Anak bongsuku Hana' memang sejak kecil tidak tahan panas, sentiasa hendak tidur dalam bilik berhawa dingin. Kadang-kala apabila sudah dinihari dan suhu menjadi terlalu sejuk, aku akan tutup hawa-dingin tersebut. Sekejapan Hana' akan terjaga dan menangis, meminta hawa-dingin di pasang semula. Begitulah Hana' sejak kecil, dan apabila balik ke kampung juga meminta tidur di bilik berhawa-dingin, tetapi manakan dapat kupenuhi kerana rumah atuk di kampung tiada hawa-dingin. Berjaya memujuknya kerana di kampung, cuaca menjadi sejuk di malam hari kerana banyaknya pokok disekeliling rumah atuk dan dinding rumah diperbuat daripada papan dan mempunyai lubang-lubang udara di dinding.
Kami berusaha menjadikan Hana' seorang anak yang solehah. Sejak kecil kami sentiasa mengingatkan tentang aurat dan bertudung (walaupun kami tahu Hana masih kecil dan belum wajib menutup aurat kerana belum baligh)... Hana' faham tetapi sehinggalah ke sekolah tadika Nuh's Ark Montessorri Islamic School, Hana' hanya bertudung ketika ke sekolah sahaja...malah menurut bibik semasa diambil dari sekolah tadika, keluar sahaja dari kawasan sekolah Hana' akan terus membuka tudung, kerana 'panas' katanya. Memang tudung Hana' habis lembab dibasahi peluh. Lalu aku mengingatkan Hana apabila dia ke sekolah darjah 1 nanti mesti pakai tudung sampai balik (pukul 3 ptg) dan tak boleh buka tudung di sekolah...Hana' hanya diam sahaja...
Suatu hari rakan blogger ku SilverSarina telah menulis mengenai "tudung comel". Sememangnya aku telah menyedari sejak beberapa entri yang ditulis yang disertakan dengan gambar anak beliau Mimi yang kelihatan sungguh comel bertudung pelbagai warna.... lalu aku mendapat idea...mungkin bagus jika aku tunjukkan kepada anakku Hana'... lalu bila ada masa lapang aku pun membuka blog silversarina dan menunjukkan gambar2 Mimi memakai tudung comel... sambil itu berkata, "cantikkan Mimi pakai tudung, tutup aurat.... Mimi pun sebaya Hana' 6 tahun, tahun depan nak sekolah darjah 1, kalau Hana' pun pakai tudung macam Mimi mesti cantik dan comel..." .... sambil melihat gambar Mimi.... Hana' menganggukkan kepala...
terus Hana' berkata, " okay lah ummi...Hana' pun nak pakai tudung macam Mimi, tapi ummi mesti beli tudung yang sama macam Mimi pakai tu..."
"Alamak..." dalam hati berkata...bgmn hendak ku cari tudung yang sama dengan Mimi....lalu dalam komen entri silversarina, aku menulis komen memohon beliau membelikannya di Kemaman kerana menurut beliau di sana banyak dan murah... tidak sampai beberapa jam aku telah mendapat sms dari silversarina mengatakan bahawa beliau telah pun pergi membeli beberapa helai tudung untuk Hana' dan akan mengirimkannya secepat mungkin.
Dengan itu minggu lepas, Hana' telah mendapat kiriman di atas, yang mengandungi 2 bungkusan di bawah:
Apabila di buka, .....
"Thank You auntie Silversarina" ucap Hana' ...kerana auntie silversarina menghadiahkan tudung2 tersebut
kepada Hana' tanpa perlu aku membayarnya....
terdapat 6 helai tudung comel berbagai warna untuk Hana'.....dan terdapat 2 helai yang sama warna dengan baju yang sedia ada. Yang lain nampak gaya kena belilah pulak baju warna sama tudung, kerana dia hendak pakai tudung yang 'matching' warna baju sahaja...hehehe...macam orang besar jugak...pakai tudung hendak matching dengan baju!



memang comel!
ReplyDeletewa..comelnya hana'..matching ngan colour baju lg..
ReplyDeletewah3 hana..amboi2..posing...tudung tuh xde saiz tok org besar ke?kui3..
ReplyDeletePandai si emak padankan warna tudung dengan pakaian.
ReplyDeleteSi anak pun pandai berposing depan kamera.
cantik nya model cilik bertudung tu..wah genap untuk 6 hari tu 6 pasang tudung.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteComelnya dia tu..:)
ReplyDeletewah comel nye!
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeletePuan sudah mendidik anak sejak kecil untuk bertudung, insya Allah bila sudah baliqh tidak timbul isu untuk kekok bertudung. Benarlah hadith nabi mengatakan , "anak-anak dilahirkan dalam fitrah..maka ibu bapalah yg mencorakkanya.."
Terharu bila melihatnya, saya berdoa agar dapat dikurniakan zuriat agar boleh dipanjangkan dakwah ini kepada mereka kelak. Insya Allah.
Waalahualam.
comei...kata orang Ganu...
ReplyDeletesalam Azzah
ReplyDeletecantik tudung tu akak pun berkenan...kat mana nak dapat kan nya! berwarna warni pulak tu...
Salam Azah..
ReplyDeletecomei anak you.. cam biasa tengok aje seluar hijau dia tu.. (haah.. cam seluar my youngest! :-)) budak-budak zaman sekarang ni mmg pandai bergaya, cam my youngest tu jugak, mesti nak pakai yg matching, but she prefers tudung yg empat segi yg I selalu pakai, and i yg kena betulkan tudung kat dia.. which kekadang I malas!! he!he!
-wani-
salam,
ReplyDeleteterlepas entry ni sebab beberapa hari tak masuk blog.
glad hana sukakan tudung2 tu, tapi masa beli tu dah tak berapa banyak pilihan tu yang beli je warna apa yang ada, kalau ada warna lain yang boleh match dengan baju yangs edia ada , sms lah boleh I cari lagi kat sini... bila pakai tudung hijau kuning tu nampak macam mimi lah pulak, boleh nasyid sama ni :)
D, Your princess pun comel juga... nampak lebih matang dari umur sebenar dia.
ReplyDeleteQilah,
ReplyDelete..mesti pakai baju matching dengan tudung....
kak long,
ReplyDeletesiapa lagi yang Hana ikut...mestilah ikut kak long dia...tapi rasanya lebih dari kak long masa kecik-kecik dulu...hehehe
Abang Long,
ReplyDeletekalau suruh posing memang pandai...macam-macam aksi yang di gayakan...
kak Elle,
ReplyDeletedah selamat sampai Sg? mesti jet lag kan...after two weeks kat Texas...mesti banyak borong hand bags...nak satu!
cikMilah,
ReplyDeleteTentu Hana suka kalau tahu ramai orang puji dia comel...budak-budakkan...;-))
jus call me ida,
ReplyDeleteAlhamdulillah ...segala pujian hanya untuk Allah...
Anonumous,
ReplyDeleteAlhamdulillah...memang kita sepatutnya mendidik anak sejak dari kecil..sebenarnya sejak dari dalam rahim lagi...kita sudah mula membacakan ayat-ayat suci Allah dan dendangkan dengan nasyid2 yang baik...
maklang,
ReplyDeletecomei...bgmn khabar maklang? semoga maklang akan kembali ceria ....
Ezza Aziz,
ReplyDeleteberkenan ke kak? tudung tu blogger silversarina yang tolong belikan di Kemaman, kemudian dia hadiahkan pada Hana'...
Wani,
ReplyDeletetudung ni tersangat senang...tak perlu pakai pin...hanya sarungkan dikepala... dan tadaaa... molek saja terletak....
Silversarina,
ReplyDeleteThanks a lot...memang dia suka sangat pakai tudung tu...dan I pun tak tak ada masalah lagi nak suruh dia pakai tudung bila jalan-jalan...sebab sekarang kalau nak keluar rumah aje...terus dia tanya, "Ummi mana tudung silversarina tu?" ... hehehe... dah ada nama baru pulak tudung...TUDUNG SILVERSARINA ...
;-))
Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
ReplyDeleteHelp, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!