Madah Sumayyah
Suamiku
Bunga semalam telah layu
Gugur dari jambangannya
Mujur...
Cinta kita
Bukan itu lambangnya
Mulutku telah kaku merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu...
Kerna kini kau seorang mujahid
yang rindu memburu syahid
Maaf kiranya tutur dan tingkah
Senyum dan seri wajah
Pudar dan hambar di matamu
Padaku baru belajar
Menjadi seorang mujahidah...
Aku kini hanya mendoakan
agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya...
bukan aku sebagai Sumayyahmu!
Dalam tangis kucuba senyum
tika kau keluar bermusafir
Seperti redhanya Siti Hajar
waktu ditinggalkan Ibrahim
Biarlah kita berpisah
selalu derita
Kerana Syurga menagih ujian berat
Sedang neraka itu...
dipagar ribuan nikmat!
nukilan: Pahrol Mohamed Juoi
Solusi(26)
salam ziarah....salam kenal dari saya untuk kak zah ...
ReplyDelete( boleh...)....takder cb...komen kira terima yer....saya rasa seronok dapat kenal ngan blog ni....
saya ada abg ipar duduk kat pontian...tapi pekan nenas...seorang pendidik disana....
Selamat berkenalan yer kak....lain kali rajin2 datang blog saya
masih minat lagu sumaiyyah sampai kini..
ReplyDeleteJustDilla79,
ReplyDeletesalam perkenalan dari akak juga...
pekan nenas..? dekat aja tu dengankampung akak..kampung di Rimba Terjun, jalan ke Kukup tu...
IM,
ReplyDeletesaya pun minat juga