Friday, July 27, 2012

Surau Ar-Rayyan, Sek 7 (Kristal)

Semalam kami berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah di Surau Ar-Rayyan, Seksyen 7 (Kristal) ..buat pengetahuan anda semua, di Seksyen 7 Shah Alam ini sahaja, terdapat 5 buah surau : At-Taqwa, Al-Islah, Al-Mawaddah, Ar-Rayyan, dan ..... hurmm..lupa pula satu lagi surau yang terletak di area rumah pangsa sana ....

Alhamdulillah, saya mendapat jemputan untuk berbuka di sini  dari sahabat saya, Nor.  Beliau mengajak saya berbuka bersama beliau kerana pada malam sebelumnya beliau hanya berbuka seorang diri (di pihak wanita). Sewaktu saya sampai, dari jauh Puan Nor sudah nampak kami datang dan melambai ke arah kami. Suami beliau Ustaz Fairuz juga datang bersalaman menyambut kedatangan suami.  Alhamdulillah kelihatan beberapa orang wanita lain (saya agak isteri kariah surau itu juga kerana Puan Nor mengenali beliau) ...

Selepas berbuka kami terus ke bahagian wanita untuk solat maghrib berjemaah.  Kelihatan surau itu baharu juga di buat pengubahsuaian dan sangat luas di bahagian wanita, mungkin diubahsuai demi menampung jemaah wanita yang semakin ramai pada bulan Ramadhan ini, Namun begitu sewaktu solat maghrib, hanya kami berempat sahaja yang solat. Saya, Nor, isteri pak bilal (saya lupa pula nama beliau) dan Hana'.  Namun begitu menurut Puan Nor, sewaktu Solat Sunat Terawikh, ramai jemaah wanita yang hadir...Alhamdulillah. 

InsyaAllah, jika Allah izinkan, hari ini kami akan berbuka puasa dan bersolat maghrib berjemaah di surau yang lain pula.

9 comments:

  1. as-salam kak..
    seronok baca akak ke surau berjemaah cam gini..
    dayah tak pernah lagi berbuka dan maghrib kat surau.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam Azah...seronok mengikuti perjalanan iftar Azzah di bulan Ramadan ni... sebab akak tak dpt nak berbuat demikian...Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman itu

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan Kak Nur

    Alhamdulillah
    dapat ifftar dibanyak masjid


    Selamat menjalani ibadah puasa

    ReplyDelete
  4. As-Salam Hidayah Bach,
    Alhamdulillah Allah izinkan kami berbuat begitu pada tahun ini...pernah hendak cuba pada tahun-tahun sebelum ini, tapi itulah..syaitan sentiasa menruh perasaan was-was dalam hati kita. Akak selalu kata kepada diri sendiri, alaa..susah lah nak buka puasa dan solat di mesjid/surau..sedangkan jika kita memohon kepada Allah dengan berdoa, InsyaAllah Allah akan luangkan jalan dan permudahkan ... selalunya kita sendiri yang meletakkan perasaan susah itu dalam diri kita...(akak cakap ni mengenai diri akak sendiri lah) ..
    sedangkan jika kita betul-betul ikhlas kerana Allah SWT, InsyaAllah Allah akan tunjukkan jalan dan permudahkan..Ameen.

    Jom berbuka dan bersolat maghrib berjemaah di surau atau mesjid!

    ReplyDelete
  5. Salam, Kak aNIe selalu dapat jemputan berbuka ..hehehe...best kan iftar bersama upin dan ipin ...

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan Atuk...

    Harap atuk sihat walafiat semoga dapat mengerjakan amal-ibadah yg berlipat ganda di bulan Ramadhan yg mulia ini..Ameen

    ReplyDelete
  7. insyaAllah,

    kalau dizinkan Tuhan IM akan iftar dan melibatkan diri memberi sumbangan kepada yang memerlukan anjuran IKRAM seberang perai tengah di Tadika Amal Rintis, Taman Guar Perahu.

    ReplyDelete
  8. IM, saya sudah baca entri IM mengenai majlis IFTAR IKRAM tersebut...gembira membaca bahawa ibu suri juga gembira ...

    nurazzah8

    ReplyDelete
  9. aslmlkm, dijemput untuk melaporkan diri di http://seksyentujuh.com

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....