Hari ini Ahad 4 hb Jan 2009 ialah hari terakhir cuti persekolahan sebelum penggal baru sesi 2009 bermula esok di negeri-negeri yang hari persekolahan ialah hari Isnin.
Pukul 10 pagi mula bertolak ke Jeram, Selangor untuk menghantar anak ke-3 ku Ammar balik semula ke asrama SMI Hira'. Alhamdulillah Ammar sudah pun selamat 2 tahun menjalani kursus tahfiz di Maahad Tahfiz Al-Quran Hira' dan 2 minggu sudah telah menerima sijil tamat pelajaran tahfiz. Alhamdulillah syukur kerana salah seorang anakku telah pun berjaya menjadi seorang Al-Hafiz... namun begitu aku selalu mengingatkan Ammar supaya tidak riya' dan lupa diri, kerana ini bukan lah tiket untuk segala-galanya, sebenarnya bak kata mudir MTAQ Hira', seorang pelahar tahfiz yang baru tamat diibaratkan seperti baru diberi 'anak kunci' untuk membuka gedung ilmu Allah yang luas ini... terpulanglah kepada anak2 itu sendiri untuk memantapkan dan istiqamah dalam perjuangan mencari ilmu Allah yang Maha Luas .. dan menggunakannya dengan bijaksana.
Sekarang Ammar akan masuk semula ke ting 4 untuk meneruskan pembelajaran akademik beliau sehingga ke ting 5 kelak dan mengambil SPM.
Sampai di sana sudah ramai ibu-bapa yang tiba, parking kereta juga hampir penuh...
Sambil menunggu Ammar selesai mendaftar etc, ternampak seorang blogger yang pernah kutemui. Blogger ini adalah seorang yang sangat aktif dalam aktiviti2 memperjuangkan nasib keluarga mangsa2 IS* ... beliau ialah Ummuasiah
Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi! "Maka nikmat Tuhan Kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berikan sumbangan terbaik anda!
Teruskan menyumbang ke Tabung
Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!!
Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4
Kemudian sila maklumkan kepada:
admin@aqsasyarif.org.my
Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....
-
ALhamdulillah selepas 3 bulan bertunang, akhirnya anak sulungku akan melangsungkan perkahwinan... majlis pernikahan akan diadakan pada sebel...
-
Salam semua. Sempena menyokong contest yang dianjurkan oleh Kak InaKL , saya telah menjadi salah seorang penaja utama dalam contest tersebu...
-
Cuti sekolah hujung tahun ini, sempena Mu'adz dan Zubair bersunat, dan sepanjang pemergian aku dan suami ke tanah suci, perancangan perl...

salam kak.
ReplyDeleteabang sayang saya nk ke Libya after 20 january... tiga tahun kontrak kerja sana kalau takde sambung la...
tak sanggup rasanya nak melepaskan darling saya pergi kak...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletekaK Azzah..
ReplyDeleteaiit..bila tengok ada pula gambar candid tu..memang lapar setelah letih settle bnyk perkara..beratur..berjalan..dgn anak2 lagi..bila beres..lega rasanya..Alhamdulillah berpeluang berjumpa..ALhamdulillah utk anak2 kita yang dah berjaya mendapat satu degree untuk akhirat mereka dan kita juga..cuma depa nak kena maintain..if not akan hilang juga dari ingatan....kita juga kena selalu remind mereka.
seronok tengok si Hana yg tersenyum-senyum dan bertanyakan macam2 soalan..'kaki tangan' pun boleh makan, mana ada mulut..he..he..alert betul dia...
mama,
ReplyDeletesian dia, nak kena tinggal ya... eh..kenapa mama tak ikut aje baba? anak2 kan kecik lagi, mana ada yang sekolah lagi... kalau akak dah lama akak ikut sekali...
ummu asiah, Alhamdulillah dapat bertemu sekali lagi... actually akak sangat envy dengan you...teruskan perjuangan....
ReplyDeleteummu asiah, ...si Hana tu macam tu lah... becok ..tanya hal macam2...kekadang kat rumah tak terlayan.... ada aje yang ehndak di katakan....hehehe
ReplyDelete