Friday, December 3, 2010

Facebook? Hati-hati jangan tertipu

Guru wanita kerugian RM15,000 ditipu rakan Facebook


2010/12/02

KOTA BHARU: Seorang guru wanita kerugian RM15,000 selepas dipercayai ditipu seorang kenalan melalui laman sosial Facebook. 

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, ACP Mazlan Lazim, berkata ia berlaku selepas beberapa minggu guru wanita dari Taman Uda Murni, dekat sini, berkenalan dengan seorang lelaki yang dipercayai berasal dari Iraq.
Katanya, pada 30 November lalu, suspek menghantar khidmat pesanan ringkas melalui laman sosial itu kepada mangsa mengenai hasratnya untuk mempelajari agama Islam.
"Bagaimanapun, suspek menghubungi mangsa semalam bahawa dia menghadapi masalah dengan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana membawa sejumlah besar wang pound sterling yang tidak diisytihar. 

"Selepas menerima panggilan dari suspek itu, mangsa sekali lagi menerima panggilan dari seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen dan bertanya sama ada mangsa mengenali suspek. 

"Wanita itu memperkenalkan diri sebagai Fatimah dan dia dikatakan telah menawarkan diri untuk membantu membebaskan suspek dengan syarat mangsa membuat bayaran sebanyak RM15,000. 

"Selepas membuat transaksi, mangsa kemudian telah menghubungi pihak Imigresen KLIA untuk memaklumkan perkara itu (kemasukan wang) tetapi mangsa dimaklumkan bahawa wanita yang mendakwa sebagai Fatimah itu bukan kakitangan jabatan itu di KLIA," katanya. 
Mazlan berkata, selepas menyedari beliau tertipu, mangsa cuba menghubungi suspek tetapi tidak berjaya sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu. - BERNAMA

sumber: Berita Harian Online

6 comments:

  1. sebelum ni pun byk kes penipuan te;ah berlaku...knp org x amik pengajaran ea?

    ReplyDelete
  2. ramai yang gunakan agama untuk menipu.

    each and everybody should have extra cautious for each and everything especially regarding this matter. kalu tetiba ada orang nak pinjam duit ribu riban tu, analyze abis2 situasi tu. contact sndri pihak yg dikatkan terlibat.

    jangan dah jadik mcm ni baru nak menyesal tak sudah

    ReplyDelete
  3. Cik Moon,
    mintak dijauhkan dari kita perkara yang buruk ini ... kena selalu baca dan ambil pengajaran dari kes orang lain...

    ReplyDelete
  4. betul 2 kak...
    kena sentiasa beringat...
    apa lagi dgn orang yang kita bru kenal...

    ReplyDelete
  5. Kenapalah senang sangat beri wang dengan jumlah yang banyak kepada orang yg baru kita kenal...

    Macam-macam cara penipuan sekarang. Dengan orang yang kita kenal pun tak boleh percaya 100 % sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. uihhh macam macam kes jadi dengan facebook ni

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....