Tuesday, December 14, 2010

Pertemuan Semula...

Awal 80an, 4 orang anak dara sunti dari 4 pelusuk kampung, yang akan kelihatan tersangat kagum  apabila berkunjung ke bandar besar seperti Kuala Lumpur, apatah lagi menaiki kapalterbang. 

Buat pertama kali mereka bertemu apabila diumumkan akan dihantar oleh JPA ke suatu bandar di USA untuk melanjutkan pelajaran. Kami berempat, dipanggil dengan nama panggilan Along, Angah, Uda dan Achik. MasyaAllah... Bukan direka, tetapi itulah panggilan kami semasa di kampung. Sesungguhnya aturan Allah itu sangat cantik!

Empat tahun berlalu, setelah tamat pada peringkat degree, 2 orang daripada kami balik bercuti ke Malaysia sebelum meneruskan pengajian pada peringkat Masters. Manakala saya tidak balik, terus mendaftar ke universiti di mana saya akan melanjutkan pengajian. 

Namun rezeki Allah tiada siapa menduga, kedua-dua rakan saya tidak dapat kembali ke USA untuk melanjutkan pelajaran kerana waktu itu Malaysia mengalami inflasi, ekonomi Malaysia jatuh merudum....lalu mereka dinasihatkan oleh JPA agar sambung di Malaysia atau terus mencari kerja.  Namun begitu, di saat ekonomi sebegitu, mencari kerja ibarat mencari sebatang jarum dalam longgokan jerami padi... kebanyakan organisasi hanya berminat hendak mengurangkan atau membuang pekerja, bukannya hendak mencari pekerja.
Tahun demi tahun berlalu, pengajian dan kehidupan diteruskan...setelah tamat pengajian..saya pulang ke tanah air... lalu bermulalah pencarian kedua-dua orang sahabat baik saya ini... 1 tahun.. 2 tahun...... 5 tahun...... 10 tahun ................20 tahun.....
saya berjaya menjejaki salah seorang sahaja, iaitu Along... namun Achik...sehingga 2010.... iaitu 23 tahun selepas berpisah, masih tidak berjumpa....
Kesibukan dengan kerjaya dan keluarga akhirnya membuat saya tidak lagi meneruskan usaha untuk mencari beliau...
Namun disuatu sudut di hati kecil saya, masih mengharapkan sesuatu...

Alhamdulillah, Akhirnya............

beberapa hari lepas, sewaktu saya login ke laman sosial "muka buku" , tertera satu notis terdapat seseorang hendak "add" saya sebagai kawan....
sekali pandang nama tersebut, saya seperti biasa... 
tetapi kali kedua saya baca..... Ya Allah............ betulkah nama itu yang saya baca????
Nama seseorang yang sudah lama saya cari semenjak saya join "muka buku" ...

Achik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Amat teruja sehingga saya rasa tangan saya menggeletar sewaktu menerima dia sebagai "kawan" di "muka buku".....
semakin teruja apabila dia mengatakan dia berada di rumah kakak beliau di KL! 
terus temujanji dibuat malam itu juga kami bertemu...

Ya Allah...Ya Tuhanku...
Syukur Alhamdulillah...

8 comments:

  1. Salam Azzah,

    Mana gambarnya?

    Kakak dapat bayangkan pertemuan yg mengundang airmata kegembiraan....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Azzah

    Allahuakbar
    Alhamdulillah
    moga ukhwah berterusan

    kami tunggu albun kenanggan itu...

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Azzah,

    Alhamdulillah..
    Pasti seronokkan..byk cerita nak dikongsi dan nak dirungkai..

    ReplyDelete
  4. Salam Azzah,

    Jejak kasih versi muka buku. Tentu seronok dapat jumpa kawan yg dah lama hilang.

    Dua bulan lepas pun ada kawan saya yg sama2 belajar dulu add saya di muka buku. Mungkin nama saya ni unik (rasanya cuma ada satu Yunus Badawi) maka dia dpt menjejak saya.

    ReplyDelete
  5. YB, mula-mula saya ingat YB ni adik-beradik dengan mantan PM kita dulu... ke memang betul?

    ReplyDelete
  6. KakZakie,

    memang teruja sungguh dapat bertemu sahabat lama...

    tapi buat masa ini tak dapat siarkan gambarnya atas permintaan seseorang

    ReplyDelete
  7. subhanallah, semua terjadi dengan kehendakNYA.

    ReplyDelete
  8. Salam

    Best kan akak, hajat tercapai.

    Dan terima kasih banyak2, saya dapat buku tu. Love you very much!

    *happy*

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....