Mayat remaja perempuan ditemui dalam beg pakaian
Baca berita online pagi ni rasa sedih sangat. Apa dah jadi dengan orang-orang Malaysia? atau yang datang bekerja di Malaysia?
Sewaktu dulu-dulu semasa kecil dan remaja, saya tidak pernah rasa takut hendak berjalan seorang diri... TIDAK pernah terlintas sebarang perkara buruk akan berlaku.
Pergi sekolah naik basikal berbatu-batu, main basikal sekeliling kampung dari pagi sampai petang (masa cuti lah..) mak-mak tak pernah takut, dia tahu anak dia akan balik petang nanti..
masuk hutan kutip paku-pakis nak buat masak, main masak-masak dalam kebun getah..
tak ada sikit pun perasaan takut..
tetapi sekarang ? Semua ibu-bapa takut hendak melepaskan anak-anak (terutama anak gadis) berjalan seorang diri, semua kena hantar, kena ambil...
semua rumah pasang grill ...depan belakang atas bawah ....kunci lagi, mangga lagi..yang pasang alarm canggih harga beribu-ribu...
duduk dalam rumah sendiri pun takut... takut pencuri datang merompak, pukau lagi...
dah macam duduk dalam penjara...penjara buatan sendiri...
hurm..lemas...lemas ..!
asyik terperap dalam rumah aja..tak bebas nak buat aktiviti luar...
Saban hari baca suratkhabar, asyik disogokkan dengan berita pembunuhan, berita kena rogol, berita kecurian, berita kemalangan, dan entah apa-apa lagi berita yang sangat negatif...
Mengapakah jadi begini?
di manakah moral values sekarang? ... orang dah tak ada perasaan kah? bunuh orang macam bunuh nyamuk aje?
Ini lah penyakit masyarakat sekarang...
masyarakat yang jika hanya berTuhankan NAFSU semata
oleh itu wahai teman sekelian.. ajarlah anak-anak , hatta diri kita sendiri
berDO'A lah setiap pagi dan petang, setiap kali hendak keluar rumah,
dengan doa-doa Al-Ma'thurat...
di antaranya terkandung do'a:
(terjemahan)
Ya Allah Ya Tuhanku...
"Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yang diciptakan."
"Dengan nama Allah, yang dengan namaNya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan ia Maha Mendengar dan Mengetahui."
takut
ReplyDeletememang takut sekarang nie
memang dah tak selamat sekarang ni...dalam rumah sendiri pun boleh kena...kat sekolah pun kena...kat mana2 pun boleh kena...
ReplyDeletesebab tu sekarang ni rasanya kita masing-masing kena jaga tepi kain orang, tapi dalam hal2 yang tertentulah...masalahnya bab tepi kain orang yang tak patut dijaga, kita jaga, tapi yang patut dijaga tidak la pulak diambil kesah...hmmm
Mungkinkah ini semua merupakan peringatan dari Allah..
ReplyDeleteatas sesuatu yang kita buat atau tak buat.. tiada amar makruf nahi mungkar .. tidak menggunakan alQuran sebagai panduan misalnya.. Wallahua'lam
memang terasa tak secure jugak kat malaysia...tambahan kes pelik2 makin banyak..gerun pun ada jugak...
ReplyDeleteSalam alaik. Sekarang semuanya harus berwaspada. Percaya kepada diri sendiri. Belajarlah seni silat kerana teman tidak akan mampu 24 jam bersama kita.
ReplyDeleteWalaupun kita tidak sekuat mana namun seorang pesilat tidak akan berputus asa dalam iktiarnya menyelamatkan diri sendiri atau orang lain.
pB, selalu baca ayat kursi sbg pendinding dan juga doa yg di atas tu..
ReplyDeleteRohaniah,
ReplyDeleteorang curi rumah jiran pun dia buat tak tahu, atau mmg tak tahu...
Tuan Wan Sharif,
ReplyDeleteitu ia juga..salah satu petanda dari Allah SWT. kita kena buat amar maaruf Nahi Mungkar walaupun sekadar membenci di dalam hati...
SofiNur,
ReplyDeleteKadangkala kita rasa duduk di luar negara di mana kita tk kenal sesiapa sahaja pun rasa lebih selamat..
Yang penting sentiasa berdoa dan memohon perlindungan dari Allah SWT
hrusli61,
ReplyDeleteya, sebaik-baiknya kita belajar seni mempertahankan diri..tapi saya sendiri pun tak tahu...