Saturday, December 18, 2010

TAHNIAH PAK LATIP!

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada ABDUL LATIP TALIB atau lebih dikenali sebagi PAK LATIP dikalangan bloggers...

 Novel Sejarah Islam Abu Bakar Sahabat Sejati diberi anugerah “Buku Umum Fiksyen Terbaik”.

Pak Latip ialah seorang penulis prolifik novel sejarah Islam yang tidak asing lagi di negara kita. 
Novel-novel sejarah Islam yang ditulis oleh Pak Latip sentiasa mendapat tempat di hati pembaca-pembaca tidak kira usia... Ini disebabkan cara penulisan beliau yang menggunakan Teknik Surah Yusuf yang diperkenalkan oleh Puan Ainon, taukeh besar syarikat penerbitan PTS, menyebabkan pembaca tidak mudah merasa jemu, sepertimana jika membaca kebanyakan buku-buku sejarah yang lain...

Novel-novel beliau juga telah beberapa diulang-cetak..sehinggakan beliau sudah boleh dianggap sebagai jutawan hasil daripada menerima royalti.

 Saya pernah berjumpa Pak Latip beberapa kali kerana memesan novel-novel beliau untuk saya dan rakan-rakan sepejabat. Boleh baca di sini dan di sini.
Beberapa bulan lepas saya telah berkunjung ke rumah beliau buat pertama kali kerana menghadiri majlis perkahwinan anak beliau.

5 comments:

  1. Tahniah juga dari akak buat penulis novel yang dikenali ramai itu... akak pun minat juga novel2 beliau... semoga beliau akan terus menulis...

    ReplyDelete
  2. salam...jemput join contest d blog saya... =)

    http://jannatul-ardilla.blogspot.com/2010/11/game-for-fun-favorite-photo-contest.html

    ReplyDelete
  3. Salam Azzah,

    Memang beliau dah kaya-raya dgn royalti menulis buku. Dari kita kecik sampai kita dah ada anak, cuba bayangkan berapa lama dah....

    ReplyDelete
  4. Salam Azzah8,

    Tahniah kpd Pak Latip. Kelebihan yg digunakan utk menafaat ramai.

    Saya nak tulis blog pun berterabur huhuhu

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Puan Prof.

    Terima kasih dengan entri ucapan tahniah untuk saya. Semoga puan juga beroleh kejayaan...

    Saya masih ingat pada tahun 2007 puan memesan banyak novel sejarah Islam untuk puan dan kawan2 di UiTM dan pembelian itu dibuat melalui saya. Dua kali saya menghantar buku itu kepada puan dalam jumlah yang agak banyak.

    Terima kasih kerana Puan Prof terus memberi sokongan hingga sekarang...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....