Saturday, October 2, 2010

Lapang dalam Hidup

Setelah membaca suatu artikel Cerna Minda dalam majalah SOLUSI keluaran terbaru, saya inign berkongsi sedikit pandangan dari pembacaaan tersebut.Semasa mula mendapat pekerjaan, gaji kita kecil, lalu kita kata, tidak mengapa lama-kelamaan gaji kita akan semakin meningkat dengan pertambahan tahun kita bekerja dan juga kenaikan pangkat. Namun begitu, tahun demi tahun berlalu, satu demi satu kenaikan pangkat kita raih, jumlah gaji juga sudah semakin meningkat, adakah persoalan utama sudah tercapai? Adakah hidup kita semakin lapang?
Perkara kedua, dalam usia perkahwinan 10 tahun pertama, anak-anak kurniaan Tuhan semakin bertambah dan mungkin juga seban tahun atau selang setahun mendapat anak. Kita katakan, tak apalah, sekarang anak-anak masih kecil, nanti mereka sudah besar dan sekolah, lapanglah kita, tidak kelam kabut seperti sekarang. Persoalannya, adakah semakin umur anak-anak meningkat dewasa, hidup kita semakin lapang?
Ketiga, orang juga selalu berkata, sekarang sibuk bekerja, nantilah bila dah pencen, lapang lah hidup kita, baru boleh belajar itu dan ini, terutama hendak mengaji bab agama...dah pencen baru hendak belajar agama. Persoalannya, adakah selepas pencen hidup kita semakin lapang?
Fikir-fikirkan lah dan kongsi pendapat anda...

1 comment:

  1. Hidup sentiasa berkembar dengan ujian...my 2 cents: lapang seperti juga cantik adalah sesuatu yang subjektif. Terpulang kepada yang mengalaminya yang dapat mendefinisikannya. Ada orang mungkin merasakan hidup seharian bersama anak-anak adalah satu kelapangan kerana sebelum ini tidak mampu berbuat demikian lantaran sibuk dengan kerja dan sebagainya...wallahuallam

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....