Wednesday, October 6, 2010

Alam Sekolah Insan

Apa yang anda nampak dalam gambar ini? Pokok? Bunga? Daun?

"cip, cip, cip.." Kicauan burung di taman hadapan rumah di pagi hari..Pagi yang tenang, langit nan cerah, Udara yang nyaman, diselang seli kicauan burung, leka meniti dari ranting ke ranting, dari satu jambangan bunga ke jambangan bunga yang lain menghisap madu ...Ahh..satu perasaan yang sangat syahdu bertakhta di hati ... Alhamdulillah...diriku masih bernyawa di saat ini, di hari ini, untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan..

 Seekor burung sedang leka menghisap madu

Saat ini hati terdetik, "Apakah yang daku dapat pelajari dari alam ini, alam ciptaan Allah SWT ini?" Saat daku menghela nafas menyedut oksijen, yang dikeluarkan oleh tumbuh-tumbuhan disekeliling, tumbuhan juga menyedut Karbon dioksida yang dihembus keluar oleh manusia. Saling lengkap-melengkapi...Allahu Akbar! Allah itu Maha Besar ...
 
  Nampak tak?

Haiwan dan tumbuhan seolah-olah diciptakan untuk berkhidmat kepada manusia. Kulit, akar, daun, pucuk, dan segala-galanya menjadi sumber makanan, ubat-ubatan, pakaian dan perlindungan untuk manusia. 
Ketika segala-galanya diciptakan untuk manusia, maka wajar pula kita bertanya, manusia dijadikan untuk siapa? (***)

Zoom lagi...

Ya, ada maksud besar misi kedatangan manusia ke dunia ini. Oleh sebab itu, segala-galanya dipermudahkan buat manusia. Bukan sahaja alam ini dilengkapi pelbagai persediaan buat manusia, tetapi alam ini dilengkapi dengan sesuatu yang sangat bermenafaat bagi menjayakan misi kedatangan manusia ke dunia ini...
ia adalah ILMU.  (***)

Dua misi besar manusia ke muka bumi ini..sebagai HAMBA ALLAH dan KHALIFAH bagi memakmurkan , mengurus dan mentadbir muka bumi ini. Dua tugas besar yang mana sangat berat dan sukar sehingga amanah ini pernah ditawarkan kepada langit, gunung-ganang dan bumi tetapi mereka menolaknya. (***)

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya, tetapi manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil"
(Surah Al-Ahzab: Ayat 72)

Gunung,langit dan bumi hanya sanggup menjadi "pembantu" manusia melaksanakannya. Mereka lebih rela dikuasi dari menguasai, mereka lebih rela menjadi SEKOLAH, manusia pula menjadi PELAJAR. Allah SWT menjadi GURU dan alam sejagat sebagai SEKOLAH BESAR. 

Maka belajar wahai manusia dari sekolah ini agar menjadi graduan yang layak mendapat ijazah keredhaanNya dan syurgaNya.

ALAM ITU SEKOLAH INSAN...BELAJAR LAH DRPD ALAM!

(*** Ketua Editor: Pahrol Mohd Juoi, SOLUSI :20)

No comments:

Post a Comment

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....