Monday, June 18, 2007

Academic Values VS Commercial Values

Universiti Malaya - Khazanah Warisan Negara


Mengikuti perkembangan semasa terkini yang bersangkutan bidang akademik membuatkan diri ini termenung seketika..... betapa demi nilai kormesial, mahu mengaut keuntungan tinggi membuatkan orang lupa tentang nilai-nilai murni dalam bidang akademik. Begitulah jika dunia sekarang umumnya, penduduk Malaysia secara khususnya, lebih mementingkan materialistik.

Walaupun saya sekarang bukanlah pendidik di universiti terkemuka negara itu, tetapi saya pernah berkhidmat selama 9 bulan sebagai tutor(penolong pensyarah) pada awal 90an di Pusat Komputer ketika itu di bawah dekan Prof. Dr. Mashkuri.

MEMBACA laporan akhbar mengenai ura-ura rancangan pemindahan kampus Universiti Malaya (UM) dari tapak asalnya sekarang di Kuala Lumpur ke Sepang oleh sebuah syarikat pemaju hartanah (syarikat Guocoland (M) Berhad. yg dikuasai jutawan, Tan Sri Quek Leng Chan) menarik perhatian umum terutama di kalangan pentadbir, pendidik dan pelajar universiti itu sendiri. Syarikat tersebut dikatakan telah menbida untuk memindahkan UM ke Sepang dan membangunkan tapak kampus itu sekarang sebagai pusat kormersial dan perumahan, menerusi projek bernilai RM10 billion. Guocoland mempunyai 4,860 hektar tanah di Sepang yg sebahagiannya digunakan untuk membangunkan projek Pantai Sepang Putra membabitkan pembinaan banglo dan vila di pinggir laut.

Saya bersetuju dengan pandangan bekas Naib Canselor UM, Prof Diraja Ungku Aziz yang menyatakan bahawa cadangan pihak tersebut disifatkan sebagai ‘gila’ dan ‘kurang ajar’. Ini kerana menurut beliau, tindakan tersebut menggambarkan sikap tidak patriotik pihak tersebut terhadap khazanah negara.

Melihat kepada faktor sejarahnya, UM yang pada asalnya ditubuhkan di Singapura pada tahun 1905 dan kemudian membuka cawangannya di Kuala Lumpur pada tahun 1957. Ia secara tidak langsung membawa makna tertentu kepada politik negara di samping bermulanya sejarah pendidikan tinggi di negara kita.

Ini kerana, pada tahun tersebut negara kita mencapai kemerdekaan dan pada masa yang sama kita juga dapat memiliki sebuah universiti meskipun ia hanya sebuah cawangan. Sehinggalah pada tahun 1962, barulah UM ‘dibawa’ ke negara kita dan ‘ditempatkan’ di tapaknya seperti yang kita lihat sekarang.

Apa yang lebih penting bukanlah pada struktur bangunan semata-mata tetapi juga ia merupakan perintis kepada kewujudan institusi pendidikan tinggi di negara kita. Bahkan dalam konteks ini tapaknya itu turut mencatatkan nilai sejarahnya tersendiri. Inilah saya rasa sesuatu yang amat penting sekali dan wajar dipertahankan.

UM juga menjadi tunjang kepada pendidikan tinggi di negara ini terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Penubuhan pusat pengajian asasi sains di universiti tersebut telah membuka ruang dan peluang kepada golongan bumiputera untuk mempelajari ilmu sains yang ketika itu dikuasai oleh golongan bukan bumiputera.

Selain itu, ia juga telah menyumbangkan jasa yang cukup besar kepada negara. Di universiti inilah lahirnya pemimpin-pemimpin negara yang sangat kita hormati dan sanjungi. Ini termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. PM mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam pada tahun 1964! (Saya pun belum lahir lagi...)

Malah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga merupakan anak Melayu pertama memperoleh ijazah kedoktoran dalam perubatan turut ‘dilahirkan’ oleh universiti tersebut ketika kampus induknya masih lagi berada di Singapura.

Justeru UM bukan sahaja harus dilihat dari sudut nilai pendidikan semata-mata tetapi juga membawa kepada simbol politik, budaya dan juga sejarahnya yang sinonim dengan pembangunan orang Melayu.

Adalah tidak wajar sekiranya salah satu daripada warisan negara ini ‘dilayan’ sebegitu rupa hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan. Imej dan prestij UM sebagai ‘universiti yang tertua’ di negara ini perlu dijaga dan dihormati. Bukan dicemari dengan sikap tidak mempedulikan nilai sejarah negara.

Nilai sejarah negara sama ada dalam pendidikan atau apa jua bidang pun wajar dihormati dan bukan untuk diperdagangkan dengan sewenang-wenangnya, khususnya oleh rakyat negara ini sendiri.

Kita sewajarnya mencontohi beberapa negara luar seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan sebagainya yang sentiasa menghormati universiti di negara mereka.
Bahkan mereka sama-sama menjaga prestij dan imej universiti mereka daripada dicemari kerana merasakan bahawa itu adalah identiti dan keistimewaan yang harus dipelihara.

Adalah amat diharapkan agar isu ini diberi perhatian serius oleh semua pihak, bukan semata-mata warga kampus UM tetapi juga seluruh masyarakat. Kita harus mempertahankan warisan pendidikan tinggi negara kita daripada tindakan rakus sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.

KITA berasa lega apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa Universiti Malaya (UM) mesti dikekalkan di lokasinya yang ada sekarang.

Bagaimana besar pun UM mahu berkembang, ia tidak wajar dipindahkan ke lokasi lain. Pembangunannya boleh dilakukan dengan menubuhkan cawangan-cawangan baru di tempat-tempat lain tanpa mengorbankan kedudukan kampus induknya di Lembah Pantai.

Kita juga terharu betapa banyak pihak masih menunjukkan rasa hormat kepada kampus bersejarah UM dan mahu kedudukannya di situ dipertahankan.

Sesungguhnya UM di lokasinya yang ada sekarang sudah menjadi institusi nasional yang bersejarah dan menjadi sebahagian daripada mercu tanda dan jati diri Kuala Lumpur.

Justeru, kawasan kampus UM, dengan bangunan-bangunan fakultinya serta landskapnya yang indah tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit walaupun betapa menarik cadangan pembangunan gantiannya.

***Utusan Malaysia 17 Jun 2007
***pendapat pembaca (En. Shahrir Salleh dari Sg Petani, Kedah)

20 comments:

  1. Hurm..kenangan lama menjelma kembali, Kenangan ketika belajar di USA dahulu, betapa Universiti tempat ku belajar telah pun berusia lebih seratus tahun, tetapi mereka berusaha menjaga dan memelihara keaslian bangunannya tanpa sebarang renovation dan juga kawasan sekeliling yang nyaman dipenuhi pokok2 menghijau (ketika summer lah).

    ReplyDelete
  2. Salam Akak .....

    Bila nak jumpa...???

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah pb, bg akak emel pb... nanti kita boleh contact bila nak jumpa, skrg nih akak baru masuk kerja semula...bertimbun2 kerja dah ada dalam senarai...IA akak akan luangkan waktu utk pb. Suatu hari nanti kita boleh jumpa masa breakfast, atau lunch...kat mana ya? dari tempat pb senang nak pergi mana? kat area sek 18 mana tempat yg best nak breakfast?
    Tak sabar nak jumpa sorang lagi rakan blogger... dulu dah jumpa Kak Rina@loveujordan di sana... ni nak jumpa lagi sorang...bestnya!

    ReplyDelete
  4. akak ini email saya

    pbpibi@yahoo.com

    -pB-

    ReplyDelete
  5. salam perkenalan, terima kasih singgah blog yus. Tak sempat lg baca apa yg ada di sini, nnti saya jengah lg.. :)

    ReplyDelete
  6. Eh..maklang pun nak jumpa boleh ke???



    Kat Us tu kat mana agaknya ek? Entah2 pernah bertemu dulu!

    ReplyDelete
  7. ehhh apa jumpa-jumpa blogggers ni, jeles I tau tak dapat jumpa :)

    UM memang terunggul di malaysia, sayang kalau diubah tempat lain. Malaysia memang suka buang yang lama , pantang ada yang lama dibuang dan diubah....maintenance kurang tu yang bangunan kurang tahan lama....

    ReplyDelete
  8. Salam. Universiti Malaya universiti tertua. I suka UM dan selalu pergi situ sebab adik tinggal di situ (fellow kolej dalam tu). Then nak ronda-ronda KL dari situ pun senang. Kalau semasa kat Perlis, everytime ada apa-apa di KL mesti nak stay di rumah universiti dia.

    ReplyDelete
  9. pb, nanti akak contact ya...

    yus,
    salam kembali. nanti datang jengah lagi... dah start packing barang nak balik?

    ReplyDelete
  10. mak lang,
    InsyaAllah...no problem..boleh jugak kita jumpa...nanti bebila mak lang dtg Shah Alam, sound lah kat saya... boleh kita arrange ...
    ooo..mak lang belajar kat US dulu dari tahun berapa ya? Saya kat US dulu dari 83-89, di OHIO.

    ReplyDelete
  11. loveujordan,
    jangan jealous tau....IA nanti u balik Msia kita boleh arrange nak jumpa rakan2 bloggers.. u boleh jumpa mak lang di Kerteh..

    eh...I dah lama nak tanya u, masa kat Kerteh dulu kalau U kenal Ida, U kenal tak Suhana Sulong? dia lect UiTM Dungun jugak...tapi duk Kerteh, anak dia sekolah Al-Amin kat Kemaman..

    ReplyDelete
  12. zlaa,
    Tak patut betul dia org nak pindahkan UM kan... mentang2 lah value tanah kat situ dah melambung tinggi, senang2 jek nak suruh UM pindah... tanpa memikirkan kesannya kpd mereka yg terlibat...
    Mmg area tu strategik, sbb tu dia org nak ambik.. ingat masa akak jadi tutor kat Pusat Komputer waktu itu, masa tu baru balik dari belajar, gaji kecik, tak mampu nak beli kereta lagi. So, gi kerja kat situ naik bas pagi2 buta, dari Ampang, pastuh salin bas KL, naik bas pergi UM. lepas tu tunggu bas masuk dalam kampus tu..isk..isk.. nostalgia betul... akak suka pergi Kedai Buku kat UM tu, banyak pilihan...

    ReplyDelete
  13. setuju tu dgn ur view and others too...cukup tidak berbaloi untuk menjual UM demi keuntungan...

    Mana pernah kita dgr cerita...Oxford or Cambridge Unieversity akan di ubak tapak...walaupun di kota oxford tu I am sure tapak Universoty itu sudah bernilai berganda2...dan semestinya boleh di ubah that historical and prestigious university ke bekas ladang2 di mana2...
    isk...kaya sgt ka mamat tu hingga nak beli tapak UM tu jugak..!
    tak de tempat lain ka?
    pergi la bangunkan tanah2 di negeri kelantan sana nun....hehehe

    idham

    ReplyDelete
  14. idham,
    itulah..sedih betul kalau dia orang jadi pindahkan UM..anyway saya pasti ramai yang akan bangun menentang jika projek tersebut diteruskan...as for now, we have the PM's guarantees, in the future, we don't know.. hopefully whoever leads our nation will defend UM...
    entah lah mamat tu... mmg betul kata u, carilah tempat lain nak bangunkan kalau dah banyak sangat duit tu... tapi biasalah orang macam tu mesti nak kan 'pulangan' kalau dah melabur...
    hurm...dunia sudah hampir ke penghujungnya...

    ReplyDelete
  15. salam,

    suhana , I dengar namanya saja coz waktu dia ke kerteh I dah pindah kemaman.izzat di Al amin kemaman but memang I tak kenal sangat ibubapa pelajar dari kerteh..dapat contact Ida ke ??miss her a lot!!

    ReplyDelete
  16. loveujordan,
    so..u tak kenal lah suhana ya...
    Ida pulak last sekali jumpa dia b4 I pergi Jordan hari tuh.. selalu dpt jumpa dia kalau ada meeting dengan pensyarah dari cawangan, dia kalau dtg meeting mesti contact I dan dtg rumah I... dulu2 pun kalau tak meeting pun, dia mesti singgah sbb adik ipar dia org Shah Alam.

    Sejak dia pindah Melaka, I tak pernah lagi pergi rumah dia. Ada sekali tu balik dari Johor nak singgah tapi dia tak ada. InsyaAllah kalau I ada jumpa/tel dia I akan kirim salam u pd dia...

    ReplyDelete
  17. Developer ni kalau betul2 nak buat development cubalah cari tempat lain yg deserve more attention. Area UM tu keliling dia dah macam over developed dah. Ni mesti nak instant returns on their investment kan......

    ReplyDelete
  18. salam. kisah UM ni, mmg sedihlah kalau dah dlm kepala otak tu fikir untung juta2, semua benda nak ditukarkan jadi gandaan untung aje.

    ReplyDelete
  19. mamamia,
    memang betul kata u, keliling UM tu memang dah over developed..!! I paling kesian tengok mesjid kat luar pintu masuk UM tu, dah tenggelam dek highway yg tinggi tu... ingt lagi dulu ramai student, pendidik dan pekerja UM buat petition nak bantah pembinaan lebuhraya betul2 atas mesjid tu...tapi projek tu tetap diteruskan... skrg nih, tgk mesjid tu kesian betul duk terselit celah highway...
    depan tu dah byk naik aprtment yg high rise... tu lah yg dia nak ambik area UM tu, nak naikkan jadi commercial area....

    ReplyDelete
  20. kak long,
    itulah akibatnya kalau mata dah nampak $$$$$$ aje....

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....