Thursday, December 11, 2008

Abu Ubaidah


Tanggal 25 November 2008 yang lalu saya telah menerima sebuah bungkusan pos laju dari seorang penulis prolifik negara yang tidak asing lagi, iaitu Abdul Latip Talib. Beliau telah menghadiahkan novel sejarah Islam berjudul "Abu Ubaidah Penakluk Parsi"

Apa yang membuatkan saya sangat teruja untuk membaca novel sejarah islam ini adalah kerana mengenangkan kembali perjalanan saya "menjejak para sahabah" di bumi para anbiya, Jordan pada awal tahun 2007. Salah satu makam para sahabah yang telah saya ziarah adalah makam sahabah Abu Ubaidah Ibnu Al-Jarrah. Terkenang kembali saat-saat saya bersama anak saya Asma' dan rakan Nad beserta pemandu teksi yang sangat baik hati iaitu Hisyam menziarah makam tersebut. (Boleh baca entri tersebut di sini)

Mengikut kata Hisyam, makam tersebut berbau sangat wangi, bukan di sembur minyak wangi tetapi bau wangi semulajadi, yang keluar dari makam tersebut (tetapi semasa saya melawat makam tersebut, makam itu telah di tutup dengan cermin, mungkin untuk mengelakkan perbuatan tidak bertanggungjawab orang2 yang sangat taasub dan perbuatan memuja-muja makam).Hisyam si pemandu teksi sedang menerangkan sesuatu tentang makam Abu Ubaidah

Itulah petanda makam orang yang soleh...(teringat semasa saya menziarah makam Muadz Bin Jabal...wangi yang sangat harum tiada tandingnya dengan bau minyak wangi buatan manusia...)

Beliau adalah salah seorang dari 10 sahabah yang telah dijamin menjadi ahli syurga, seorang gabenor Islam yang unggul dan sangat amanah, sehingga
Saiyidina Umar Al-Khattab juga pernah berkata iaitu : "Abu Ubaidah adalah pemegang amanah umat ini." Ini membuktikan betapa tingginya penghormatan Rasulullah s.a.w dan para sahabat terhadap Abu Ubaidah Bin al- Jarrah.

Di bawah adalah sinopsis novel tersebut yang saya ambil dari blog Pak Latip:

Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin al Jarrah bin Hilal al Fihri Al Quraisy.
Beliau lahir di Mekah daripada sebuah keluarga Quraisy yang terhormat.
Termasuk orang yang awal masuk Islam selepas Abu Bakar as Siddiq.
Beliau salah seorang yang dijamin masuk syurga.
Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri, dan amat pemalu. Kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya.
Selepas menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW, Abu Ubaidah al-Jarrah sanggup menghadapi kesulitan dan bersifat berani ketika berada di medan perang.
Beliau mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah SAW.

Dalam Perang Badar, Abu Ubaidah al-Jarrah cuba mengelak daripada bertembung dengan ayahnya yang berada dalam pasukan Quraisy yang menentang Rasulullah SAW. Tetapi ayahnya bersumpah hendak membunuh anaknya sendiri kerana menjadi pengikut Muhammad. Abdullah terus memburu anaknya hingga suatu ketika Abu Ubaidah al-Jarrah terpaksa berdepan dengan ayah sendiri. Dalam pertarungan itu Abu Ubaidah al-Jarrah membunuh ayahnya.
Beliau berasa amat sedih sehingga turun ayat Al-Quran Surah al-Mujadalah ayat 22 yang membenarkan tindakannya itu.

Semasa berlakunya Perang Uhud, Rasulullah SAW terkena anak panah lalu tersangkut pada rahang baginda. Abu Ubaidah al-Jarrah mencabut anak panah itu dengan giginya sehingga giginya tercabut.

Rasulullah SAW memberinya gelaran ‘Gagah dan Jujur’.

Sewaktu berlaku perbalahan di balai Bani Saadah mengenai perlantikan khalifah maka Abu Ubaidah al Jarrah berkata. “Wahai orang-orang Ansar. Kamu yang mula-mula menyokong perjuangan Islam. Saya harap janganlah pula kamu yang mula-mula menentangnya.

”Khalid al Walid yang bergelar pahlawan pedang Allah berasa hormat kepada Abu Ubaidah al Jarrah apabila menyertai pasukan tentera Islam di bawah pimpinannya.
Khalid berkata. “Wahai Abu Ubaidah, kamu yang lebih layak memimpin pasukan ini. Tetapi saya patuh dengan perintah khalifah.”

Hercules bertanya kepada salah seorang tenteranya yang dibebaskan oleh Abu Uabidah al Jarrah. “Sila engkau terangkan mengenai orang itu?”
Jawab tenteranya. “Sebenarnya dia menjadi pahlawan pada siang hari dan menjadi pendeta di malam hari. Dia tidak memakan sesuatu makanan melainkan setelah jelas halalnya. Tidak masuk ke dalam rumah melainkan mengucapkan salam. Apabila bertemu kawan-kawannya dia yang dulu mengucapkan salam. Dia menunggu musuhnya menyerang dulu baru dia datang memeranginya.”

Seorang penduduk Syam berkata. “Kami telah mengadu kesusahan kami kepada Herculis tetapi tidak diendahkannya. Maka Tuhan menyelamatkan kami dari kekejaman Rom dengan menghantar orang Arab. Sungguh besar nikmat yang dilimpahkan kepada kami.”

Setelah berjaya menakluk Parsi Abu Ubaidah al Jarrah dilantik menjadi Gabenor di Syam.

Apabila berlaku wabak taun dan Abu Ubaidah al Jarrah menjadi salah seorang mangsanya.

Beliau dikebumikan di Jordan.

10 comments:

  1. Salam hormat wahai Puan.

    Usai membaca novel sejarah Islam, hasil karya Abdul Latip Talip ini. Airmata bergenang, mengenangkan saat dan ketikanya umat Islam berjuang dengan penuh keperitan dalam serba kekurangan.

    Setakat mana pengorbanan aku sebagai HAMBA ALLAH ?

    ReplyDelete
  2. salam kak..
    terasa kerdilnya diri ini..
    apa pengorbanan yang diberikan kepada agama??
    Nak beli buku ni macamana yerk?

    ReplyDelete
  3. salam kak..
    terasa kerdilnya diri ini..
    apa pengorbanan yang diberikan kepada agama??
    Nak beli buku ni macamana yerk?

    ReplyDelete
  4. Membaca sedikit ttg buku itu membuat akak ingin memilikinya...

    Terasa betapa kecilnya diri kita dibandingkan dengan mereka2 yang benar2 berjuang demi agama Islam dan cintanya mereka kepada RASULULLAH S.A.W....

    ReplyDelete
  5. ummi..bleyh x ummi poskan buku toriq bin ziyad..rituh bace org punye xsempat abes...poskan ummi!nk smbong bce!

    ReplyDelete
  6. Abang Long,
    ya..kerana itu saya suka membaca novel2 sebegini kerana ia akan membangkit kesedaran yang tinggi dlm diri .... supaya diri tidak terleka dan terlalai dengan kehidupan duniawi yang semakin menjauhkan kita dari mendapat keredhaan Allah, kehidupan duniawi yang penuh dengan kepura-puraan, yang penuh sifat materialistik...

    ReplyDelete
  7. just call me ida,
    buku ini boleh di dapati di mana-mana kedai buku MPH...

    atau boleh order online terus...

    cuba browse website PTS...ada link ke kedai buku online...

    ReplyDelete
  8. kak lady@aNIe,

    itulah...sifat para sahabah...sanggup berkorban nyawa dan harta demi agama Islam...

    ReplyDelete
  9. kak long,
    nanti ummi cari novel tu ada lagi tak kat rumah...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....