Wednesday, January 14, 2009

A Good Samaritan 2

Tengahari tadi aku balik ke rumah untuk makan tengahari.

Masuk saja rumah terus bibik cakap, "Ibu, tadi ada orang teksi pulangkan dompet Zaid!!"

Terus saja terlontar di bibir ku, "Syukur Alhamdulillah....!!"

Bibik berkata lagi, "Orang tu orang India, besar tinggi pakai rantai emas dan gelang emas, tapi pakai baju macam orang pergi kerja, kemas saja" Ialah pemandu teksi kan sekarang kena pakai uniform.

"Dia kata jumpa dompet tu dalam teksi dia, dua hari lepas, tapi dia tak tahu samada ada duit ke tidak, dia cuma bukak untuk tengok kad pengenalan dan alamat atau nombor telefon ke. tapi tak jumpa nombor telefon, tu yang dia datang hantar ke alamat rumah ni", kata bibik lagi.

Seorang lagi pemandu teksi yang berhati mulia ...sayangnya aku tidak dapat berjumpa dengan dia kerana dia datang sewaktu aku kerja, Zaid juga tiada di rumah kerana menghadiri kelas. Pemandu itu juga tidak meninggalkan sebarang pengenalan diri dan nombor telefon untuk dihubungi. (aku tidak salahkan bibik kerana manalah dia tahu nak mintak nombor orang tuh)

Masih ingat kisah A Good Samaritan yang aku tulis 2 bulan lalu? mengenai dompet Ammar (anak ke-3) yang juga hilang namun dipulangkan oleh seorang pemandu teksi juga.....

Pada hari Ahad yang baru lalu, Zaid (anak ke-2) berkata, "Ummi, dompet Zaid hilang semalam."

Berderau darah mendengar, lagi sekali peristiwa yang sama berlaku...lalu aku bertanya, "hilang di mana? Bgmn boleh hilang? Zaid tak perasan ke?" bertalu-talu soalan aku ajukan kepada Zaid. Manakan tidak, aku tahu dalam dompet Zaid terdapat pelbagai kad (hsshhh..!!! ummi dia ni selalu buat spot check dalam beg/dompet anak-anak!!) duit tak adalah banyak sangat...selalunya ada dalam RM20-RM30 sahaja. Yang aku tahu ada kad ATM CIMB, kad pelajar UiTM, kad pengenalan, kad lesen memandu, kad Sports Planet(ni tempat dia selalu main futsal) dll...
Tiba-tiba teringat...beberapa hari lepas ada beri Zaid duit RM100 untuk dia beli kasut sebab kasut yang selalu dia pakai pergi kelas dah berlubang....

"Zaid dah beli ke kasut? kan ummi ada bagi duit hari tu?" tanya ku.

"belum ummi, tak sempat lagi nak pergi" jawab Zaid.

"Habis tu duit tu ada dalam wallet tu lah?" tanyaku lagi.

"Haah", perlahan saja Zaid menjawab.

"Hurm...tak ada lah rezeki Zaid...tentu duit tu dah hilang juga.." terus aku berkata.

Zaid hanya diam sahaja. Sebenarnya aku tidak kisah sangat duit tu, tetapi mengenangkan kad-kad yang hilang itu, banyaknya kerenah yang perlu dilalui.

"Zaid dah pergi buat report polis semalam juga", Zaid berkata lagi tanpa perlu aku bertanya lebih lanjut.

"Dah call bank? tu kad ATM tu nanti orang keluarkan duit Zaid. Eh! biasiswa dah dapat belum?" terus aku bertanya bila teringatkan tentang biasiswa Zaid.

"Biasiswa belum masuk lagi. dalam akaun tinggal RM100 lebih aje lagi" jawab Zaid.

"Eh...seratus lebih pun duit juga...cepat telefon bank." arah ku kpd Zaid.

"hari ni kan Ahad, bank mana bukak" kata Zaid lagi.

"Eh...kes ni emergency...kita boleh call emergency number... 24 hours... cepat cari dalam internet tu apa nombor bank" arahku lagi.

Ringkaskan cerita selesailah urusan dengan bank. Alhamdulillah sesiapa yang mengambil dompet itu tidak dapat keluarkan duit dari akaun Zaid. Urusan selanjutnya Zaid kena uruskan sendiri...diakan dah besar. Biar dia bertanggungjawab sendiri.

Kembali kepada hari ini, bila tanya Zaid, dia berkata pada hari kehilangan dompet tersebut, dia tidak naik sebarang teksi pun. Dia menemani seorang kawan ke bengkel kereta di Seksyen 25, kemudian pergi minum di sebuah warung...bila nak bayar tengok dompet dah tak ada.

Aku mengagak orang yang mengambil dompet itu mesti sudah ambil duit RM100 tersebut dan meninggalkan yang lain nya di dalam teksi tersebut.

Apapun, kami sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dompet tersebut selamat dikembalikan. Alhamdulillah Zaid tidak perlu lagi berurusan dengan JPN, JPJ dan UiTM sendiri untuk membuat kad baru. Akhirnya aku arahkan Zaid, "Zaid...kena buat sujud syukur ni..."

17 comments:

  1. Alhamdulillah...susah payah org tu..

    saya pernah juga seingat saya..terhilang@tercicir wallet..sekali di Post Office di Car4, the 2nd time di kedai dunkin donuts di petronas NKVE..both of the incidents..orang di kedua tempat tu tolong simpankan..and duit pun tak hilang..Alhamdulillah..InsyaAllah..Allah pelihara harta dan barangan kita..dalam masa nak cari balik tu puaslah berdo'a dan cuba bersandarkan dengan sedikit kebaikan yang kita dah lakukan..

    mmg betul paling susah nak deal dgn all the cards..now..dlm dompet semua org penuh dgn segala mcm jenis kad..

    ReplyDelete
  2. alhmdlh..klong baru jek ym ngn zaid rituh..psl wallet hilang nih..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. Dunia ni masih punyai manusia berhati mulia! Allahu akbar!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...takpelah duit tu kalau hilang...takde rezeki kata orang...

    Tapi berbanyak terima kasih kepada mereka yang masih ada sikap amanah memulangkan hak orang kepada yang empunyanya...

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Azzah

    syukur ...

    duit tak der penting belah mana pun kalau nak dibandingkan dengan kad pengenalan dan kad kad yg lain tu.

    sekarang ni kalau hilang hP pun , susah gak.
    Sebab semua no dalam sim kad tu jer

    ReplyDelete
  6. yang susahnya kalau nak buat kad2 baru tu...

    Syukur masih ada orang yang baikkan...

    ReplyDelete
  7. UmmuAsiah,
    ALhamdulillah syukur sangat...

    hehehe..mmg dalam deg duit selalu penuh dgn kad-kad .... handbag I selalu kena "bersih"kan oleh hubby... kekadang nampak tebal...bukannya penuh duit tapi penuh dengan segala macam bil dan resit...!!! tak sempat nak sort things out...

    ReplyDelete
  8. ummuasiah,
    alamak...silap taip...

    deg --> beg

    ReplyDelete
  9. kak long,
    Zaid tuh dah hilang dompet pun nampak cool aje...dah malam baru nak bagi tau ummi...takut kena marah lah agaknya tuh....hehehe

    bukan ummi selalu marah pun, cuma selalu tegur dia...kat rumah selalu letak dompet merata-rata...kalau hilang nak marah adik-adik pulak!

    ReplyDelete
  10. D,
    Ya...Alhamdulillah syukur... harapannya negara kita ini masih ramai orang yang berhati mulia seperti itu....

    ReplyDelete
  11. kak aNIe,
    itulah...Azzah tak kisah sangat duit tu, tapi fikirkan the hassle that we have to go thru kalau nak buat semua kad-kad tu semula...

    ReplyDelete
  12. pB,
    amboiiiiiii......lamaaaaaaanya tak dengar berita dari pB.... semenjak dua menjak ni sibuk ya?

    hp hilang? alamak....rasanya macam separuh nyawa hilang...sebab macam2 yang kita simpan dalam hp tu...

    p/s: so...jadilah on together-gether bloggers hari Ahad ini ya?

    ReplyDelete
  13. maklang,
    Alhamdulillah....dah sihat dan ceria kembali... love to enroll in your RE class but don't think I'll be able to go to Jalan Kuching kat KL tu... jauh sangatlah maklang...

    ReplyDelete
  14. hoho akak punya anak2 bujang dah harus beli rantai diorang punya wallet nie. kena pasang mangga hehe. saya bila baca aje, lahh wallet hilang lagi rasanya baru lagi hari tu hilang wallet. kena lebih alert.

    ReplyDelete
  15. babazahra',
    itulah...kalau akak bising nanti dia orang kata, "ummi ni asyik membebel aje..." ... dia orang ni memang leka kadang-kadang....bagus jugak tu cadangan beli rantai...hehehe...nanti akak suruh dia orang beli rantai dan rantai wallet tu kat talipinggang dia orang!

    ReplyDelete
  16. Alhamdullillah... jumpa semula beg duit tu. Tapi nampaknya ada modus operandi dalam kes hilang beg duit nih. Penyeluk saku?

    ReplyDelete
  17. Rakan kepada anak sulung saya terjumpa sebuah beg duit. Dikutipnya. Dibuka, begitu banyak kad kredit. Duit, satu sen haram tak ada. Tapi dengan ikhlas si anak ini cari alamat pemiliknya, bila dah berjumpa, diserahkan kepada pemiliknya. Nak tahu apa terjadi ?

    Si pemilik itu, menyerahkan wang sejumlah RM1,000 kepada si anak ini. Terketar tangan si anak itu menerimanya. Maklumlah keluarga susah. Dan budak tu memang tak pernah pegang duit sebanyak itu.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....