Saturday, September 18, 2010

Kenduri Kahwin

Alhamdulillah, rezeki di bulan Syawal, kami sekeluarga dapat berkunjung ke majlis kenduri kahwin anak Pak Latip Talib, novelis sejarah Islam tersohor tanahair di Kanpung Kerangai, Negeri Sembilan hari ini. Ini adalah kali pertama saya dapat berkunjung dan melihat suasana kampung yang sangat damai dan tenang tanpa hiruk pikuk suasana bandar di daerah Jelebu, Negeri Sembilan ini... perjalanan ke kampung ini sangat mencabar dengan jalannya yang bak ular dipalu, serta naik turun bukit dan lembah...Alhamdulillah anak saya Mu'adz tidak ikut serta, jika tidak sudah pasti dia akan muntah di tengah jalan akibat mabuk dan pening...bagi kami yang pertama kali berkunjung ke sini, perjalanan mengambil masa 1 jam dari Seremban.


Isteri Pak Latip
Bersama Pak Latip sebelum berangkat pulang

4 comments:

  1. Bulan Syawal pun ada orang buat majlis kahwin ye... macam open houselah kira nya tu...

    ReplyDelete
  2. Salam kak...thanks singgah blog saya. Saya dah try follow blog ni tapi ada masalah la pulak...nanti saya buat lagi.

    Dah tukar layout...cantik :)

    ReplyDelete
  3. salam... thanks for visiting my blog!...(malulah... blog saya merapu-rapu jer...) salam perkenalan juga...

    ReplyDelete
  4. Kak Anie, kira 2-in-1 lah tu...

    Rohaniah,
    salam kembali...ok, bila-bila try lah lagi follow ya...

    teratakmuslaily,
    salam perkenalan kembali, akak blogwalking melalui blog Puan Nasiroh.. tulislah apa nak tulis di blog peribadi kita ye tak? cuma jangan tulis isu-isu yg boleh mengundang musibah dan huru-hara saja..

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....