Monday, November 17, 2008

A Good Samaritan

Salam...Ya ALlah ...semalam dan hari ini sungguh terharu dan bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana tidak ku menyangka masih ada orang yang berhati mulia dan baik di kala ekonomi dunia semakin merudum dan ramai orang mengambil kesempatan di atas kelemahan dan kesusahan orang lain.

Al-kisah pada hari sabtu yang lalu, anakku Ammar balik dari asrama, singgah sebentar di rumah untuk makan tengahari. Selepas solat zohor, semasa hendak menghantar Wafa' dan Anas ke stensen komuter, Ammar juga hendak mengikut, katanya hendak ke rumah kawan di Subang Jaya. lalu aku terus menghantar mereka bertiga menaiki komuter.

Semalam Ahad tghr, dapat sms dari Ammar, mengatakan dompet beliau hilang, tertinggal dalam teksi, dan bila sedar sudah lambat... bila patah balik teksi dah tak ada. sebenarnya Ammar baru sahaja membeli kad sim yg baru (prepaid) dan terdapat RM50.00 dalam dompet itu. Kad sim yg baharu itu masih disimpan dalam dompet tersebut.

Sebenarnya aku tak kisah sangat jika kehilangan wang tersebut, tetapi yang aku paling runsing ialah kad pengenalan Ammar yang ada di dalam dompet... banyaknya kerenah yang perlu dilalui jika hilang kad pengenalan... kena buat report polis terlebih dahulu. Kemudian kena pergi Penajabt pendafataran.. etc...

dipendekkan cerita, apabila Ammar menalipon nombor kad simnya yang baharu itu, pemandu teksi itu mengangkat... maka beliau pun memberitahu, selepas itu beliau cuba berpatah balik mencari anakku Ammar tapi tak berjumpa, lalu beliau memasang kad sim itu dengan harapan ada sesiapa yang akan menalipon nombor tersebut...

lalu tengahari sebentar tadi beliau telah datang ke rumahku memulangkan dompet tersebut bersama-sama kad pengenalan Ammar...ALHAMDULILLAH....

Syukur sangat-sangat....

5 comments:

  1. salam,

    sebak I baca kisah yang 1 dalam sejuta ini, semoga dimurahkan rezeki buat pemandu teksi tersebut, berkat Ammar yang selalu bantu orang lain , alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. masyaAllah!
    selalunya kes macam ni akan "gone with the wind"
    Alhamdulillah, masih ada yang punyai hati yang mulia...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, masih ada org yg amanah. Semoga Allah murahkan rezeki pemandu teksi tu...

    ReplyDelete
  4. salam,

    kak, i ni terbabas sampai to ur page, dah tersasul,,curi2 baca your post, pastu izinkna bagi komen ye...

    syukurlah ada lagi org yg baik hati mcam org teksi tu. i pun pnah gak alami benda sama, cuma yg tertinggal was my son PSP (ibarat 1/2 nyawa dia nih)..pasti tertinggal dlm bas express yg kurang berdaftar (ala2 bas tambahan). Bila sedar hilang, camna nak cari? dahla kompeni x berapa berdaftar...pendek cerita sampai jugak kembali benda tu ke tgn i, atas dasar baik hati segelintir ahli masyarakat...

    http://tangsibiru.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Seperti ada koherasi antara entri ini dgn entri saya di sini : http://celikhuruf.blogspot.com/2008/11/di-ambang-maut.html

    Semoga insan2 berhati mulia akan selalu berada sekitar hidup kita.

    salam ziarah dari saya di celikhuruf.blogspot.com

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....