Allah akan mempermudahkan.
    Sesungguhnya Allah tahu apa yang kita tidak tahu.

    ReplyDelete
  10. Kamato,
    segan saya..bukannya pandai berkata-kata, hanya meluahkan perasaan di hati...

    ReplyDelete
  11. Haszuraidah,
    IA akak akan take note berkenaan buku tu. Mengenai link tu, IA akak akan link kan blog Has ya...terimakasih kerana sudi meletakkan link akak di blog Has.. ;-)

    ReplyDelete
  12. (One) Siti,

    dah bukan akaun TH? kalau belum itu yang pertama kena buat...

    ReplyDelete
  13. @Kak Azzah,

    dah ada,
    umi buat akaun, melalui ptongan gaji dia sejak kami kecil lagi,

    tp,
    byk pakai duit, bila smbung stadi ni.
    Skrg, tgh nk submit tesis, daftar lg 1 sem tahun depan,
    nak pakai duit lg, mana yg sempat,saya tabung dalam tabung syiling dlu..

    huhuuu~

    ReplyDelete
  14. @Kak Azzah dapat email wansitu untuk buku tu?
    terima kasih yea Kak Azzah,
    walaupun tak menang,
    ada saguhati juga.

    ^_^

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....