Wednesday, December 22, 2010

Keputusan PMR 2010

Salam, lumrah kehidupan, kita tidak lepas diuji dan menguji.  Setiap orang yang bergelar pelajar pasti melalui proses pengujian di atas pemahaman mereka terhadap segala ilmu yang telah dipelajari dari guru mereka.  Samada ilmu yang disampaikan itu dapat dicerna dan difahami oleh pelajar akan dapat diketahui dari keputusan peperiksaan mereka.

Esok, Khamis, 23 Disember 2010. adalah tarikh keramat bagi calon-calon pelajar yang menduduki peperiksaan PMR 2010...
Mesti ramai di antara blogger juga yang terdiri dari pelajar tingkatan 3, sedang berdebar-debar tahap maksima (pinjam kata-kata anak saya) menunggu keputusan mereka diumumkan esok...
Sesiapa antara blogger tu silalah tinggalkan jejak anda di sini...

hurm...sedang countdown ke tu...? lagi berapa jam ek? 
Mesti malam ni tak tidur lena kan....

******************************
Pengalaman saya pula semasa SRP (zaman saya dahulu di sebut SRP - Sijil Rendah Pelajaran) bukan PMR.

Hari keputusan diumumkan, pagi-pagi lagi saya dah bersiap.  Debaran di hati ini rasanya macam bunyi drum.... semakin kuat dan laju... saya pergi ke sekolah saya (sekolah kampung aje nun di selatan tanahair) bersama-sama kakak sepupu.  
Sampai sahaja di sekolah, sudah kelihatan ramai pelajar-pelajar lain menunggu di hadapan papan kenyataan di luar bilik guru...semakin tidak tentu arah hati ini... namun secara zahirnya saya cuba kelihatan tenang.
Tidak saya sedari tiba-tiba diri ini sudah berada di hadpan papan kenyataan itu...satu-persatu nama yang tertera di baca.... sampai sahaja kepada senarai nama yang bermula dengan huruf 'N' semakin terasa debaran ini...
dah akhirnya ....kubaca namaku sendiri di dalam hati...dan anak mata ini terus melorot ke arah keputusan yang tertera di sebelah nama ku.....
Ya Allah.... betul ke itu keputusan ku? berkali-kali kubaca... akhirnya menyuruh kakak sepupu ku menyemak semula....dan dia mengangguk memberi isyarat kepadaku..

Ya Allah...Syukur keHadrat Mu Ya Allah...
di atas rezeki yang Engkau kurniakan kepadaku...
diri ini tidak sabar hendak pulang ke rumah kerana ingin berkongsi kegembiraanku itu...(zaman itu manalah ada handphone nak telefon emak... nak guna telefon awam pula sudah ramai yang beratur menunggu giliran..)

Ada cerita di sebalik kejayaan saya itu.  Alhamdulillah sememangnya itu semua sudah tertulis dan takdir, tetapi perlu juga diiringi dengan usaha dan doa yang tidak putus-putus ..

Sebenarnya sejak awal tahun semasa tingkatan 3 saya berazam hendak mencapai keputusan yang cemerlang dalam SRP.  Kerana apa?

1.  Saya hendak masuk sekolah berasrama penuh. 
Saya terlepas peluang semasa tingkatan 1 kerana mungkin tiada rezeki saya, walaupun keputusan penilaian darjah 5 saya sangat baik. (zaman saya tiada UPSR, hanya ada Ujian Penilaian darjah 5). Oleh itu saya sangat berharap dapat masuk ketika tingkatan 4.

2. Saya hendak membuktikan kepada keluarga dan sedara-mara saya, bahawa BUDAK KAMPUNG pun boleh dapat keputusan cemerlang.(Sebenarnya saya berazam untuk mencapai kelutusan yang lebih baik dari sepupu sebelah rumah saya yang bersekolah di MCKK!!! Masa itu memang terasa sangat kalau sedara mara cakap.."si polan anak si polan itu mesti dapat bagus sebab sekolah asrama , sekolah MCKK...ialah..sekolah paling top di Malaya!) 

The rest is history..................................

8 comments:

  1. Yup the rest is history. Azzah mmg pandai dari dulu lagi. Itu sebab boleh jadi pensyarah. Tahniah.

    Ada anak yg ambil PMR ke tahun ni?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Azzah

    saya pun bedebar ni
    tapi dah boleh agak

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. salam.

    contest hari tu saya dapat tahu Zala itu anak awak rupanya.

    anak2 saya yang besar juga ada blog sendiri . yang kecik pula2 ada fb.

    dunia sudah berubah. ayah dia kenalah ikut perubahan juga kan ?

    ReplyDelete
  4. YB1, saya ada anak yang ambil PMR tahun ini...yang ada blog tu...

    Zala Wajik (bukan nama sebenar)

    ReplyDelete
  5. YB2, tahniah berjaya menjadi pengomen pertama... tapi tak ada hadiah lah YB....sorry ya...

    ReplyDelete
  6. Rozali,

    berdebar kerana ada anak yang ambil PMR ke?

    ReplyDelete
  7. al-lavendari,

    oppss...zala wajik (bukan nama sebenar) memang anak saya ke-5, sedang menunggu keputusan PMR...
    butterflies in the stomach!

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....