Hari ini pagi-pagi lagi Hana' dah bangun dan bersiap-siap dengan pakaian lengkap seragam sekolah. Hari ini juga adalah hari Orientasi bagi pelajar yang akan memasuki darjah 1 di Sek Ren Islam Hira', Klang.
Kain sekolah baru siap ku jahit pagi tadi! ..Saiz badan Hana yang kecil menyebabkan dia tidak muat baju saiz paling kecil yang dijual di kedai sekolah!!! ...terpaksa lah ummi jahit sendiri...
Pengalaman bersekolah yang pertama bagi anak bongsu ku....
Apabila di tanya, "Seronok tak?"
Hana jawab, "Seronok!!!... nanti hari Isnin minggu depan cikgu suruh datang sekolah lagi....tapi tak payah bawak buku lagi...nanti cikgu bagi jadual baru bawak buku"
wah...wah...wah...dah bersemangat nak belajar...
psstttt.... ini rahsia Hana....dia kata dia nak belajar rajin2 nak dapat nombor satu bila periksa nanti....Alhamdulillah.....
Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi! "Maka nikmat Tuhan Kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berikan sumbangan terbaik anda!
Teruskan menyumbang ke Tabung
Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!!
Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4
Kemudian sila maklumkan kepada:
admin@aqsasyarif.org.my
Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....
-
ALhamdulillah selepas 3 bulan bertunang, akhirnya anak sulungku akan melangsungkan perkahwinan... majlis pernikahan akan diadakan pada sebel...
-
Salam semua. Sempena menyokong contest yang dianjurkan oleh Kak InaKL , saya telah menjadi salah seorang penaja utama dalam contest tersebu...
-
Cuti sekolah hujung tahun ini, sempena Mu'adz dan Zubair bersunat, dan sepanjang pemergian aku dan suami ke tanah suci, perancangan perl...


comeylnye adikku...hana larat x angkat beg?huhu
ReplyDeletecomelnya hana!
ReplyDeleteanak saya dua orang masuk darjah satu tapi di sekolah yang namanya sama dengan hana kak azzah tu :D
doa saya semoga hana berjaya dunia akhirat menjadi anan yang solehah..
ReplyDeletedoa saya semoga hana berjaya dunia akhirat menjadi anan yang solehah..
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletemimi pun dah start sekolah, punyalah excited dia :)
selamat belajar buat Hana comel :)
salam,
ReplyDeletewah, rumah baru tahun baru ye, love the soothing green :P
Kak long,
ReplyDeleteitulah ...beg lebih besar dari tuan! hehehe...takut ummi tgk dia nak bawak beg tu naik bas...tapi Hana macam biasa senang je cakap, " tak pe...nanti abang Mu'adz dan abang Zubair ada tolong bawak beg!" ambooiiii....senang aje dia nak suruh abang2 dia tolong bawak beg... hehehe
OO, 2 orang? kembar ke? atau sorang awal tahun sorang lagi akhir tahun? hehehe....
ReplyDeleteseronok kan .... tgk budak darjah satu nih... comel sungguh... sekolah mana nama sama? Hira' Shah Alam Sek 27 tu ke?
mama, terimakasih...
ReplyDeletesilversarina,
ReplyDeletehaah...Tganu kan dah start sekolah hari ni (Ahad) kan?
Mimi nampak dah matured... mungkin sebab saiz badan dia lebih tinggi dari Hana'...
Silversarina,
ReplyDelete...ooo saja2 tukar skin baru sempena tahun baru Maal Hijrah dan tahun baru Masehi ini... tapi mintak tolong anak buatkan sbb I tak sempat nak duduk lama2 depan komputer nih...dah start semester baru semakin sibuk...
Salam hormat wahai Puan.
ReplyDeletePuteri tunggal abang long juga sedang menghadapi minggu orientasi. Dalam kelas senyum sahaja.