Thursday, January 1, 2009

Low Haemoglobin / Anemia


Semalam mendapat keputusan ujian darah yang ku jalani....

paras Haemoglobin ku TERSANGAT rendah! Bacaan nya hanya 6, berbanding bacaan normal ialah 11.5 (female) dan 13(male)

Patutlah sejak 2-3 minggu lepas aku merasa kurang bermaya, cepat penat, tercungap-cungap macam orang baru lepas berlari tak cukup oksigen...dan aku tak boleh bangun daripada menunduk dengan serta-merta, kerana jika aku bangun dari duduk atau baring dengan cepat, kepalaku akan nampak "bintang-bintang bergermelapan"!!! dan terasa macam hendak pitam...

Doktor sudah bagi ubat tambah darah, kalsium dan vitamin...doktor suruh rehat secukupnya... memang hajat di hati begitu, tapi semester baru sudah bermula, esok Jumaat ada kelas pertama yang perlu aku hadiri.... lecture preparation sudah dibuat..tetapi tidak tahu adakah aku cukup tenaga hendak memanjat tangga ke kelas dan berdiri selama 2 jam memberi kuliah??? Memanjat tangga seperti satu kerja yang tersangat berat... selepas menaiki tangga ke tingkat 2 di fakulti, aku terpaksa berhenti dan duduk dahulu. Aku tercungap-cungap.... seperti tidak cukup oksigen!!!

Apakah diet yang perlu aku makan untuk cepat menambah sel-sel darah merah???

17 comments:

  1. Kak Nurazzah,

    You are not alone. I have been anaemic for 17 years. Have been on the tablet on and off. Have been warded too sampai nak tukar darah but I didn't opt for that sebab takut darah baru ada macam2 problem nanti.

    Red dates, bayam, red meat and many more. But my problem now my cholesterol is very high, susah nak makan dah sekarang, the good food for anaemia ada cholesterol.. peningkan.

    ReplyDelete
  2. salam

    aunty azzah, makan hati ayam elok untuk orang anemia. cuba la. semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. salam,
    from my experiences,sbb sy pn slh seorg yg mempunyai Hb yg x senormal perempuan lain,im carrier for thalassemia,elok mkn mknn yg de zat besi(iron) tinggi,mcm kerang,sayur2 mcm bayam merah,n buah2..insyaAllah,Hb dlm drh kite akan bertambah...mmg uitm tu sgt memenatkan..sy sbg student uitm pn x larat trun naik bukit tonggek+tangga kt FSG;)

    ReplyDelete
  4. Salam hormat wahai Puan.

    Buat sementara, cubalah makan 'bahan dalaman binatang', hati, limpa, perut dan sebagainya. Tetapi jangan dijadikan amalan. Kerana akan mendatangkan kesan sampingan.

    Saya akan cuba mendapatkan maklumat lanjut, saya akan kirimkan emel berasingan.

    Syukur Alhamdulillah. TERIMA KASIH. Barangan itu hampir keseluruhannya boleh digunakan lagi. Anak - anak menjerit kesukaan. Cuma beberapa helai sahaja yang diberikan kepada ibu tunggal. TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  5. Salam Azzah,saya pun macam Azzah cuma blood count terbaru saya agak baik,9. Saya makan hati lembu, kerang , bayam dan buah yg banyak kandungan zat besi.
    Sebelum makan hati/organ dalaman; baca doa ini untuk elakkan kemudharatan yang boleh di sebabkan oleh kandungan zat lemak yang mungkin kurang baik kesannya pada kita :
    "Bismillah hillazi ya yadhrruhu ma'as mihi syaiun fil ardh. Wala fissama' wahuwassami 'ul alim."

    Satu lagi, tidur mesti cukup.

    ReplyDelete
  6. Yes, K. Azzah, jgn rasa sedih. Kuatkan semangat. Ina dah selamanya hidup sebagai anemic. Ina ni thalassemic lagi pulak tu. Memang macam tu, ada kalanya kuat, ada kalanya rasa lemah sangat. Patutla lately ni, nampak K.Azzah mcm tak bermaya je ...

    If you keep on smiling, your day will smile too ...

    ~waterlily.

    ReplyDelete
  7. Salam Kak azzah.. rendahnya..
    what the cause of the anemia??
    Nampak nya dari segi pemakanan semua orang dah bagi tips baik punya...
    mmg ambil masa to increase the Hb.. meanwhile done exert yourself, nanti jantung penat plak..

    ReplyDelete
  8. Betul ke ni sebab makan ? Saya dapat 8 dulu dan lebih kepada gigitan nyamok - pre - mungkin aedes, tapi ada juga salah makan dan 'pembuangan' gula dan garam yang serius dari badan.

    Ketika turun dan naik semula dulu yang saya buat adalah tidur cukup, makan ikut waktu, minum air banyak sedikit senanam ringan dan juga ubat ubat doktor. Kurang tidur juga boleh dapat 'angin' - rasa dunia ni berputar.

    Semoga Puan sembuh masa terdekat ni, Insyallah.

    ReplyDelete
  9. Terimakasih atas pandangan dan nasihat dari anda semua, InsyaAllah saya akan cuba ikut diet yang diberi...

    utk pengetahuan Dr Ida, kemungkinan besar low Haemoglobin ini adalah disebabkan prolonged menses yang saya alami baru2 ini, 3 weeks very heavy!!!! ...

    ReplyDelete
  10. try makan ati ayam @ kerang @ ati lembu....

    ReplyDelete
  11. wah mak ude, apekah ini yang dikatekan middle age crisis. begitu ngeri sekali.

    tapi pasal anemia ni, kawan amin pun ade jugak kene. sampai tahap kulit sawo matang jawe die tu nampak pucat.

    awal tahun lepas dah melarat, usus besar die infected so dah kene buang. kalu tak nanti kene canser.

    fuh, ngeri.

    ReplyDelete
  12. Salam Kak Azah. Get well soon. Makan byk2 sikit bagi banyak tenaga nak lawan low blood you tu. I pun sama penyakit..

    ReplyDelete
  13. NoRT,
    InsyaAllah saya cuba makan

    ReplyDelete
  14. alifminyanun,
    bukan middle age crisis, tapi tension gamaknya....sebab semasa cuti sekolah baru2 ni, bibik balik Indon bercuti sebulan...anak2 semua ada kat rumah..penat sungguh, ditambah lagi kerja pejabat dan segala bende yang mak ude kena fikir kan....

    rasanya nak burst otak ni ...hehehe

    tapi IA mak ude cuba atasi sedikit demi sedikit.... esok anak2 dah mula sekolah ....bibik pun dah balik sini semula...legaaaaaaaaaaaaaaa sangat....

    ReplyDelete
  15. zlaa,
    lepas makan vitamin yang doktor beri...selera makan bertambah-tambah...risau pulak akak...nanti terover lah pulak.... tapi skrg ni akak makan aje jika rasa lapar!

    ReplyDelete
  16. Salam Kak Nurazzah..
    ic, heavy menses..
    camana leh jadi heavy..
    akak ada buat papsmear and pipelle sampling tak? just untuk pastikan it just a heavy menses.. kalau dah on f/up o&g mesti dia buat tu..
    Akak bagi tips macamana nak ramai anak?? hehehe

    ReplyDelete
  17. Salam pn nurazzah,

    sy jg anaemic dr kecil sampai skrg. selalunya bila x cukup tido, mkn x betul hah jd lah. Tambahan pula sy ni bkn org yg suka mkn ubat. Bila mula pening n nk pitam tu, sy cuba dptkn tido yg cukup n makan benda2 yg berkhasiat terutama hati atau kerang. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....