Didiklah jiwa kita agar selalu bersyukur dengan sifat Qanaah.
Apakah sifat qanaah?
QANAAH ialah kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah.
Dikatakan bahawa Allah menentukan lima perkara pada lima tempat iaitu :
kemuliaan pada ketaatan,
kehinaan pada maksiat,
kehebatan pada ibadat malam,
hikmat kebijaksanaan pada perut yang kosong
dan
kekayaan pada sifat qanaah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Hadis riwayat al-Baihaqi)
perut yang kosong akan menatijahkan hikmat kebijaksanaan ..
ReplyDeletebetullah - sebab bila kekenyangan, mata asyik nak tertutup jer .. macamana nak masuk pelajaran dan macam mana nak berfikir kalau dah macam tu kan.
Assalamualaikum Azzah
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan tuuu
WAssalam
Salam kak Azzah.
ReplyDeleteTime kasih untuk entri ni. :) Kekadang kite ni terleka dan asik terbuai dengan nikmat dunie...
Salam Azzah,
ReplyDeleteBila kenyang mulut kata Alhamdulillah.... Moga mulut dan hati punya maksud yang sama. Rezeki tetap ada buat kita yg berusaha dan bersyukur atas segala nikmat yang diberi olehNya...