Thursday, December 9, 2010

Bersedia menghadapi inflasi 2011

Adakah anda bersedia? 

Baru-baru ini kerajaan telah pun menaikkan harga petrol dan gula ... 

dalam proses untuk mengurangkan kadar subsidi..

bermakna rakyat marhaen seperti kita ini perlu bersedia untuk membayar lebih untk  barangan runcit dan minyak petrol ...

Oleh itu apa yang perlu kita lakukan?

Pertama sekali kita perlu melihat semula budget kita...berapa pendapatan dan berapa perbelanjaan kita... 
Cuba lihat apa perbelanjaan yang boleh kita kurangkan? 

Lihat gaya hidup kita? 

Adakah kita gemar makan diluar? - Bagi yang bekerja mungkin selalu keluar minum pukul 10 pagi? tengahari keluar lagi lunch....

Ini memerlukan perbelanjaan yang banyak...kita boleh memulakan dengan membawa bekal sendiri untuk sarapan... dan kalau boleh masak di rumah...bawa bekal untuk lunch juga...selain dapat menjimatkan masa, kita juga dapat menjimatkan wang perbelanjaan..

Adakah kita gemar membeli barang2 bukan keperluan? 

Kita boleh kurangkan dengan mengurangkan mengunjungi shopping complex ... kadang-kala kita tak ada tujuan pun nak beli apa-apa ... tetapi di sebabkan ada SALE, kita pun beli..sedangkan kita TIDAK memerlukan barangan tersebut PUN!

Apabila dapat gaji, asingkan 30% dari gaji kita untuk simpanan... tak kisah dalam bentuk apa pun ...
dan banyak lagi yang boleh kita lakukan utk mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu..

Apa pendapat anda? Apa yang anda lakukan untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu ini?

baca lebih lanjut di sini: 
http://www.theborneopost.com/?p=79350

2 comments:

  1. salam perkenalan...kunjung kesini. TK ziarah AGK & follow juga.


    hadapi inflasi - amalkan berjimat! kalau keluar ke bandar - ade je nak dibeli...oleh itu tidak perlu keluar jika tidak penting !

    ReplyDelete
  2. sedang bersedih, camnerlah nasib kelak, gaji pun tak cukup.....

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....