N3 ini mengisahkan hobi ke-3 iaitu membaca. Sejak dari kecil aku memang suka membaca apa sahaja bahan bacaan yang boleh didapati. Kecil2 suka baca komik kartun dan buku cerita yang ringan dan cerpen. Apabila semakin dewasa sudah mula berjinak2 dgn novel. Apa sahaja novel yang boleh kupinjam dari kawan, perpustakaan sekolah atau perpustakaan awam (tapi jarang pergi kerana dulu tak banyak pilihan, dulu juga tak mampu nak beli, kalau nak beli jugak, kena simpan duit belanja sekolah sikit2).
Teringat semasa remaja, kakak ku cukup sakit hati jika aku mendapat sesebuah buku utk dibaca. Bukan apa, kerana mmg sifatku kalau dah start baca satu buku tu, aku tidak akan berhenti membaca sehinggalah sampai ke penghujungnya dan tahu apa kesudahan cerita. Aku seolah-olah berada dalam dunia lain...duniaku tersendiri..... Ini akan menyebabkan aku meng'abai'kan segala kerja yg disuruhnya....! Akhirnya dia kena/terpaksa menghabiskan kerja yg aku sedang buat...mana dia tak sakit hati...hehehe....
Contohnya jika giliranku mengemas rumah, sedang menyapu tiba2 terjumpa novel di kerusi, apa lagi...terus berhenti dan duduk membaca...sehinggalah ke akhir mukasurat..!!! Tugas mengemas dan menyapu tidak selesai...!!! Kesiann kakak ku....
Sekarang tidak pernah lupa untuk mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa KL utk mendapatkan koleksi buku2 terkini (kecuali tahun ini, kami ada sesuatu perkara sehingga terlepas pesta buku tersebut). Antara novel yang aku suka baca adalah novel karya Arena Wati, Pak Sako, Shahnon Ahmad dan A.Samad Said.
Melalui blogsphere ini, aku telah mengenali beberapa orang penulis yang sedang mengukir nama di persada sastera tanahair, di antaranya ezee rahmani, Abdul Latip Talib dan Lily Haslina.
Baru-baru ini aku telah memesan beberapa novel sejarah pahlawan islam yang ditulis oleh Pak Latip.... Aku sangat teruja untuk membacanya kerana ingin mengetahui bagaimana kisah sejarah pahlawan Islam ini di sampaikan.
Aku ketika itu sudah dapat mengagak apa isi kandungannya, menjawab, "Oh..ummi beli buku cerita..."
Anas berkata lagi, "Nak tengok..."
"Ok...Anas bukak lah ...kita tengok buku apa"
Tapi anakku Anas berkata, " alaaa....Anas nak baca yang itu..."
"Hurm...okay lah..., bagi ummi baca Ikramah Penentang Jadi Pembela "...
Jadi waktu-waktu seterusnya tenggelam lah kami dalam dunia pembacaan kami mengenai sejarah pahlawan islam....
Tepat pukul 5:30 ptg..... aku habis membaca buku tersebut.... dalam masa 3 jam sahaja!!!
Aku pun mencari anakku Anas hendak memberitahunya bahawa aku sudah habis baca,
"Mana Anas ni..?"
"Anas di dapur, tgh goreng roti canai..." kata bibik...
dan aku lihat......
Pukul 6 ptg aku ada program di rumah sahabat. Lebih kurang pukul 9 malam aku pulang ke rumah, buka sahaja pintu lihat ..........
Esoknya balik dari sekolah, Anas menyambung lagi membaca dan khatam pd pukul 4 ptg....Pagi ini sebelum ke sekolah, selepas sarapan dilihat Anas sedang membaca novel ke-2, iaitu Khalid Memburu Syahid...
2-3 hari ini aku sibuk dgn kursus dan bengkel, jadi tak sempat nak sambung baca...tunggu weekend nanti....
** utk Pak Latip, insyaAllah saya akan bagi komen / pendapat tidak lama lagi .... hurm..tak sabar nak habiskan kesemua novel tersebut...
2-3 hari ini aku sibuk dgn kursus dan bengkel, jadi tak sempat nak sambung baca...tunggu weekend nanti....
** utk Pak Latip, insyaAllah saya akan bagi komen / pendapat tidak lama lagi .... hurm..tak sabar nak habiskan kesemua novel tersebut...
Assalamualaikum
ReplyDeleteMohon izin salin gambar-gambar untuk disiarkan dalam blog saya.
Pak Latip,
ReplyDeleteDipersilakan dengan berbesar hati...
laa...saya tertinggal satu lagi buku... Tariq... nanti bulan depan saya order dengan novel Beraraklah Awan Pilu...tapikan lagi best kalau dapat tandatangan Pak Latip...
Oh Ya, saya terfikir untuk mendermakan novel sejarah Islam kpd perpustakaan sek anak saya, nanti saya pastikan kemudian ya...
Salam. Bagus hobi membaca. Tapi, I tak reti lagi membaca novel tebal-tebal. Kadang-kadang jealous tengok orang baca novel-novel yang banyak di pasaran. I ingat kena mula jinak-jinak-kan diri membaca novel. Novel melayu yang I pernah baca, I ingat ialah novel Khatijah Hashim, Badai Semalam dan satu dua yang tak ingat judulnya.
ReplyDeleteSalam kenalan...bloghopping dari blog pulutbakar.
ReplyDeletelucu pun ada bila tengok gambo anak teruna khusyuk membaca depan dapur gas tu. Nurazzah order dari Pak Latip terus ker dari mana ek?
salam,
ReplyDeleteWah , dah sampai buku-buku kisah pahlawan tu...memang kalau dah baca selagi tak habis tak henti.
Baca kisah panglima Sallehuddin al Ayubi pasti terasa kagum dengan keberaniannya apatah lagi bila tengok kesan kepahlawanannya depan mata. Ehh jadi sedih pulak nak tinggalkan bumi anbiya' nanti.
I pun tiap2 tahun pergi Pesta Buku tu. Rambang mata...
ReplyDeleteKalau dapat novel or buku yg best tu, memang kerja lain tolak tepi dulu. Masa kecik2 selalu kena marah sebab sambil makan lunch / dinner pun nak membaca......
Rasa bahagiakan bila saling berebut buku dengan anak-anak
ReplyDeletesalam..hehe..part membaca sambil memasak tu yg kagum tu..
ReplyDeletezlaa,
ReplyDeletekita ni sebenarnya mmg kena bergelumang dengan buku sepanjang hayat... tak baca novel pun, kena baca buku2 akademik sebab nak ajar..then bidang kita ni(Sains Komputer) sentiasa sahaja ada yang baharu...
Hurm...dulu I pernah terfikir kenapalah pilih bidang nih, sampai tua pun asyik nak kena belajar dan baca benda baru...contohnya masa belajar dulu guna COBOL dan PASCAL (zaman 80an laaa) skrg ni mana ada lagi guna language tu... so kenalah belajar c, lepas tuh rasa dahmahir guna c, keluar pulak c++, dah kena belajar c++ pulak... then JAVA... aduish... tak habis2 belajar...
azwa,
ReplyDeleteSalam Kembali. Terimakasih sudi singgah blog saya...
hehehe...mmg akak pun terkejut tgk dia kat dapur mcm tu...masa akak ambik gambar dia tu dia tak sedar pun, punya lah kyusuk baca...
akak order online terus...dari blog Pak Latip ada link ke distributor yg jual secara online.. akak ni malas nak keluar ke kedai buku cari buku tu...senang sahaja duk depan komputer...klik...klik...klik... dah dapat buku...tunggu aje kat rumah..
loveujordan,
ReplyDeleteI belum baca lagi Salahudin tu, nanti I baca mesti teringat makam2 dan kota lama peninggalan Sultan Salahudin Al-Ayubi di Jordan dan Syria...
Ambik kesempatan ini utk melawat semua tempat bersejarah sebelum pulang ke Msia..
mamamia,
itulah kan...kena simpan budget setiap tahun nak pergi pesta buku tu.. ialah we all ni kan ramai..buku ummi, buku abi, buku abang, kakak dan adik2... macam2 nak beli...
ez,
ReplyDeleteInsyaAllah akak akan order buku ez pula selepas ini...
kak long,
nasib baik tak hangus roti canai tu dek buat khusyuk sangat membaca novel tu...
Salam. Betul tu. Kita ni memang tak habis2 kena baca. Nak mengajar. Dah letih-lah. Tu yang I tak reti baca novel tebal-tebal tu. Rasa macam banyak masa nak kena spend. Buku cerita nipis-nipis okay-lah. Tapi, rasa nak try baca buku Pak Latip. Macam menarik.
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteseronoknye tgk anas baca buku sambil goreng roti canai.. nampak genius dan dia membuktikan bahawa membaca satu amalan yang kat mane2 pon kite boleh buat!
Assalamualaikum Puan Rumah. Terima kasih kerana tinggalkan jejak di blog buku saya. Ehem, saya ada lagi 1 blok, fasal katering
ReplyDeletewebsutera,
ReplyDeletesaya sudah melawat blog catering sdr, seronok tgk org melayu maju dlm business, teruskan usaha... IA kalau saya perlukan katering saya akan contact..
tumpang space sekejap,
ReplyDeleteKak Long, macam mana dgn org buat katering suka membaca & manulis, kagum tak? hihihi
wanie,
ReplyDeletedah sampai malaysia ke? buat apa sekarang?... seronok tak dapat jumpa family semua..tentu seronok kan...
Assalamualaikum
ReplyDeleteSampaikan salam saya kepada Anas semoga dia menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam pelajaran.
Elok juga Nurazzah lengkapkan koleksi novel pahlawan Islam dengan membeli Tariq Menang atau Syahid yang mengisahkan kejayaannya menakluk al Andalus atau Sepanyol.
Berarak Awan Pilu mengisahkan seorang anak mencari ayahnya di Brunei. Ada yang menangis membaca novel itu kerana ada babak-babak sedih.
Cadangan Nurazzah hendak mendermakan novel pahlawan Islam ke perpustakaan sekolah memang baik. Saya sokong. Itu adalah amal jariah Nurazzah dan pastinya mendapat pahala. InsyaAllah.
nak jugak baca berarak awan pilu tu..nanti pi cari kat kedai. Tapi tak taulah bilanya ada kelapangan!
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteBerkenan betul dengan anak teruna akak yang sorang ni, kalau saya ada anak perempuan memang teringin nak buat menantu.
Saya dah lama dok teringin nak baca cerita-cerita Bahasa Melayu yang bermutu, yang saya jumpa banyaknya crap. Kalau tulisan penulis Melayu pun yang saya suka semua English. Mana nak cari ye? Ada website ke?
Salam..saya pun macam akak, kalau baca novel tu sanggup tidur lewat, nak bagi habis cepat. Alhamdulliaah anak-anak pun suka baca novel-novel dan buku-buku lain. Tapi saya pun kena banyak membaca dan terus membaca untuk tambah ilmu sebab bila berdepan dengan klien saya kena ada idea nak cakap apa, tambah-tambah bila ceramah...benda yang saya tak suka tapi kena buat juga la... Saya pun nak order la buku Pak Latip tu..nanti nak bloghop blog dia.
ReplyDeletekak nur,
ReplyDeletebagus ye kak. hobi akak menjadi ikutan anak2 yang gemar membaca.
suka tengok gambar anak bujang akak membaca depan kuali roti canai tu :)
Pak Latip,
ReplyDeletebgmn kalau saya nak minta tolong Pak Latip belikan dan tandatangan sikit kat dalam buku2 tu dan Pak Letip tolong pos, lepas tu Pak Latip bg tau saya no akaun Pak Latip ke, saya bank in kan duit...
boleh ke?
maklang,
ReplyDeletejom pakat pi kedai ... hurm... tapi tak da masa lah... saya suka order online jek..
ARI,
Salam Perkenalan. Terimakasih sudi tinggalkan jejak di blog saya.
hurm..anak saya tu baru je nak PMR...hehehe..muda lagi lah nak buat menantu...
Nur,
ReplyDeleteTeruskan hobi membaca tu.. anak2 akan ikut kita jika selalu lihat ibu bapa baca buku... apalagi kalau selalu kena bagi seramah macam nur.
Raiyan,
Alhamdulillah, kat rumah akak ni tak ada banyak barang perhiasan, tapi banyak buku..kat mana2 ada buku, ruang tamu, bilik tidur, ruang rehat... kat atas di ruang keluarga akak buat macam mini library.. dah mmg profession akak pun kena baca buku2 ilmiah ni.. mmg bergelumang dgn buku lah nampaknya...
Raiyan pun kata bukak kedai buku kan.? Alhamdulillah... dalam Islam ni pun di galakkan kita menimba ilmu dari pembacaan selain dari menuntut dari guru2..cuma kita kena pandailah mencari ilmu yang berguna kan..
Saya juga amat gemar membaca. Saya akan nantikan review buku-buku yang telah dibaca oleh Akak. SAya baru berminat dengan sastera melayu.
ReplyDeleteBila saya membaca - sama seperti akak, tak puas hati selagi tak habis baca. TApi bila dah tinggal 2-3 babak terakhir, mesti rasa "alahai, dah nak habis dah ke buku ni?"
terutama jika buku tu menarik isikandungannya.
Dah 2-3 kali terbaca nama Salahudin dan Berarak awan pilu. Hmmm... akan saya nantikan review2 dari Akak nanti.
p/s: tentu seorang ibu berasa gembira melihat anaknya memegang buku kan?
Pak Latip,
ReplyDeletebgmn kalau saya nak minta tolong Pak Latip belikan dan tandatangan sikit kat dalam buku2 tu dan Pak Letip tolong pos, lepas tu Pak Latip bg tau saya no akaun Pak Latip ke, saya bank in kan duit...
boleh ke?
Nurazzah,
Boleh juga saya belikan. Beritahu berapa naskhah dan judulnya. Nanti saya tandatangan. kalau Nurazzah perlukan dalam jumlah yang banyak saya sanggup hantar ke Shah Alam. Sungguh ni..
Salam Kak Azzah. Wah, seronoknya tengok gambar anak akak baca buku ayah. Kak, maaf ye, saya dah 'ambil' satu gambar dari blog akak ni.
ReplyDeleteSaya dapat gambar tu dari blog ayah. Harap akak tak marah. Akak sihat tak?
Salam Nurazzah8. Pekabo? SIhat ke? Buku yang OD katakan tu, buku biografi Bilal ibn Rabbah yang dalam B.I. dan seangkatan dengannya...huhu.. harap sihat dan bahagia.
ReplyDeletePuteri Ezza,
ReplyDeleteAlhamdulillah, mmg seronok tgk anak2 suka membaca, tapi kena dengan bukunya lah... bila akak order novel sejarah pahlawan islam ayahanda Latip, mmg akak harap anak2 akan membacanya. Maklum sahajalah nak suruh anak2 nih membaca buku bersifat ilmiah sangat susah...budak remajalah katakan, kalau suruh baca komik tu (tak payah suruh pun) mmg dia suka sangat...
silakan ambil gambar tu, akak tak marah pun... :-)
Opah De,
ReplyDeleteAlhamdulillah saya sihat dan baik...cuma saya pun macam Opdah De jugak...kebelakangan ini saya sangat sibuk dgn kerja2 di pejabat saya... nak sambung baca balik novel2 tu tak sempat...
oooo..buku biografi Bilal Ibn Rabah... hurm...hajat dihati mmg nak buat macam tu, tapi buat masa ini, masa mencemburui saya... 'To-do-List' saya punyalah panjang... kena buat yg lebih tinggi priority nya... yang pertama .... thesis saya!!!! kena siapkan by hook or by crook end of the year!!! tension...tension....
Pak Latip,
ReplyDeletewa wa wa... tak sangka saya!!? saya cuma berseloroh sahaja... sebenarnya tak mahulah menyusahkan Pak Latip...
sampai nak hantar sendiri ke Shah Alam!!! Satu penghormatan yg tinggi...terutama dari penulis novel itu sendiri!!!
Sebenarnya saya terfikir, hujung bulan ini sekolah anak saya itu ada membuat Karnival.. mungkin boleh letak novel sejarah pahlawan islam tu utk dijual... mungkin mereka berminat kerana sekolah anak saya itu sekolah agama, SEK MEN ISLAM HIRA', di Jeram, Selangor.
dan saya juga boleh tolong promosikan kpd rakan2 saya di fakulti saya...saya yakin mesti ramai yang berminat...apalagi jika author nya sendiri menurunkan tandatangan di buku tersebut...
*** Nanti saya promote novel tu melalui emel jabatan saya... kalau ada yg order, saya akan beritahu jumlahnya kpd Pak Latip...
Bagaimana?
Pak Latip,
ReplyDeletedi celah-celah kesibukan saya, sempat jugak menghabiskan novel Salahuddin pula... Aduish...tarikannya sangat kuat... ingat nak sambung baca weekend nih, tapi tak boleh tahan...
Entah kenapa...novel Sa;ahuddin menjadi rebutan kami anak beranak... selepas saya habis membacanya, adik Anas, iaitu Mu'adz (10 tahun) dan Wafa' (12 tahun) pula berebut nak baca... jadi, bergilir2 lah mereka baca...hehehe... bila Wafa' tido ke, mandi ke... Mu'adz ambil baca, bila Mu'adz pergi main, atau mandi atau tido pulak...Wafa' pulak baca... seronok pula tgk mereka berebut-rebut...
tinggal satu lagi saya belum baca...Khalid... tak dapat baca sebab Anas novel itu sedang di baca oleh Anas... dia dah conquer!!! saya tak boleh usik novel tu...huhu...
Nurazzah, Assalamualaikum.
ReplyDeleteSebagai penulis buku itu saya sanggup pergi ke mana sahaja untuk mempromosikannya apatah lagi kalau sudah ada yang hendak membelinya. Kerana itu saya sanggup datang ke Shah Alam untuk menghantarnya walaupun Nurazzah membelinya tidak banyak. (Maaf saya ada gunakan perkataan dalam jumlah yang banyak). Maksud saya kalau Nurazzah nak beli 2 buah pun saya kira sudah banyak.
Pada saya apa yang lebih penting novel itu sampai kepada pembaca. Saya berasa amat gembira apabila Nurazzah berjaya membuat anak-anak suka membaca novel tersebut.
Mengenai karnival di Sekolah Menengah Islam Hira' di Jeram Selangor itu, kalau mendapat kebenaran daripada pihak sekolah bagi mempromosikan novel-novel sejarah Islam saya sanggup datang.
Salam hormat wahai Puan Azzah. Bukan sahaja membalas kunjungan, tetapi juga untuk bersama - sama berkongsi minat. Iaitu saya, isteri dan anak - anak juga mempunyai minat membaca, malahan anak sulung saya begitu teruja membaca novel yang bercorak Islami. Cuma yang menjadi kekurangan ialah, saya tidak dapat merakamkan detik - detik bersejarah, sewaktu anak saya sedang asyik berada "didunia lain", sama seperti saya sewaktu membaca. Terima kasih.
ReplyDeleteabang long,
ReplyDeleteTerimakasih kerana sudi singgah.
Memang seronok kan kalau tengok anak2 suka membaca...sudah lama saya mencari bahan2 bacaan yg sesuai utk jiwa remaja nih, tambahan anak bujang saya... mereka tak minat baca kisah2 cinta..anak sulong perempuan saya mmg suka baca novel aisya sofea dan seangkatan dengannya, cuma kebanyakan novel cinta... yg lelaki pulak asyik baca Harry Potter, goosebumps, kisah penyiasatan... Goku lah, doraemon lah.. etc.. susah nak cari novel islami yg remaja suka baca kerana kebanyakannya dalam bentuk fakta.. ini pertama kali dapat novel islami berbentuk cerita...
Harap Pak Talip dapat teruskan menulis novel para sahabah/pahlawan Islam yg lain pula... saya dah cadangkan supaya beliau menulis Mu'adz Bin Jabal..
Berkenaan merakamkan 'detik-detik' bersejarah tu... mmg digital camera tu sentiasa stand-by aja kat rumah...
Have a happy weekend... :-)
Pak Latip, Nama Anak lelaki saya semuanya sempena nama sahabah. Pak Latip tulis lah kisah sahabah2 itu pula...saya yakin mesti anak2 saya teruja nak baca sebab sama dgn nama mereka!
ReplyDeleteAnak ke-2: Zaid
sahabah : Zaid Bin Harithah
Anak ke-3: Ammar
sahabah : Ammar Bin Yasir
Anak ke-4: Anas
sahabah : Anas Bin Malik
Anak ke-6: Mu'adz
sahabah : Mu'adz Bin Jabal
ANak ke-7: Zubair
sahabah: Zubair Bin Awwam
Salam hormat buat Puan Azzah. Baru kali ini saya tergamam. Inilah bloggers yang pertama ada anak seramai 7 orang (sebelum ini tidak pernah bertemu lagi seramai ini), dan saya sendir pun ada lima orang cahaya mata. Ok, sebenarnya saya mencari alamat Puan didalam blog ini tetapi tidak berjumpa. Sebenarnya saya perlukan bimbingan dari Puan, bagaimana untuk memesan buku secara online dengan PTS. Harap dapat membantu. safmi_80@yahoo.com
ReplyDeleteabang long,
ReplyDeletebukan 7 tapi 8! ;-)
saya pernah di tag oleh sahabat saya untuk menulis n3 mengenai nama anak2 saya... sila rujuk archives.
Nurazzah beruntung dapat ramai anak yang kesemuanya diberikan nama-nama yang baik. Semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta berjaya dalam kehidupan. Amin.
ReplyDeleteSalaam...
ReplyDeletemaaf kak, saya baru sahaja membaca komen yang akak tinggalkan di blog saya. terima kasih banyak2 yee....
saya juga suka membaca cuma kebelakangan ini begitu sibuk dengan kerja sehingga tidak punya banyak masa untuk membaca ataupun menulis di blog saya..
salam perkenalan :)
hehe...
ReplyDelete"bace xigt dunie"
hah tuhla yg klong warisi dari ummi...
abesla kalo klong jumpe buku best nk bce tros xigt wat kje len
dlu asek kne bebel xwat kje len asek bce novel jek..kui3..sory ummi!hehe
anyway 21st happy annivessary to umi n abi today!!22thjune
Pak Latip,
ReplyDeletebegitulah harapan ibu-bapa, semoga anak2 menjadi anak yg soleh dan solehah, Amin.
Ayu,
kita sama2 sibuk...menguji 'time management' kita...
Salam perkenalan kembali...sudilah berkunjung lagi...
Asma'
ummi nak marah kak long, ummi pun macam tu dulu... ;-)
'baca tak ingat dunia' macam kita berada sama dalam dunia novel yg kita baca...hehehe...
Thanks Asma' dear... nak tunggu apa abi nak bagi ummi...tapikan jangan mengharap sangat lah
Salam Akkaakkkk....
ReplyDeleteBila nak jumpa...
hi hi
bukan apa, rasanya bulan 7 ni saya dah nak kena tukau ke Sungai Way ....
slm auntie azzah..seronoknye tgk anas bce dat novel..sy pn antu novel gak..but,sjk dtg jordan no tym for reading novel anymore.. :cry:
ReplyDeleteAmazing! Its genuinely remarkable paragraph, I have got much clear idea regarding from this article.
ReplyDeletemy web-site - visit link
Thanks for sharing your thoughts about good gaming computer.
ReplyDeleteRegards
Here is my website photographer Cape Town
Attractive element of content. I simply stumbled upon your weblog and in accession capital to claim that I get actually enjoyed account your blog posts.
ReplyDeleteAnyway I will be subscribing on your feeds or even I success you get entry to consistently quickly.
Feel free to visit my web-site :: about