Monday, October 4, 2010

"Lorong Terbuka"

Sudah menjadi trend di kota raya utk menganjurkan "Rumah Terbuka" atau Open House sempena Syawal menjelang. Malam semalam Lorong di mana rumahku terletak menganjurkan "Lorong Terbuka" utk semua rumah-rumah yang terletak di lorong ini. 
Tujuannya adalah untuk merapatkan silaturrahim di antara jiran tetangga yang mana kebanyakan dari kami bekerja dan sibuk sehingga tiada masa hendak berkenalan dengan jiran-jiran. Sedangkan seperti yang kita maklum bahawa dalam Islam kita perlu berbaik-baik dengan jiran tetangga, kerana jika kita dalam kesusahan atau memerlukan pertolongan, orang yang paling hampir dengan kita adalah jiran tetangga. Saudara mara adalah jauh... jika hendak dikatakan, jiran boleh diharapkan di kala susah dan senang...

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0039.
Dari Abu Syuraih Al Khuza'iy r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Siapa yang beriman dengan Allah, dan hari kiamat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada tetangganya. Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam."
 Alhamdulillah acara Open Street malam tadi berjalan dengan sangat jayanya. Hampir keseluruhan jiran dari lorong kami, iaitu JALAN YAKUT 7/13, SEKSYEN 7, Shah Alam
datang menjayakan program...hurm..ramai jiran yang kenal dan ramai juga yang tidak kenal...Oleh itu, dapat berkenalan dengan lebih dekat lagi jiran-jiran yang tinggal di sini...

 Antara yang awal datang...ini hanya 1/3 sahaja..
 Jiran sebelah rumah..jiran baik ni!
 seperiuk besar sup Kambing !!!
 yang muda juga tidak ketinggalan beramah mesra
 Jiran dari bangsa lain juga dijemput sama
 masa ni belum ramai lagi...
 Masing-masing berbual sambil makan
Yang bertudung merah, rakan sekerja yang menjadi jiran
 Chef 'Char Kuey Tiaw' in action
 jiran dari kaum bapa..dan AJK Surau,,,
 Yours Truly...hurm..nampak belakang aje lah...
 WOW..! Bau gorengan Kuey Tiaw yg sungguh menyelerakan
 Beratur-beratr menunggu giliran
 Tidak ketinggalan anak-anak gadis yang menyewa di lorong ini..

 Full House...tempat duduk semua penuh sehingga ada yang terpaksa duduk di kaki lima
takpa..lebih meriah dan terasa kemesraan antara kami

AJK kuat ni...terimakasih kerana menganjurkan "Hari Raya Open Street 2010"
Objektif tercapai!


2 comments:

  1. Salam Kak Azzah,

    Alahai, rumah kat seksyen 7 ker. Kalau tahu singgah dah sbb dah 2 minggu berturut2 ke sana.

    ReplyDelete
  2. Salam Shafarina,
    haah..akak duk sek 7, dekat depan UNISEL tu... lain kali kalau datang area sini, roger-roger akak ..tapi jgn lah waktu office, akak kerja..after office hour ok..
    Salam Syawal...(huhu..dah nak habis Syawal dah... dah habis puasa 6???)

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....