Tuesday, July 17, 2012

Bas Stand Klang dalam kenangan

(gambar ihsan dari blogger Abah Zino)

1990 
 Kali pertama saya mengenali Bas Stand Klang. Baru pulang dari belajar di negara Uncle Sam...dan mendapat kerja di UiTM, dahulu dikenali sebagai ITM, tapi saya tinggal di Taman Watan, Ampang.  Termenung seketika semasa membaca surat tawaran..bukan tidak suka, tetapi memikirkan bagaimana saya hendak ke berulang-alik ke tempat kerja. 
Waktu itu masih belum mampu hendak membeli kereta, yang ada hanya motor kapcai yang di bawa oleh suami.  Mempunyai kenderaan pada waktu itu dikira sebagai mewah..sedangkan saya yang baru pulang dari belajar memang belum mampu hendak membeli kereta....pilihan yang ada ...menaiki kenderaan awam ~ BAS.
(berbeza dengan anak-anak sekarang, semasa belajar pun dah ada kereta masing-masing...)

Bayangkan waktu itu saya hendak naik bas dari AMPANG ke SHAH ALAM! Berapa kali saya perlu menukar bas? Sebelum subuh seawal pukul 6pg saya sudah bersiap.  Terus sahaja menunaikan solat selepas azan subuh. kemudian bergegas-gegas ke hadapan kedai berdekatan rumah, kerana bas yang pertama sudah menunggu di situ. Dari Taman Watan saya perlu menaiki bas (hurrmm..kalau tak silap bas LENG SENG... sesiapa yang seangkatan dengan saya mesti ingat bas ni)   hingga ke Bangkok Bank... turun di Bangkok Bank, menyusup  dengan laju di celah-celah kedai di tengah KL menuju ke Stesen Bas Klang ...Di situ, menunggu pula dengan orang yang semakin ramai, bas bernombor 222 yang akan ke Shah Alam... Pada waktu itu, itulah bas yang akan membawa penumpang direct dari Bas Stand Klang ke dalam kampus ITM...

Saya selalu ketinggalan kerana sering mengalah kepada orang lain semasa hendak naik bas tersebut... Apa tidaknya, saya yang baru pulang dari negara Uncle Sam (di mana penduduknya sangat bersopan ..tidak berebut-rebut ketika hendak menaiki bas) mengalami 'kejutan budaya' - Ya Allah .... hampir 95% penumpang bas 222 ada lah para pelajar ITM, dan mereka yang hendak bekerja di Shah Alam..boleh dikatakan mereka adalah terdiri dari mereka yang terpelajar, berpendidikan tinggi (ialah..kalau tak , mereka tak masuk ITM lah kan..) dan berpelajaran ... tetapi mengapakah apabila tiba saat hendak menaiki bas, sifat mereka sama sahaja seperti mereka yang tidak bersekolah, tidak mempelajari pelajaran sivik (dulu time saya bersekolah ada pelajaran sivik) ???? Apabila nampak sahaja bas bernombor 222 datang, masing-masing sudah tolak menolak hendak ke depan, hendak menaiki bas dahulu ... saat bas itu berhenti sahaja...masing-masing berrebut-rebut ....
Saya hanya berdiri memerhati dari tepi dan belakang... Ya Allah...tidak sanggup saya hendak berebut2 dgn para pelajar dan yang lain... tolak-menolak ..akhirnya selalunya saya akan sentiasa berdiri dalam bas dari Bas Stand Klang hingga ke Shah Alam ...kerana saya naik lambat dan semua tempat duduk sudah dipenuhi penumpang...


Begitulah keadaannya hingga 3 bulan saya berulang-alik dari Ampang ke Shah Alam ... jika Allah izinkan, adalah penumpang yang baik hati akan bangun dan memberikan tempat duduknya kepada saya.  Ya, tidak semua yang tidak mempunyai perasaan..ada yang terkecuali.  Sehinggalah kandungan saya berusia 4 bulan, saya sudah tidak sanggup lagi berulang menaiki bas, lalu saa sarankan kepada suami agar mencari rumah sewa di Shah Alam... 


Itulah kenangan saya dengan Bas Stand Klang ini.  Rasanya sekarang jika disuruh saya menaiki bas lagi, sudah tidak sanggup lagi...Baru-baru ini melalui kawasan Bas stand Klang ini, dan kenangan lama mengimbau kembali...


Agaknya kalau di suruh anak-anak kita menaiki bas berulang-alik sebegini, mahukah mereka? Mahukah mereka merasai kesusahan ibu-bapa mereka tatkala baru bertatih hendak memulakan kehidupan?

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak Azzah...

    Kalo cite pasal berebut ni bukan kira terpelajar ke atau tak.. janji dapat naik bas/komuter. Dah la tu.. yang berebut tu kalau bebudak dapat terima lagik.. hai.. macam2 manusia nih..

    ReplyDelete
  2. jamilah mohd shariffAugust 3, 2012 at 3:05 PM

    pengalaman kita memang 'mahal' harganya...
    rugi anak2 kita tidak dpt merasa pengalaman ini pergi balik ke Bangkok Bank dan menaiki bas mini yg 'merempit'...

    ReplyDelete

Berikan sumbangan terbaik anda! Teruskan menyumbang ke Tabung Aqsa2Gaza Emergency Relief sekarang!!! Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 Akaun Bank islam : 12 092 01 003490 4 Kemudian sila maklumkan kepada: admin@aqsasyarif.org.my

Nak Baca Entri Lain? Klik Sini....