Saturday, October 16, 2010

Rumah Pertamaku

Bajet 2011: Skim Rumah Pertamaku 
bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
Beruntungnya mereka yang baru bekerja sekarang...
baru kerja dah boleh buat pinjaman perumahan 100% ....

Saya masih ingat sewaktu mula bekerja di awal 1990, teringin nak beli rumah pada masa itu. Maklumlah harga rumah sangat murah (jika dibandingkan sekarang)  tapi bila tanya pinjaman perumahan hanya boleh dibuat SELEPAS 5 tahun bekerja!!! Jika nak beli juga boleh tapi kena buat pinjaman bank, di mana % yang dikenakan lebih tinggi.

Jadi rumah pertamaku HANYA dapat dibeli pada tahun penghujung tahun 1995 dan siap untuk diduduki pada 1997 ...

itulah rumah pertamaku beli dan itulah juga rumah yang kududuki bersama keluargaku sehingga sekarang...

Jika difikirkan semula, ada hikmahnya disebalik itu. Jika saya dapat membeli lebih awal, mungkin saya akan beli di tempat lain, sedangkan rumah yang saya duduki sekarang SANGAT strategik tempatnya. Kemudahan yang diperlukan semuanya dalam jarak perjalanan dan masa yang sesuai, begitu juga dengan jarak ke tempat kerja, hanya 5 minit perjalanan...(ini adalah antara ciri-ciri yang saya cari apabila hendak membeli rumah, iaitu dekat dengan tempat kerja. Kerana saya tidak mahu menghabiskan masa yang lama dalam perjalanan pergi dan balik kerja) DAN yang paling utama saya tidak mahu terlibat dalam JAM ...

Alhamdulillah..sesungguhnya Allah itulah sebaik-baik perancang..
 

4 comments:

  1. sekarang ni nak beli rumah sikit punya susah.. kalau nak murah nun di cerok rantau sana.. dalam KL jangan mampi unless sanggup bayar ratusan ribu..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Azzah

    dulu kena berkhidmat 10 tahun atau umur 30 tahun baru layak buat pinjaman

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. IM 4 kali pindah sebelum dapat beli rumah pertama dan terakhir ini.

    pengalaman 4 kali pindah buatkan IM memilih rumah ters satu tingkat walaupun jauh perjalanan IM ke tempat kerja adalah satu jam...

    ReplyDelete
  4. memang sape yang tak rumah dekat dengan tempat kerja..tapi kan skrg ni rumah bertanah dah mahal betul.

    nanti kamu bagi tau pick up point kat mana yer.klu blh hari sabtu ni...sebb ada customer area situ gak order kukis

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....