Saturday, December 4, 2010

Satu kebetulan?

Adakah ini satu kebetulan?
selepas kejadian semalam (sila baca entri sebelum ini), 
hari ini terfikir setelah teringat kata-kata seseorang suatu masa dulu (entah zaman batu bila dulu...) mengenai kereta ini lah. 

Orang tu kata, kita jangan cakap apa-apa yang tak baik/elok pada kereta kita semasa kita sedang pakai kereta tu...nanti kereta tu "merajuk"..

hurmmm..?? kereta merajuk???? 

contohnya macam kes inilah...bukan lah saya cakap perkara tak elok pada kereta ni, cuma saya pernah bercakap kepada anak bongsu saya, yang saya sedang berfikir-fikir nak cat baru kereta ni dan nak jual dan tukar kereta baru.  (Al-maklum lah "baju" yang dipakainya dah lusuh..nak bagi baju baru lah...)

Anak bongsu saya ni pulak pergi lah canang sana-sini pada abang2 dan kakak2 dia yang ummi nak tukar kereta baru... semasa di rumah, dalam kereta semasa nak gi kedai, nak gi airport hantar abi...diulang-ulangnya cerita tu...

tak lama lepas tu... jadilah kejadian semalam tu...pastu saya terfikirlah cerita orang tu berkenaan kereta "merajuk" ...

tapiiiiiiii...

semua ni kan dah suratan takdir... nak jadi-jadi lah...

bukan pasal "merajuk" pulak kan...

 kalau kita percaya ni, macam percaya cerita tahyul aje...

heeee...na'uzubillahi minzalik...

tak mahulah termasuk mensyirikkan Allah pula...

10 comments:

  1. Salam Azzah,

    Sebenarnya dah tertulis di loh mahfuz yg accident tu akan terjadi semalam. Jadi Allah dah bagi peluang dgn kejadian itu dapatlah kereta itu cat baru dan boleh jual lepas tu. Daaaaannnn.... bolehlah tukar kereta baru. Mesti si bungsu tu gembira.....

    ReplyDelete
  2. Salam Kakzakie,

    itulah..jangan kita sekali-kali terpesong daripada mempercayai qada' dan qadar Allah SWT. Semua kejadian sudah tertulis di Lauh Mahfuz ... walaupun hanya sebesar zarah sekali pun...

    Teriamaksih kakzakie atas pandangan akak...

    ReplyDelete
  3. Salam Azzah,

    Saya pun ada dengar org cakap mcm tu. Dan kebiasaannya sesuatu terjadi kpd kereta tu. Tapi ini semua kebetulan saja.

    ReplyDelete
  4. Ini bukan kereta dara yg Azzah beli masa mula kerja dulu kan?

    ReplyDelete
  5. Azzah nak beli kereta Swift ke? Bolehlah Atikah tumpang pergi Sec 2 kalau nak keluar makan hehehe

    ReplyDelete
  6. dulu abah time drive kete kt highway ade gak kate nk kne tuka enjin baru,,,xsmpai setengah jam tetibe enjin meletup time drive,,,cmne ntah leh jd,,,maka kete tesadai la ditepi highway pastu,,,cm cumel pon ade bab kete majuk ni,,,

    ReplyDelete
  7. YB1,

    Semua dah di takdirkan Allah akan berlaku ...

    ReplyDelete
  8. YB2,
    bukan...kereta dara tu masih ada lagi..sekarang anak yang lain pula pakai...

    ReplyDelete
  9. YB3,
    Atikah anak YB yang ke berapa? dia belajar di UiTM Shah Alam juga ke? ambil program apa?

    ReplyDelete
  10. Maryam,

    kesian kereta tu kena tinggal tepi highway kan...
    sekarang mesti dah dapat kereta baru kan..

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....