Monday, January 12, 2009

Kuliah Maghrib

Malam semalam kuliah Maghrib di surau taman perumahan ku, Surau At-Taqwa, telah menjemput Ustaz Farid Ravi untuk memberi sedikit tazkirah. Rasanya ramai yang kenal siapa Ustaz Farid Ravi, beliau ialah seorang ustaz yang selalu memberi ceramah atau mengendalikan program-program di kaca TV (contohnya Quran Interaktif - TV9), Forum Perdana TV1, dan lain-lain. Selain memberi ceramah kerjaya tetap beliau ialah sebagai seorang pensyarah di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang terletak di Bangi...

Kali pertama saya mendengar ceramah beliau ialah semasa menghadiri Kursus Haji Perdana di Mesjid Negeri Shah Alam, sebelum saya dan suami menunaikan ibadah haji pada tahun 2007. Masih saya ingat betapa berkesannya ceramah yang beliau sampaikan menusuk di sanubari sehinggakan walaupun ceramah tersebut diadakan pada malam hari dan selesai hampir lewat malam, saya tidak dibuai rasa mengantuk walau sesaat pun...Alhamdulillah..

Untuk pengetahuan mereka yang belum mengenali Ustaz Farid Ravi, ustaz ialah seorang muallaf, iaitu beliau hanya memeluk Islam pada umur 18 tahun (mengikut cerita beliau sebenarnya beliau hendak memeluk Islam pada umur 16 tahun lagi, tetapi apabila pergi ke pejabat PERKIM, telah diberitahu bahawa beliau masih di bawah umur), lalu secara rasminya beliau telah memeluk Islam pada umur 18 tahun...

Ustaz Farid Ravi Abdullah pada zaman persekolahannya mempunyai ramai kawan orang melayu. Dari situlah dia mula mengetahui tentang Islam iaitu puasa dan sembahyang 5 waktu.

Kisah nabi Ibrahim memecah berhala-berhala kecil merupakan kisah nabi yang membuka mindanya tentang agama dulunya yang banyak menyembah patung dan berhala. Baginya patung dan berhala yang disembah sebagai Tuhan sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima oleh mereka yang mahu berfikir iaitu menyembah sesuatu yang tidak hidup,tidak mendengar dan melihat.
Pada akhirnya kisah nabi Ibrahim bagaimana nabi Ibrahim ditangkap oleh pengawal Raja Namrud kerana didapati memecah berhala.
Baginda dijatuhi hukuman mati iaitu dibakar tapi dengan sifat Allah yang maha besar maka api yang membakar tubuh nabi Ibrahim menjadi sejuk disitulah terbitnya satu kebenaran.

Beliau seorang berbangsa India, kulitnya memang hitam tetapi wajahnya cukup "bersih" dan tampan. Tutur katanya sangat teratur dan lancar tidak kira samada beliau berbahasa Melayu atau Arab, sehinggakan jika kita hanya mendengar tanpa melihat muka beliau, kita boleh katakan bahawa beliau berbangsa Melayu...ayat-ayat Al-Quran berserta terjemahan lengkap bagaikan air keluar dari mulut beliau...MasyaAllah...SubhanAllah...hinggakan terasa malu kita yang sememangnya dilahirkan dalam Islam berbanding beliau yang hanya baru memeluk Islam beberapa tahun sahaja, tetapi kita sejak kecil dahulu hanya pandai mengaji, tetapi kita tidak menghayati maksud-maksud ayat Al-Quran yang kita baca, kita hanya pentingkan tajwid dan lagu(tarranum) sahaja .... sungguh sedih... dan itulah yang beliau beritahu ... semasa beliau menjadi hakim Musabaqah Al-Quran peringkat antarabangsa, semasa qari dan qariah Malaysia membaca..salah seorang hakim (ulama' Arab terkenal) telah menangis...lalu beliau bertanya mengapa? ulama' tersebut berkata, beliau bersedih kerana qari/ah Malaysia memang sangat pandai mengaji, semua bagus, tajwid, tarranum etc... tetapi tidak faham maksud ayat yang di baca...

Dalam kuliah beliau malam semalam, beliau menerangkan tentang betapa pentingnya kesempurnaan iman ..... berapa ramai daripada kita solat, tetapi adakah solat kita itu sempurna? berapa ramai daripada kita mengaji, tetapi adakah kita mengaji dengan SEMPURNA? berapa ramai daripada kita berpuasa, tetapi adakah puasa kita sempurna? Dari segi zahirnya memang kelihatan kita telah selesai solat, tetapi adakah solat kita sempurna? Solat kita tidak akan sempurna jika semasa solat ada unsur-unsur lain yang memesongkan tumpuan solat kita. Kita tidak khusyuk... ... lalu jadilah solat kita berlubang-lubang.... Beliau juga mengupas tentang persoalan iman dan taqwa. Pengertian iman iaitu kepercayaan yang dilafazkan dengan lisan, dibenarkan oleh hati dan diterjemah/dilaksanakan dengan perbuatan. Begitu juga dengan makna TAQWA itu sendiri...

Kesimpulannya, keseluruhan isi ceramah beliau sangat bermakna bagi setiap insan yang mengaku Islam agar kembali menghayati perkara asas , iaitu iman dan taqwa. Yang paling penting, apa sahaja yang kita baca, hendak lah kita fahami maksudnya...baharulah kita dapat menghayati setiap ibadah yang kita lakukan...InsyaAllah...

7 comments:

  1. Salam Kak Azah,

    Terima kasih atas peringatan ni. Dulu2 pernah tengok Ust. ni di TV.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    I pernah lihat ustaz ni di kaca TV sahaja. Memang tutur katanya tersusun dan cukup yakin ketika bercakap kerana disertakan dengan ayat Quran dan sunnah .

    Di akhir zaman ni memang pelbagai dugaan melanda . Semoga TAQWA akan dapat dijadikan pakaian buat semua umat Islam .

    ReplyDelete
  3. zlaa,
    salam, lama tak dengar berita... sedang sibuk menulis?

    ReplyDelete
  4. silversarina,
    jika lihat diri ustaz ini secara berdepan...memang nampak di airmuka beliau betapa "bersih dan tenang" nya diri beliau...mungkin disebabkan pencarian sebenar beliau telah ditemui dalam Islam itu sendiri ... kerana beliau memang faham dan jelas apa yang beliau tuturkan ....
    kita yang lahir dalam Islam ini terasa sungguh rendah diri... ilmu beliau sungguh banyak dan beliau telah berusaha untuk mempelajari bahasa Arab demi untuk memahami Al-Quran .... (utk pengetahuan beliau kelulusan Uni Jordan)

    ReplyDelete
  5. hehe minat ya? boleh lah berkenalan dengan dia in person. bukan sekali dua saya tahu orang yang terpesona dengan dia. Satu kelas dengan saya dulu, malah sangat rapat sebab selalu jadik banker. time nak register subjek confirm guna duit dia dulu sebab MARA lambat bayar. Ada banyak duit tapi x kedekut langsung. Memang baik orangnya. Dan punya suara yang sedap apabila membaca Al Quran.

    ReplyDelete
  6. babazahra'

    Memang minat lah...minat dengar dia mengaji dan menyampaikan ilmu .... hehehe...tahulah dia kelulusan Uni Jordan (dlm hati terdetik jugak mungkin sama dgn baba dulukan??..haa..kan betul...)
    sebenarnya saya dah pernah jumpa dia in person... masa tu saya ada sedikit kerja, pergi jumpa dia di KUIS sana... ada 2 orang ustaz muallaf (Cina) dgn dia...masayaAllah...bila dengar ustaz2 ni cakap memang kagum dengan ilmu yang dia orang ada...

    ReplyDelete
  7. Berusahalah untuk MENDEKATKAN DIRI kepada Alah.

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....