Tuesday, October 26, 2010

Masa boleh dikejar?

Hujung minggu yang sangat sibuk. Memenuhi undangan kenduri doa selamat saudara dan jiran yang hendak menunaikan fardhu haji, rukun Islam yang ke-5.
Pagi Sabtu ke KLIA kerana mengambil Kak Long yang pulang ke tanahair untuk membuat praktikal selama 2 bulan di sini. Dari KLIA singgah ke Kota SeriEMas di Nilai rumah Mak Long. Kak Long pun makan-makan dan ambil kesempatan untuk mandi dan membersihkan diri..

Tengahari kami 2 kereta konvoi ke Bangi pula...ke rumah sepupu yang hendak menunaikan fardhu haji. Hurm...sampai Bangi pukul 1 tghr...pusing-pusing, belok kiri, belok kanan, buat U-turn.. tak jumpa2 Seksyen 8... Ni nak kena komplen majlis perbandaran Bangi ni... 2 roundabout..satu pun tak ada tanda Sek 8!!!! Seksyen lain semua ada, 1-7 , 9, -15, tapi seksyen 8 tak ada! Bab ni saya nak pujilah MBSA (Majlis Perbandaran Shah ALam).. walaupun Shah Alam terkenal dengan bandaraya yang paling banyak roundabout, tapi papan tanda di sini cukup complete...nak cari seksyen apa semua ada... InsyaAllah mesti jumpa punya lah...
nak pendekkan cerita...dari pukul 1.00 pm hingga pukul 2;30 pm baru jumpa rumah  sepupuku...dah lah telefon dia tak berangkat..(ialah tuan rumah mesti sibuk melayan tetamukan, tak dengar agaknya bunyi telefon), telefon mak saudaraku pun tak dapat-dapat... lamaaaaaa baru berjawab...dah pening kepala dok pusing-pusing ...Alhamdulillah akhirnya sampai juga...
makan-makan, berbual-bual...dah petang...bertolak balik ke Shah Alam...sampai dah lepas asar...solat ..terus lepak tertidor...
esok pagi pula selepas bersiap dan sarapan...tunggu kak long bersiap...susahnya nak kejut..masih jet lag lagi...(ikut waktu Jordan)..hampir tengahari baru bertolak ke Kedah. Kak Long akan buat praktikal di Hospital Sultanah Bahiyah selama 3 minggu, selepas itu ke Hospital Sg Buloh pula... Alhamdulillah ramai sedara mara kat Kedah...jadi Kak Long tumpang rumah mak saudara ku..di Jalan Langgar, AS.
Malam pula ada sepupu datang jumpa..berbual lagi hingga pukul 11.30 mlm..lepas tu dah tak larat nak bukak mata...letak kat bantal terus tertidur...
Isnin ingatkan nak hantar kak long ke hospital utk register, bila baca surat semula, rupanya kak long kena lapor diri hari Selasa. Jadi kami ambil kesempatan waktu terluang pergi melawat semua mak-mak sedara (orang Kedah kata...mak menakan..betui dak org Kedah)
seharian..! lepak...dari Alor Setar ke Jitra - Tunjang - Jitra - Alor Setar semula...
rehar sekejap pukul 6 ptg bertolak balik ke SHah Alam.. tiba pukul 12.30 malam...
tinggallah kak long di sana..baru saja jumpa 1 hari..dah tak ada lagi depan mata...sedih juga tapi inilah suratan kehidupan... InsyaAllah 3 minggu lagi apabila kak long buat praktikal di Hospital Sg Buloh..kak long akan duduk di rumah..baru boleh jumpa...InsyaAllah

Sekarang ini kurasakan masa berjalan begitu laju sekali... jika dahulu rasanya masa berlalu sangat lambat... sekarang nampak gaya kita perlu mengejar masa....suatu hari dulu, rasanya baru sahaja menginjak ke tahun 2010..sekelip mata..tahun 2010 sudahpun menghampiri ke penghujungnya....!

Kerana itu Allah telah bersumpah demi masa (Surah Al-'Asr):
[1]Demi Masa!
[2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian [3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

9 comments:

  1. Assalamualaikum Azzah

    Taniah kak long
    dah sampai ke pratikal.. berapa tahun lagi yer

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Salam Rozali,
    kak long sekarang belajar di tahun akhir (tahun ke-6) ... selepas habis praktikal, beliau akan kembali semula ke Jordan, sehingga bulan Jun 2011...InsyaAllah semoga beliau berjaya hingga ke akhirnya... Amin.

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH Kak Long! :-) Seperti Umi, Makcik Ati juga doakan Kak Long berjaya dalam praktikal ini dan sehingga ke akhirnya... Amin.

    ReplyDelete
  4. Salam Atie,
    Terimakasih (bagi pihak Kak Long) .. Atie dah ada di Malaysia ke? Bgmn dgn persiapan untuk menjadi tetamu Allah? Semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar...Amin..

    ReplyDelete
  5. tau tak waktu bila kita akan rasa masa terlalu lambat bergerak?

    bila tunggu lampu merah bertukar hijau...

    ReplyDelete
  6. salam azzah..nasib baik tak jumpa hari sabtu tu kan..tenguk jadual padat sangat.

    tahniah buat along berjaya menghabiskan pengajiannya di sana.

    azzah pemenang dah ada, nanti kamu pergi ke blog pemenang, ada link kat situ..nanti mintalah alamat mereka yer.

    terima kasih sudi jadi penaja yer.

    ReplyDelete
  7. IM, mmg betul tu.. lagi-lagi bila ada jam saat kat atas lampu tu.. dok kira countdown saat tu..90 89 88 87 86 85 ... aduish..lamanya nak tunggu sampai 0! hehehe

    ReplyDelete
  8. Salam KakIna,
    azzah dah visit dan tinggal link di blog pemenang tersebut...salah seorangnya dah bagi alamat...Pemenang ke-4 ...tapi pemenang ke-5 belum respond lagi

    ReplyDelete
  9. Salam KakIna,

    pemenang ke-5 rupanya dah balas emel Azzah tapi emel dia masuk spam box...nasib baik azzah check dulu sebelm delete semua emel dalam spam box tu...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....