Wednesday, December 15, 2010

saman

Sudah setahun saya berdaftar dengan myeg.com.my

Kenapa? 
Waktu itu saya sahaja hendak melihat apakah servis yang ditawarkan oleh  My E.G. Services Berhad.
Banyak servis yang ditawarkan untuk anda gunakan...terutama mereka yang tidak ada masa hendak beratur di kaunter untuk memperbaharui insuran kenderaan, cukai jalan, lesen memandu dsbnya.. sangat mudah...hanya klik klik klik... dan lesen memandu anda sudah diperbaharui...hanya perlu tunggu beberapa hari untuk mendapatkan lesen yang baharu dan slip pembayaran.

Tetapi untuk memperbaharui cukai jalan, anda perlu "bersih" dari segala saman!!!

Apabila saya check, terdapat 2 saman yang saya terima...itu pun untuk tahun 2007 dan 2008.
satu di Subang Jaya dan satu lagi di Batu Pahat (yang ini masa balik kampung lah...)
tetapi kedua-dua saman itu bukan saya yang pandu, samada anak saya atau suami saya...

Ambil kesempatan SEKARANG, kerana PDRM menawarkan potongan 50% ke atas saman tersebut...

Hurm...hari ini melayang RM300 untuk kedua-dua saman tersebut...
(kalau tak kena bayar RM600)

CEPAT CEPAT 
berdaftar dengan myeg.com.my 
check saman anda
selesaikan segera
dan anda boleh perbaharui lesen memandu dan cukai jalan dengan selamat...

klik sini myeg.com.my

19 comments:

  1. sabar je la kana saman.. buat beringat kata bersama.. hehe

    anyway.. blog anda menarik dan follow anda..

    ReplyDelete
  2. Salam Azzah,

    Bayar jangan tak bayar.... Tapi sayang kan RM 300/- tu. Boleh makan malam sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. saya pun baru rabak 400...aduyai rasa tobat nak bawa laju dah...tp bila pegang stering,erm...

    ReplyDelete
  4. hehe...kesian...dah la xboleh nak mintak diskaun skrg

    ReplyDelete
  5. Azzah...akak pun ade 2 saman... tak beres lagik

    ReplyDelete
  6. Magrib,
    terimakasih sebab follow..

    sabar lah ni...Alhamdulilah dpt diskaun 50% ..

    ReplyDelete
  7. Kak Zakie,

    nak buat mcmn ,,,huhu...kenalah bayar juga walaupun bukan saya yang bawak laju....(saya rakyat mithali tau...bawa kereta ikut had laju...heheh)
    kalau tidak saya tak boleh nak renew road tax kereta saya tahun depan...

    ReplyDelete
  8. Sham...

    bila pegang stereng tak ingat dunia ek? ... bak jalan itu ana yang punya!

    hehehe

    ReplyDelete
  9. E.d. Y

    dah diskaun 50% lah tu...kalau tidak kena bayar lagi banyak..

    ReplyDelete
  10. Kak Anie,

    cepat gi bayar...nanti dah dekat tamat tempoh bg diskaun ni lagi ramai orang...

    ReplyDelete
  11. banyakkan bersabar ye...
    dtg dtg blog en.Ben ke sini utk merapatkan silaturrahim... slam ukhuwah

    ReplyDelete
  12. hanya ada saman parking aje...
    yang lain dah selamat dalam poket PDRM... huhu..

    ReplyDelete
  13. Salam Azzah.

    Bulan lepas saya baharui cukai jalan kereta saya menggunakan myeg. Memang cepat. Keesokannya saya dah dapat cukai jalan yg baru.

    ReplyDelete
  14. Masa nak barui cukai tu saya ada saman tertunggak. Ada yg dah disenarai hitamkan dan ada yg belum. Satu dari yg belum tu dah lebih 7 tahun. Setahu saya, saya dah bayar saman tu tapi resit entah dah ke mana. Maklumlah dah lama sangat.

    Satu lagi saman entah kat mana kena tembak oleh polis trafik. Seingat saya tak pernah ke tempat tu. huhuhu

    ReplyDelete
  15. Oh ya baru saya perasan. Jam di blog Azzah ni lambat. hehehe

    ReplyDelete
  16. baru bayar saman atas nama akak..tapi bukan akak yang bawak..huhu

    ReplyDelete
  17. masa saya perbaharui cukai jalan bulan Julai dulu, tak boleh kurang sikit pun samannya...kekal Rm300..

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....