Wednesday, September 29, 2010

Main kutu haram di Malaysia

Pernahkah anda main kutu? eeeeeiiii...bukan kutu yang dari species binatang tu.... ni sejenis pelaburan wang..

Saya pasti semua orang pernah main secara langsung atau tidak langsung! Memang itulah hakikatnya di Malaysia ini.. sejak dahulu lagi, mak-mak, makcik-makcik, kakak-kakak, abang-abang, pakcik-pakcik, datuk nenek...dalam pengetahuan saya pernah main kutu ni. terutama kaum ibu ....

Mengikut berita online KOSMO  pagi ini, Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya."

"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.
***************
Hurm..kalau begitu , nak kena tangkaplah semua makcik-makcik ni...???
tetapi ayat terakhir itu menyatakan jika bermain kutu itu bagi tujuan rangkaian perniagaan... ???
Apa kata anda?.

2 comments:

  1. Salam Kak Zah. Susah rasanya hendak mengulas bab ini. Apatah lagi bermain sesama kawan rapat dan sanak saudara yang rapat. Paling utama ialah niat. Hatta permainan ini ada ketikanya boleh masuk perkara ibadah, kerana boleh membantu orang yang terdesak untuk menggunakan wang. Dan dibantu orang orang lain. Selepas itu kita bayar balik.

    ReplyDelete
  2. kat sini pun cerita kutu baru baca di blog manje tasal tajuk yg sama dengan cara yg berbeza hehe

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....