Thursday, December 30, 2010

Piala AFF Suzuki 2010

Sana sini bola... 
semua orang telah, sedang dan akan bercakap mengenai pertandingan bola malam semalam di antara pasukan harimau Malaya dengan Garuda...

punyai anak bujang seramai 5 orang di rumah bersama abi... memang perlu menonton bola sama ..agar saya faham dan tahu apa yang mereka bualkan tentang bola...

rasanya rata-rata semua orang sudah maklum keputusan perlawan semalam, dan PM pun dah umumkan Jumaat ini cuti ... (tapi bagaimana pula dengan orang Terengganu dan Kelantan yang memang sudah sedia maklum memang cuti pada hari Jumaat??? Adakah mereka akan menuntut agar Ahad juga cuti bagi mereka???

tapi malam semalam Kak Long ajak pergi Giant shopping barang-barang kering yang perlu dibawa ke Jordan semula... flight kak long hari Sabtu ini...
sampai sahaja di Giant ... Alhamdulillah ...memang sudah ku jangkakan... pasaraya Giant lengang sahaja... lazimnya pasaraya ini mesti sentiasa penuh dengan orang ramai yang shopping barang2 keperluan dapur...
apalagi....ni mesti semua bapak-bapak sedang duduk mengadap TV dan juga memenuhi kedai-kedai mamak di seluruh negara...! 
kalau ada ibu-ibu yang ajak shopping waktu itu, mesti bapak-bapak kata .... 
"yang, kita shopping malam esok aja lah ya..."

 
TAHNIAH buat pasukan Malaysia..!

 Diharap, dalam keseronokan meraikan kejayaan ini, jangan ditinggal solat Maghrib dan Isya'... sepatutnya kesyukuran patut dipanjatkan ke hadrat Allah SWT .....

3 comments:

  1. salam...

    buka je pc, terjah alam maya semuanya bercerita ttg bola...
    kat umah ummi hubby sorg jer ngadap tv, anak bujang msh di kmpg .. tapi sesekali dgr gak suara dia jerit gol...bagi kwn2 yg bkerja ofis tntu seronok dpt cuti , ummi cam biasa jer le ...
    he he he saper nk bagi cuti pada org tak kerja...

    ReplyDelete
  2. Salam Azzah,

    Rumah kakak seorang aje lelaki jadi kakak jadi peneman kerana anak tengok Indiana Jones. Kakak macam dah terasa M'sia menang sebab kalau Indonesia nak menang dia kena dapat at least 4 gol!! Wow susah tu kan.

    Alahai kita dah menang pun. Esok pulak cuti bestnya....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Azzah

    Tahniah tahniah

    tahniah juga pada kak long
    moga terus berjaya

    Wassalam

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....