Hari ini saya bersiaran dari kampung. Setelah menolong ibuku memasak dari malam semalam. bangun pula pukul 4 pagi sambung memasak ...Alhamdulillah hampir 80% masakan sudah siap, tengahari hingga ke petang tinggal menunggu tetamu datang.
Kenduri ini di adakan sempena ulangtahun perkahwinan ayahanda dan bonda tercinta yang ke - 50 tahun! kiranya sambutan JUBLI EMAS (Golden Anniversary) lah...
Ya Allah Syukur Alhamdulillah Engkau kurniakan umur panjang dan kesihatan yang baik bagi kedua ayahanda dan bonda tercinta (sakit-sakit tua yang lain tu biasa lah kan..)
Alhamdulillah juga ayahanda dan bonda tercinta dapat mengharungi tribulasi perkahwinan dalam jangkamasa yang panjang sehingga 50 tahun ini.
Adat perkahwinan, perbezaan pendapat dapat diatasi dengan baik, sedangkan lidah lagi tergigit , inikan pula suami isteri. Sifat Tolak ansur, timbang rasa dan persefahaman itu sangat diperlukan dalam sesebuah perkahwinan.
Walaupun perbezaan umur antara ayahanda dan bonda tercinta sangat jauh, 18 tahun
, namun Alhamdulillah ia tidak menjadi penghalang bagi ayahanda dan bonda dalam mengharungi kehidupan sebagai suami isteri.
Ayahanda sudah berumur 87 tahun namun ALhamdulillah ayahanda masih lagi kuat ingatan dan tidak nyanyuk, kecuali keadaan fizikal ayahanda yang sudah tidak kuat lagi, perlukan memakai tongkat untuk berjalan. Mungkin ini berkat ayahanda yang tindak tinggal solat, walaupun dalam keadaan uzur, rajin mengerjakan solat tahajjud dan mengaji Al-Quran. Dalam setahun sudah berkali-kali beliau khatam Al-Quran! (ingatan kepada diriku juga... setahun hanya khatam sekali dalam bulan Rmadhan dan sekali lagi bulan-bulan yang lain!!)
SEMOGA ALLAH LIMPAHKAN RAHMAT DAN HIDAYAHNYA KEPADA KEDUA AYAHANDA DAN BONDA KU, KURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN SEMOGA ALLAH KURNIAKAN AKHIRAN YANG BAIK , KHUSNUL KHATIMAH, KEPADA KEDUA-DUA MEREKA. AMIN.
salam eidul Adha...
ReplyDeletetahniah buat ayahanda dan bonda norazzah ,berjaya jalani hidup berumahtangga Bahagia hingga dpt mencecah Jubli Emas tu...
Alhamdulillah , sering khatam alquran berkali2 , bkn peringatan buat anak2nya jer tp untuk ummi juga yg sering lalai dan alpa......
Assalamualaikum Azzah
ReplyDeleteTahniah
Syukur
Alhamdulillah
selamat menyambut jubli emas perkawinan ibubapa azzah
amin amin amin atas doa2 tu
Wassalam
harap kalau ditakdirkan IM tua, IM tak nyanyuk. pelupa tak pe..
ReplyDeleteSalam Azzah,
ReplyDeleteMohon semoga kita boleh melalui perjalanan hidup berumah-tangga seperti ayah-bonda Azzah itu.
Menjaga/menerajui mahligai rumahtangga 50 tahun bukan masa yg singkat!! Tahniah utk mereka.
Tahniah buat kedua ayahanda dan bonda Azzah... semoga mereka sentiasa beroleh kebahgian melihat kejayaan dan kesejahteraan anak2 dan cucu2nya...
ReplyDeleteLama tu... 50 tahun... kita ni baru separuh dari jangkamasa tu...
Azzah...lupa cakap.. terima kasih sebab hidangkan susu dutch lady untuk akak...hehehe
ReplyDeletesaya turut mengaminkan doa awak.
ReplyDeletesemoga ikatan perkahwinan mereka menjadi teladan kepada semua. saya baru 30 tahun berkahwin. ingatkan dah lama sangat dah !
syabas dan tahniah.
Ummi Humaira',
ReplyDeleteRozali,
Insan Marhaen,
Kak Zakie,
Kak Anie,
Al-Lavendari,
terimakasih kalian kerana sudi singgah sini dan tinggalkan komen. Selesai sudah majlis tersebut, penat tapi seronok ayah saya nampak ceria sangat kerana ramai juga adik-beradik anak saudara dan cucu sedara datang dari Kedah.