Friday, December 26, 2008

LA ALHAMBRA


Selepas kali pertama (tahun 2007) membaca novel sejarah Islam oleh Abdul Latip Talib, TARIQ menang ataupun Syahid, hati ini sungguh teringin hendak melawat negara Sepanyol atau Spain atau dahulunya semasa zaman penaklukan Islam lebih dikenali sebagai ANDALUSIA. Apatah lagi selepas mendengar nasyid dendangan Far East ini. Teringin sungguh hendak menjejakkan kaki ke Pulau Gibraltar, atau dahulunya dikenali dengan nama Jabal Tariq (sempena sahabah Tariq bin Ziyad - agaknya orang Eropah dahulu tidak tahu hendak menyebut Jabal Tariq, lalu jadilah Gibraltar).

Selat Gibraltar, adalah laluan terpenting kapal dagang yg berulang alik antara Laut Atlantik dan Laut Mediterranean. Di sini lah, pada Mei 711 Masihi, Panglima Tariq bin Ziyad mendaratkan seramai 12 ribu orang tentera Islam. Peristiwa itulah permulaan Islam bertapak di Andalusia selama hampir 500 tahun. (di petik dari novel Tariq menang ataupun syahid).


Selepas kejatuhan empayar Islam di Andalusia, tentera2 Salib berusaha memadamkan saki-baki atau jejak2 Islam di Sepanyol. Semua kitab2 Islam yang dijumpai telah dibuang atau dibakar, mesjid2 ditukar menjadi gereja dsbnya kecuali istana Al-Hambra yang masih kekal hingga zaman ini sebagai bukti bahawa Islam pernah bertapak di bumi Sepanyol suatu masa dahulu.

Satu hari di minggu lepas, tiba2 mendapat sepucuk poskad yang berstem Espana !!! Apalagi apabila membaca, Salam ummi dan abi, this postcard is specially for you from Granada, Spain ....... Salam Andalusia, Miss You. (signed by Asma'). Jealous...jealous.... InsyaAllah jika ada rezeki dan umur panjang ummi dan abi akan sampai juga ke situ suatu hari nanti......

Sebenarnya
cuti winter 2 minggu lepas, anakku Asma' telah bercuti merentasi 3 benua, dari Jordan, di Asia, ke Morrocco di Afrika, dan menyeberangi Selat Gibraltar ke Spain(Andalusia) di Eropah. Baca pengalaman Asma' di sini.
dan boleh lihat gambar-gambar di sini.


Al Hambra - Far East

Al-Hambra
Album : Cinta Pertama
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Di tengah kesibukan kota Granada
Kini terbina indah sebuah menara
Setelah lima ratus tahun menunggu
Akhirnya azan terdengar di situ

Suara itu kembali bergema
Mengajak sujud pada Yang Esa
Bersihkan segala debu dan noda
Yang terpalit di kubah Al-Hambra

c/o
Al-Hambra
Singgahsanamu pernah bersinar
Al-Hambra
Indralokamu merah bercahaya
Dengan cahaya iman dan taqwa

Terdengar azan di kota lama
Gemersik di seluruh buana
Nyalakan cinta yang membara
Perjuangan yang tiada sudahnya

Sejarah seringkali bertandang
Tamadun silam kembali gemilang
Bangun Granada dan Kordova
Teguhkan istana Al-Hambra

Al-Hambra
Singgahsanamu pernah bersinar
Al-Hambra
Indralokamu merah bercahaya
Umat silam membina empayar
Kegemilangan

Al-Hambra ..Al-Hambra
Andalusia oh Al-Hambra

Al-Hambra
Singgahsanamu pernah bersinar
Al-Hambra
Indralokamu merah bercahaya
Bagunlah Granada berdirilah Kordova
Teguhkan kembali istana Al-Hambra
Ssuburkan semangat Andalusia
Subur semula Al-Hambra

--------------------------------------------

12 comments:

  1. Salam Azzah...

    Akak suka lagu ni...

    Salam Maal Hijrah dari akak buat Azzah sekeluarga...

    ReplyDelete
  2. salam Kak Lady@aNIe,

    Salam Maal Hijrah juga buat akak. Nasyid ini memang sedap apatah lagi selepas membaca novel Pak Latip, Tariq bin Ziyad... akak dah baca ke?

    ReplyDelete
  3. wah2 alhmdlh u received the special postcard!!!masetuh x sure postbox tuh utk international ke x..sbb dlm bhase spanish..then gamble jek post..slmt smpai..huhu..bile smpai?
    xpe..nnti pegila honeymoon 25th annivessary jubli perak ktsane..hehee..

    ReplyDelete
  4. SALAM MAAL HIJRAH. SALAM HIJRATUL RASUL.

    Sungguh halus, indah dan berseni senibinanya.

    Bila perjuangan niat kerana Allah, maka jasa mereka tetap dikenang.

    Kenapa tidak dapat masuk kedalam blog Asma' ? Musykil, musykil, musykil.

    ReplyDelete
  5. kak long,
    25th anniversary? hehehe...bagus ugak cadangan tu... mintak abi sponsor lah...

    ReplyDelete
  6. Abang Long,
    SALAM MAAL HIJRAH JUGA UTK ABANG LONG SEKELUARGA.

    MEMANG INDAH SUNGGUH KATA ASMA'... lihat sendiri dan berada di situ lagi terasa mengimbau kembali nostalgia zaman pemerintahan Islam di sana...


    boleh saja masuk blog Asma' tak ada masalah pun...???

    ReplyDelete
  7. kak uda..jelesnya. Masa gi Istanbul ari tu dah set nak target al hambra next...bestnya asma' dah sampai situ..

    ReplyDelete
  8. mrswongjowo@zai,

    hehehe...jangan jealous..IA suatu hari nanti Zai & hubby juga dapat pergi situ...

    ReplyDelete
  9. maklang pun teringin nak menjejakkan kaki ke sana..masih belum tercapai misi ini...

    ReplyDelete
  10. salam maal hijrah dan tahun baru masehi.

    Hubby sejak dulu lagi amat teringin nak jejak kaki ke bumi Spain yang penuh sejarah. Kalau dia pergi ada chance lah nak ikut :)

    ReplyDelete
  11. maklang,
    Jom kita pakat buat rombongan ke sana?

    ReplyDelete
  12. silversarina,
    SALAM MAAL HIJRAH DAN TAHUN BARU 2009...

    Hana ucapkan terimakasih banyak2... nanti I tulis satu n3 berkenaan tudung comel yang you kirim untuk Hana... dia dah melaram pun dengan 2 kaler... yang lain tu tak de baju matching, nampaknya lepas ni kena beli pulak baju kaler biru dan merah! hehehe

    kalau you pergi nanti jangan lupa tulis post khas dan letak gambar ye...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....