Friday, January 23, 2009

Confident

Ini kisah Hana'. Pertama kali selepas masuk ke sekolah darjah satu, semalam Hana' kena balik seorang (naik bas lah)...Kedua-dua orang abang Hana', iaitu Mu'adz dan Zubair kena stay-back kat sekolah sebab ada program ko-kurikulum... suspen juga ummi dia nih..

Ummi: "Hana' nanti balik Hana' balik seorang tau, abang Muadz dan abg Zubair balik lambat"
Hana' : "Hana dah tau, abang dah cakap tadi"
Ummi : "okay ke? Hana' tak nangis ke? "
Hana' : "taklah.." (menjawab dengan confident)
Ummi: "okay..nanti dah habis sekolah, Hana' terus pergi beratur kat tempat tunggu bas tau. Jangan merayau-rayau kat sekolah tu atau pergi kantin, nanti tak nampak bas dah datang. Nanti kena tinggal bas pulak" (bersungguh-sungguh ummi pesan)
Hana' : "ya..ya...Hana' tau..."

so, semasa bas datang, aku pun berpesan kepada pakcik bas tu, mintak tolong tengokkan si Hana' nih semasa balik nanti...risau juga kot pakcik bas tu tak perasankan dia. Al-maklumlah Hana' ni kecik sangat, bas tu pulak besar... bila naik bas tu rasa tak nampak pun dia...hehehe...

Sebelum pergi mengajar, aku berpesan kepada bibik,

Ummi: "bibik, pukul 3:30ptg nanti tunggu Hana' balik kat depan gate tu"
Bibik : "ok"
Ummi : " bik, tunggu Hana' turun bas tau..takut jatuh nanti.. dah lah tangga bas tu tinggi, si Hana' tu kecik, bawa beg sekolah lagik ..." (heee..risau betul ummi dia nih!)

Bila petang aku bertanya kepada Hana' :

Ummi: "Hana' tadi balik sekolah ok..? Tak nangis? "
Hana' menjawab dengan gaya yang meyakinkan: "Ummi...Hana' kan dah besar...(ewahhh)... buat apa nak nangis...kat dalam bas tu ramai lagi kawan Hana' yang lain.."

....begitulah ceritanya...dah besar rupanya anak bongsuku ini......

29 comments:

  1. Salam,

    Kisah n3 ni sama macam yang I lalui minggu baru ni sebab Izzat dah start kelas tambahan dan balik jam 5 petang. I ni Mimi tu ok je macam Hana jugak confident naik bas sorang tapi I yang tak ok, macam kata you risau dia jatuh turun/naik tangga bas dan beg berat, akhirnya sekarang ni I sanggup hantar dan ambik anak-naka ke sekolah, dah tak naik bas dah....salah satu sebab tak naik bas dah sebab bas datang lamabt sangat masa pagi ,I kena jadi drebar balik macam dulu2 .

    ReplyDelete
  2. salam.

    wahh.. cayalah hana. Sama macam Asma, walau kecil tapi boleh belajar jauh.

    ReplyDelete
  3. suspen jek igtkn hana nanges2 ke balik rumah tuh...haha cewah nih mmg btol adek klong~
    =p

    ReplyDelete
  4. Salam Azzah...selalunya anak bongsu ni dpt lebih perhatian...sebab ummi rasa kurang konfiden pada dia...ummi mesti rasa anak bongsu tu masih kecil...heheheh

    ReplyDelete
  5. hah nampak tu hana dah besar ummi jgn risau ye?....hehehe

    ReplyDelete
  6. itulah ibu...sampai bila2 musti akan risaukan anak2nya, tak gitu?

    ReplyDelete
  7. mama jangan la risau hana dah besar tau hehe

    ReplyDelete
  8. Bila si kecil pun sudah besar. Dan yang paling besar sudah dewasa. Ayat seterusnya ...

    ReplyDelete
  9. silversarina,
    I tak lah boleh nak jadi drebar...sebab I kerja...InsyaAllah semoga semuanya berjalan lancar.

    ReplyDelete
  10. kak long,
    mmg sebijik macam kak long..rasanya lebih lagi..hehehe

    ReplyDelete
  11. kak aNIe, itulah pasal...ummi dia ni masih anggap dia budak kecik lagi...hehehe

    ReplyDelete
  12. kak Elle,
    insyaAllah...kena percaya dia dah besar, tapi adakalanya macam budak kecil jugak..hehehe

    ReplyDelete
  13. Alex Lacey, naluri seorang ibu...sampai bila-bila sentiasa teringat akan anak-anak mereka...walaupun yang dah besar macam kak long Hana' kat Jordan tu... risau jugak...

    ReplyDelete
  14. arsaili,
    yes...couldn't agree more with you...
    macam lah anak akak yang sulong tu. Masa dia nak pergi belajar medic kat Jordan, bila dengar 6 tahun, rasa lamaaaaaaa nya... tapi sekarang sedar tak sedar..eh! dah tahun 4 dah...tinggal 2 tahun saja lagi...sekejap je masa berlalu... umur kita pun sudah semakin menghampiri abadi...

    ReplyDelete
  15. Zino, hati seorang ibu...memang akan sentiasa teringat akan anak-anak...

    ReplyDelete
  16. Abang Long,

    Yang dewasa semakin matang....hehehe (tak nak mengaku dah tua)!!!

    ReplyDelete
  17. Bila Asma' balik. Tolong maklumkan kepada Abang Long ya ?

    Ehem ... dia dah ada kawan ke ?

    Hahahahahahaha ... (sesekali nak mengusik orang muda)

    ReplyDelete
  18. Abang Long, nak gelak pulak... soalan abang long ini kena tanya tuan empunya badan la....

    ReplyDelete
  19. Si gadis rasanya tidak sukar. Tersenyum malu tandanya ikut sunnah agama.

    Alahai ...

    Bagaaimana pula teman seangkatan kita ? Silversarina, CikMilah, Maklang, Zino, Maksu ... tak lama lagi, penuh pulak entri tentang perkahwinan anak masing - masing... selepas itu cerita pulak tentang cucu masing - masing .... hahahahahahahahahahahahaha ....

    ReplyDelete
  20. tumpang lalu..abang long ,

    Nak mula mencari calon menantu ke ?? Akak rasa kalau dapat menantu yang kita dah kenal (termasuk rakan bloggers) lagi mudah sebab kita dah kenal sedikit sebanyak bakal menantu dan bakal besan .. asma diam je ..tanda setuju tu...hehehe....asma baik memang akak dah kenal lama , dia baik macam mak dia jugak... no problem punya :)


    Dari hal si bongsu asma jadi hal si sulong asma... hahahaha... apa-apa ajelah .

    ReplyDelete
  21. salam.. ida tumpang lalu..
    waduh..waduh..mak bapak zaman millenium siap cari menantu dalam blog.. orang dodolu tanya2 sebelah rumah jer..haha...agaknya zaman ida lagi 10-20 tahun lagu pun nanti begini gak kot..hehe

    ReplyDelete
  22. just call me ida,

    hahaha...lagi besar gelak akak...

    dulu-dulu kalau nak merisik kena bagi cincin belah rotan ke...
    tapi sekarang parents cyber ni, nak merisik kena bagi laptop siap dengan line internet sekalik!!!! Itu syarat wajib...hahaha...

    ReplyDelete
  23. abang long,...ishhh abang long nih...bagilah can kat makcik dgn pakcik bloggers nih nak cerita pasal anak2...
    lepas tu nenek bloggers boleh cerita pasal cucu juga...hehehe...

    ReplyDelete
  24. abang long, gadis sekarang kalau diam tu tak semestinya tanda setuju...hehehe...

    dia dah cakap kat ummi dia awal2, selagi belum habis belajar tak mau pikir pasal kawen-kawen nih... tak tau lah dah ada calon ke idak...tapi rasa-rasanye macam ada, cuma malu nak beritahu aje kot...atau masih lagi menguji kesetiaan hati budi dan keimanan yang bertakhta di hati..ewah...

    ReplyDelete
  25. fuh, hana dah matured la mak udee.

    ReplyDelete


  26. Look into mу blоg; payday loan,
    Also visit my homepage ... payday loan,

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....