Friday, October 15, 2010

Bajet 2011

Hari ini Bajet 2011 akan dibentang oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Umumnya rakyat Malaysia pasti ternanti-nanti apakah topik yang bakal dibentangkan terutama berkaitan pelaksanaan gaji minimum, cukai dan subsidi, kualiti dan kos pendidikan serta menaikkan taraf perkhidmatan internet dan jalur lebar. 

Sambil menyifatkannya sebagai ‘bajet oleh rakyat’, Perdana Menteri berkata, lebih 1,000 pandangan untuk Bajet 2011 diperoleh dalam tempoh kurang dua minggu menerusi laman blognya.(tahukan anda semua bahawa PM kita ada blog juga? )

“Ada juga permintaan untuk peningkatan insentif kepada mereka yang kurang bernasib baik, kawalan ke atas harga barangan pengguna, peningkatan pembangunan di kawasan pedalaman bagi menarik peluang komersial kepada golongan muda, insentif untuk pembangunan teknologi hijau, peningkatan peruntukan untuk keselamatan negara dan program mengatasi pendatang tanpa izin,” katanya lagi.
“Saya sendiri membaca semua pandangan ini dan mengemukakan sebahagian besar daripadanya kepada Kementerian Kewangan untuk penelitian lanjut dan kemungkinan menggabungkannya dalam bajet atau program kerajaan yang lain.
“Malah, pejabat saya dan saya sendiri mengkaji pandangan ini dan merancang untuk meneliti dengan lebih mendalam cadangan yang berdaya maju untuk dilaksanakan, tanpa mengira sama ada dimasukkan ke dalam Belanjawan atau pun tidak,” katanya.

Apakah matlamat bajet 2011 ini?
 Matlamat bajet ini adalah untuk menetapkan rentak mentransformasikan Malaysia supaya menjadi sebuah negara maju dengan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.
 
ok..jom tunggu petang ini !

(tapi bagi kebanyakan rakyat marhaen, adakah anda mengambil kesah berkenaan bajet ini? Saya pernah mendengar beberapa orang berkata, "alaaa...apapun yang dibentang, hidup kita macam ni jugak, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang! Wallahu'alam ) 

No comments:

Post a Comment

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....