Wednesday, June 6, 2007

Berita Terkini di Malaysia

Berita Terkini di Malaysia

Berita Hari Ini - Perdana Menteri nikah dengan Jeanne Abdullah, Sabtu, 9 Jun ini

Berikut disiarkan kenyataan media yang disiarkan oleh laman rasmi Jabatan Perdana Menteri bertarikh 6 Jun 2007.

KENYATAAN MEDIA MENGENAI PENGUMUMAN MAJLIS AKAD NIKAH YAB PERDANA MENTERI

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan majlis akad nikah dengan Jeanne Abdullah pada hari Sabtu 9 Jun 2007 bersamaan dengan 23 Jamadilawwal 1428 Hijrah.

Jeanne Abdullah dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran dan penghotelan setelah terlibat dalam pengurusan beberapa hotel terkemuka di Malaysia, termasuk Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Hotel Pan Pacific. Jeanne juga pernah bertugas sebagai Pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan Pengurus Kompleks Seri Perdana.


Jeanne mempunyai dua orang anak, Nadiah dan Nadene.

Majlis berkenaan akan diadakan di Seri Perdana dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja


Tahniah diucapkan kpd YAB Perdana Menteri Malaysia.
*********************************************************************
Berita Semalam
- Loganathan Arumugam of the Alleycats has passed away.

My condolences goes out to his family on his passing.

I was a great fan of Alleycats (nowadays dah jarang dengar lagu depa, tapi dulu masa sekolah siap hafal semua lirik lagu ..hehehe).

For those not from Malaysia, Alleycats is a local home grown group which was formed way back in 1969 and they've been producing evergreen hits for as long as I can remember. Their popularity has spread to countries such as Singapore, Indonesia, Hong Kong and other SEA countries to name a few.

I doubt there would be anyone in Malaysia who has not heard of Alleycats. The band is fronted by its two founding members, David Arumugam and his late brother Loganathan Arumugam.

His wife said Loga had been suffering from a bad cough for about a year, but was diagnosed with lung cancer only eight months ago.
“We went to so many doctors and none of them could tell us what was wrong until he was sent for a CT scan. By then, the cancer was already in the third stage. ", she said.

“He never felt sorry for himself – he just said, 'now that we know, let's deal with it'.
“Before he closed his eyes for the last time, he smiled and told me to be strong,” she said.

The group started by playing in clubs around the country before signing a recording deal with PolyGram Records in 1978.

The Alleycats have 30 albums to their credit and are one of Malaysia’s favourite bands, with evergreen hits like Sampaikan Salam, Andainya Aku Pergi Dulu Sebelum Mu and Sekuntum Mawar Merah.


Loga - Rest In Peace.

11 comments:

  1. Hi nurazzah8, Wow, the PM found new isteri. She's really lovely.
    I always wonder how VIP's, especially he in his position go dating without attracting attention? Chabut another country on holidays maybe?
    Re the alleycats..alamak, very sad la.
    I used to dance to their music at the Continental Skyroom, Penang...loved their "Beautiful Sunday, Alone again, Butterfly" and many other hot numbers.
    Sad.
    I like this PM, he is handsome and dashing looking. Very good personality.
    Have a nice day, Nurazzah8, UL.

    ReplyDelete
  2. ummi tau x..bile dnga jek dis news..1st yg kaklong pk..aik isteri ke-2 ke?pe jadi ngn endon?bermadu ke..ish pak lah nih..

    hahahaa ttbe baru terigt..alamak kan endon dah meninggal..terlupe laaaa
    nihla akibat da lame xblk msia..hak3

    ReplyDelete
  3. U.Lee,
    hey...do you know our PM is also from Penang? I wonder whether his bride-to-be wear kebaya sarong when dating him... Maybe...FYI his late wife also has a huge collection of Kebaya Nyonya, I remember a program shown in TV showcasing her Kebaya Nyonya collections and promoting people to wear Kebaya Nyonya, then after that Kebaya Nyonya fashion became so famous and everywhere u can see women wearing it not only with sarongs, but with jeans and skirts also...!!(that one I can't accept... wearing it with skirts and jeans???... Aiyyooo... sudah hilang the original value of Kebaya..)

    ReplyDelete
  4. salam Asma',
    Kalau nak bermadu tu takkan dia announce satu Malaya...hahaha...
    Tapi Alhamdulillah bagus jugalah dia kahwin, at least he got somebody to talk to and mengadu hal-hal negara bila balik rumah... all this while, dia mesti kesunyian... and this lady must be good and behave accordingly as she is going to be our First Lady, and everybody is going to spy on her...

    ReplyDelete
  5. sedihnya ...dah pergi penyanyi yang i paling minat suatu ketika dulu....memang suara nya power dan lagu-lagunya sedap.....tinggal kenangan...

    harap pak lah bahagia....

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan akak, saya tak mengajar saya kerja di Pusat Pemulihan..cantik cross stich akak, saya pun minat tapi la tak dak masa nak buat. Kalau mai perlis contact la saya. Saya pun nak link blog akak ke blog saya boleh?

    ReplyDelete
  7. loveujordan,
    hari dia pergi, tv dan radio asyik putar lagu2 Alleycats sahaja, dan semalam kebetulan tertgk tv (tak ingat channel berapa).. 1 jam duk tunjuk balik show2 yg Alleycats buat... mmg nostalgic betul.. ingat lagi dulu duk nyanyi lagu2 depa, dalam bilik air, kat dapur.. nak tidur.. walaupun suara ini tidaklah semerdu suara dia... hehehe... tak kisah.. yg penting.. feeling betul masa tu kalau nyanyi lagu dia..

    ReplyDelete
  8. nur,
    salam kembali. oooppss... maaf, tersilap lah akak ya.. Mesti mencabar dan perlukan banyak kesabaran ya di tempat kerja nur...
    InsyaAllah mmg dah lama tak pi Perlis.. my sedara mara sebelah bapa duk Kedah... so kalau pi sana boleh lah terus ke perlis nanti... tapi kalau nak singgah rumah nur kena bersedia... kerana gerabak keretapi akak yang panjang nih...nanti penuh rumah nur...hehehe

    ReplyDelete
  9. Memula dulu ingatkan rumours kat internet...rupa-rupanya jadi kenyataan...memang patut pun Pak Lah beristeri semula...supaya beliau ade teman untuk menjaga beliau diusia begitu...

    Lagu-lagu Alleycats juga sentiasa menjadi halwa telinga buat kak lady...suka kebanyakan lagu2 mereka...

    ReplyDelete
  10. Ala..you ni dok letak Alleycats punya lagu pulak as background music. Nostalgia habis...Teringat masa dolu2, dari girls school then join sekolah co-ad.. Hi..hi.. culture shock dan lagu2 Alleycats was our favourite for every occasion. Jiwang habis..

    ReplyDelete
  11. kak lady,
    ya,kita pun tumpang gembira bagi pihak PM kita... cuma kena doakan seorang lagi pemimpin negeri kita Selangor ni...InsyaAllah semoga rakyat negeri Selangor juga akan mendapt seorang Sultanah... Amin.

    zlaa,
    mmg masa tu lagu2 Alleycats jiwang habis, teringat zaman cinta monyet...hehehe

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....